Karambunai Vs Pulau Perhentian

Dilema..dilema..yang mana satu kitorang harus pegi...Karambunai, KK atau Pulau Perhentian?

Nak dijadikan cite, aku dah book tiket Air Asia RM0 sen tahun lepas ke Kota Kinabalu (berangan nak ke Karambunai) untuk Mac 2011 dan Tawau (berangan nak ke Pulau Sipadan atau Mabul) untuk April 2011.. Tapi malangnya, en suami tetiba je ada urusan kerja dan dia terpaksa ke Pulau Perhentian untuk collect data di site.. Huwaaaa! Keciwanya akak!! :'(

Memandangkan bajet bulan ni pun dah ter'overspent' di Cameron Highland hujung minggu lepas, en. suami pun mengajak 'bini dia yang emo sebab nak sangat pegi ke Karambunai tapi sang laki ade keje' ikut sama ke Pulau Perhentian. Yela, sambil-sambil en. suami bekerja bolehlah kami suami isteri berhanimum lagi yang entah yang keberapa kali ntah.. :p Best ker Pulau Perhentian? Atau Karambunai lagi best? Uwaa... Sebenarnya boleh aje kalo mau pergi ke dua-dua tempat, tapi memikirkan kos bershopping, kos hotel dan kos sewa kete ke KK tu..erm...boleh jadi bankrupsi kami nanti...Kalau di Pulau Perhentian, semuanya ditanggung bereh sebab en. suami dapat claim dan sangat familiar dengan pulau perhentian..Tapi yang penting..kat Pulau Perhentian tak dapat SHOPPING!!!! Uwaaaa... :p

Sang isteri yang kuar jerawat mencanak-canak tengah berpikir-pikir samada nak biarkan tiket ke KK burn sewenang-wenangnya atau pujuk juga sang suami ke Karambunai? Apalah aktiviti yang boleh dibuat di Pulau Perhentian...Aish!


Nexus Resort Karambunai...Dapat tak pegi.. :(

Macam kat bali la..

Betol ke Pulau Perhentian cantik macam ni..?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 Soksek-Soksek:

Zana Adieyza said...

dear, better fikir pasal budget dulu.. sbb xbest la kalau balik dr holiday budget jadi ciput.. hihihi.. shopping sikit2 ok lah kot.. yg pntg tmpt cantik & dapat habiskan masa bersama encik suami.. tu pandangan zana jer la..

Eikyn said...

Betol..betol.. tapi teringinnya nak ke Karambunai tu..huhuhu..kene kira-kira dulu kan..tp tak pernah ke Pulau Perhentian..best tak agaknyer..? :)