kEMBALI LAGI..

Setelah sekian lama mendiamkan diri atau menghilangkan diri dr blog sendiri..hari ini baru aku munculkan diri setelah lebih kurang 5 bulan tenggelam dalam kesibukan tugasan baru di Daerah Segamat..

Bertugas di tempat baru di Segamat banyak tanggungjawab baru yang aku pikul dan aku belajar..Erm..Nanti saje akan aku ceritakan.Tapi, apa yang ingin aku ceritakan atau kongsikan ialah permohonanku untuk bertukar semula ke HQ berjaya. Bermula 15 Januari lepas aku ditugaskan ke Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim (CPUM) di Ibupejabat JKR..Bersyukur dan lega..Kerana aku dapat meneruskan semula Master by Research aku yang sudah tertangguh semenjak aku di Segamat..Alhamdulillah..Moga penghijrahan aku semula ke KL dapat menyelesaikan segala yang tertangguh..Amin..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS