Alahai Cik Senah!

Post ni tak de kene mengena dengan sape-sape manusia yang bernama Senah ye..Hihihi..(Kalau nama kamuorang cik senanh tu, kira kebetulan je.. :p)..

Kamuorang kalau mengikut peredaran berita/ gossip sekarang ni (cheewah!) mesti ada terbaca di FB ataupun di ruangan blog berkenaan dengan cita Pelajar Pandai Malaysia si gadis Nur Amalina yang masa SPM dapat 17A tu..yang dikatakan kononnya sudah totally changed! Sudah semakin daring! Beritanya kononnya tersebar bila ada orang-orang yang buat dajal mencuri gambar peribadi Nur Amalina di FB dan mengupload kat blog..Panass! Panass! (gaya Fazura dalam cita Pisau Cukur..oh, sangat comel Fazura!)

Sejak cerita-cerita panas tu keluar kat FB dan blog2, banyak juga lah komen-komen yang diterima oleh si pemblog/ Facebooker..Sampaikan FB Nur Amalina terus deactivate. Hah! Sampai macam gitu sekali engko...

Akhirnya, mak Nur Amalina sendiri membuat penjelasan berkenaan cerita anaknya yang kononnya gagal dalam pelajarannya di Universiti sehinggakan kononnya sudah pulang senyap-senyap ke Malaysia..cerita berkenaan anaknya yang sudah tidak bertudung dan berpakaian seksi dan mcm2 lagilah! Sampai buat PC lagi tau! Hebak kan! Malah, Nur Amalina sendiri dah diinterview oleh seorang blogger Si Hazrey: I am being a random personally via Skype bertanyakan isu ni... Bijak dan cool je Nur Amalina menjawab setiap soalan. Kalau kamuorang nak tengok, lehla search google blog si blogger Hazrey tu ye.. :p


Ok, berbalik kepada isu alahai cik Senah! Macam-macam kutukan yang diterima si Nur Amalina tu, Malah si blogger yang buat post pasal si Amalina pun turut dikecam! Wah! harap-harap, blog aku tak kene macam tu..aku just wat review je tau! Sampaikan si pemberi komen bergaduh sesama sendiri, ada yang mengutuk, ada yang mendefend si Amalina..Macam-macam!

Aku penah terbaca 1 post berkenaan isu ini.. Kononnya ada si A yang mendefend Amalina dengan merasakan apa yang dilakukan Amalina adalah tidak teruk atau perkataan lain..Normal sudah! Malah ada ramai lagi orang Melayu yang lebih teruk dari itu... Malah ada juga si B yang memberi pandangan, belum tentu mereka-mereka yang menutup aurat lebih baik daripada mereka-mereka yang seksi dan daring. Hurm.... Macamna tu? Malah ada juga si C yang merasakan isu Nur Amalina ialah isu normal..lebih baik tak perlu jaga tepi kain orang lain..pikir harga beras yang semakin naik lagi bagus, Si Amalina tu dah tentu dah bijak..kamuorang tu ada sebijak dia?...Pulak dah! Ada pulak Si D yang mengeluarkan hujah-hujah keras yang mengeluarkan hadis-hadis dan ayat al_Quran untuk mennutarakan isu ini... Panass! Panass! Kerana isu gambar si Nur Amalina, ramai yang bergaduh dan mengeluarkan pendapat... So..sekarang ni sapa yang betul? Sapa pulak yang salah?

Pada pendapat aku, janganlah kerana isu ini ramai yang bermasam muka dan memaki hamun. Sudah-sudahlah tu.. Pada pandangan aku yang tidaklah terlalu bijak, tapi tak jugak terlalu jahil ni.. Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul... Matlamat tidak menghalalkan cara. Kalau ianya sesuatu yang salah di sisi agama, maka ianya tetap salah..walaupun setinggi mana kejayaan yang dikecapi..walau sebaik mana niat dalam hati. Jangan kerana kebaikan yang ada, kesalahan melanggar hukum agama hanya dipandang sebelah mata. TAPI, tidak boleh juga kerana 1 kesilapan yang dibuat, kita perlu terus menghukum si pembuat salah kan...

Agama kita sangatlah indah, tiada yang buruk melainakan yang baik-baik sahaja.

Kalau difikirkan dengan akal logik, ada baiknya juga bila ada si pemberi komen2 yang sinis ni pada si Amalina.. At least dia tahu, ramai orang Malaysia yang ambil berat pasal dia.. At least, mungkin...kalau dipikirkan dr side Positif..komen-komen ini sdikit sebanyak dapat menyedarkan Nur Amalina bahawa dia merupakan Ikon/ Idol kepada remaja/pelajar di Malaysia. Gelaran Ikon/ Idol tu perlu dijaga dan dipegang sampai bila-bila oleh Nur Amalina sehingga nyawa dikandung badan. Sejak dia diiktiraf sebagai pelajar genius SPM 2005 lagi.. Maybe gelaran itu, dia sendiri tak mahukan..tapi mahu tidak mahu..haruslah di jaga. Kenapa perlu berubah menjadi yang kurang elok kalau yang asal sudah cukup elok?

Pada pendangan aku, bukan isu Nur Amalina sahaja, malah isu Safiyah, Aliff Alfian pun sama. Mereka semua budak-budak genius, contoh adik-adik. Sayanglah kalau Allah dah beri akal yang bijak tapi dari segi moral dan peribadi tidak dapat dicontohi. Sayang sungguh kalau ilmu yang ada tidak diamalkan sebaiknya.. Sayang...

Selain itu, pada aku..sebagai sesama muslim..menjaga tepi kain orang itu ada perlunya juga..Sekarang ni, ramai yang pentingkan diri sendiri..Takmau ambil tahu hal orang lain..Kononnya kubur masing-masing... Sedih bila ada orang yang cakap macamtu, apa pulak tanggungjawab kita? Dahlah tak membantu menangani masalah, nasihat pun tak mau, inikan pulak mendoakan.. Semuanya pikir perut sendiri.. 'Alah.. sebelum komen orang lain, kene cermin diri sendiri..Nobody perfect'... Setuju! nobody perfect..kerana tak perfect tulah kene saling ingat meningati, nasihat menasihati... mungkin cara nasihat dan ingatan tu ada yang cara kasar, ada yang cara lembut..depends pada yang menerimanya..Bukan bermaksud, menegur orang lain..diri kita dah sempurna.. sama-sama lah kita beringat kan..

Pada aku, jangan sampai dah terkena batang hidung keluarga sendiri baru nak terngadah..Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.. Kalau ianya melibatkan Agama, libatkan hal moral orang Islam, tanggungjawab kita semua...

Ya, mungkin kat Malaysia sendiri banyak orang melayu Islam yang lebih teruk dan tidak bermoral dari orang melayu di oversea..isunya bukan jauh atau dekat..terkenal atau tidak..bijak atau bodoh..Isunya..ambil tahu atau tidak? Membantu atau tidak? Menegah atau mendefend?

WaAllahualam...

Aku tertarik dengan komen seorang yang gelarkan 'me' dalam blog si Hazrey tu..Fikir-fikirkan...

"Saya rasa tak ada salahnya apa yg disampaikan ust.zaharuddin itu. Yang pertama,kita perlu faham definisi sebenar menutup aurat. Sy rasa semua org islam pun sebenarnya tahu definisi menutup aurat dlm islam itu bkn sekadar menutup kulit,tetapi juga menutup susuk bentuknya (tapi masih ramai umat islam yang masih buat2 tidak faham definisi ini).berpakaian sama ada berlubang or skin colour,asalkan ia membalut ketat mengikut susuk,ia tetap diharamkan dlm agama.’skin colour’ juga bukan alasan menjadikan pakaian itu dibolehkan/tidak melampau/tidak menjolok mata kerana secara zahirnya tiada bezanya ‘skin colour’ itu dengan kulit sebenar, ia tetap boleh dikira sebagai ‘berlubang’. telitilah kenyataan ustaz zaharuddin juga menggunakan tanda bacaan ‘____’ untuk menyampaikan mesejnya.
saya tak bermaksud nk kondem amalina sbb dia juga manusia biasa yang tidak terlepas dr kesalahan, TAPI TIDAK JUGA BERMAKNA KITA PERLU MEMBENARKAN PERBUATAN/PERNYATAANNYA seolah2 dia tidak melakukan kesalahan dalam berpakaian. TIDAK JUGA KITA BOLEH UNTUK TERUS MENGUTUK/MENGEJINYA kerana itu bukan cara teguran yang baik. Apa yg sepatutnya, kita sama2 berdoa agar amalina akan terbuka hati dan menerima hidayah seterusnya memperbetulkan penampilannya sebagai seorang muslim dalam erti kata sebenar. Buat amalina, sekiranya anda membaca komen ini, maaf kerana sebahagian dari kami mungkin tidak dapatlah bersetuju 100% dengan sebahagian kenyataan balas anda. Berfesyen dlm islam tidak salah tetapi mesti berpandukan syariat, &sekiranya melebihi apa yg dibenarkan syariat, tetaplah ia dikira melangkaui batas..pendapat peribadi saya,agak kurg sesuai kalau dikatakan kita masih mengikut batasan sedangkan terang-teragan kita melepasi sempadan yang dibenarkan.
TETAPI, tidaklah kesalahan itu sampai menutup kebaikan amalina&kebaikkan juga tidaklah menutup kesalahan. kami yakin selaku seorang bijak pandai malah tidak kisah menerima teguran,kami tahu ada sinar dalam hati amalina.teruskanlah ibadah solat anda,insya’Allah, ibadah itu akan perlahan2 mengubah anda untuk menjadi muslim sejati.kami doakan kejayaan anda dunia dan akhirat...
1more, secara peribadi sy lebih senang dengan kenyataan amalina tentang isu tudung. Jgn salah faham,bukan saya bersetuju tidak bertudung itu sebagai tidak salah, tapi cara amalina memberikan alasannya sy rasa lebih simple&direct berbanding alasan legging. Dia tak pakai, habis cerita. Tak perlu alasan2 tipikal yang suka diberi oleh kebanyakan org lain seperti ‘belum terbuka hati,bertudung perlu ikhlas,tak bertudung tak semestinya tak baik’ dan mcm2 lagi kenyataan yg seolah2 boleh mengenepikan kewajipan bertudung. Sekali lagi, kami tetap doakan 1 hari nnt amalina akan lebih memahami konsep fesyen dan aurat dalam islam serta terbuka hati juga untuk berpenampilan muslimah sepertimana diwajibkan.insya’Allah...
saya juga pernah terbaca ulasan pjg lebar tentang 'beza tak pakai tudung dengan tak tutup aurat dengan sempurna' tu. pjg huraiannya&saya tak ingat link nya.boleh cuba google, insya'Allah anda puas hati dengan penerangannya.."



Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka-meraka ni..Dan semoga kita akan terus diberi cahaya Islam dalam hidup... Kalau aku ada salah, tolong tegur..kita kan saudara :)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

E'eh..Dah Masuk Tahun Baru!


Serious! Cepatnya masa berlalu..Dah masuk tahun 2012??
Penangan menghabiskan cuti dirumah..sampai tak hingat tarikh..
Bila start keje baru sedar dah 4 hb Januari 2012.. Gosh!

Belek-belek post Januari 2011, kononnya nak semak KPI azam 2011...
Amik ko! rupa-rupanya aku tak list down pun azam tuk 2011!
Dasyat betul! So..mcmana nak menilai KPI diri sendiri ni? hahahahamikko..


Sebelum terlupa untuk ke-2 kalinya..
Baik aku list down awal2...

Personal 2012
  1. Azam 2010 yg tak tercapai- Sambung MASTER ( untuk yg ke-3 kalinya, azam ni masih tak tercapai lagi, haish...banyak betul halangan...Takpe..kene semangat tahun ni...berharap sangat tahun ni azam ni tercapai...InsyaAllah)..
  2. DESIGNER- pergh! mantap gila perkataan tu...azam!azam! aku harap sangat aku dapat jadi real designer nanti..alang-alang dah dipindahkan ke unit rekabentuk..harap2 dapat jadi terror bab2 design...Sambil2 tu, lehla focus tuk buat PE...insyaAllah..kasi jalan tuk suami yang tengah berkerja keras nak buat buku log..pastu bini dia leh berguru pulak dengan si laki...
  3. SUPERWOMAN- pergh lagi!hahahaha...nak jadi superwoman! Boleh bg komitmen 100% dan focus -Baik di ofis, mahupun rumah tangga sebagai isteri dan insyaALLAH bakal ibu... Azam berani mati ni...harap-harap juga kesihatan aku tahun 2012 ni lebih baik drp tahun2 sebelum ni..baru lah boleh jadi SUPERWOMAN..ye dak? :p

Family 2012
  1. Menjadi anak yang disayangi dan tidak membebankan papamama dan fmly mertua..
  2. Menjadi isteri yang mengembirakan hati suami... :p hahahaha..ayat selamat kannn..
  3. Menjadi bakal ibu yang terbaik tuk anak-anak...

Material 2012

  1. Bisnes sesuap nasi reDuit!reDuit! kembali aktif dan lebih berkembang..insyaALLAH..
  2. Kitchen Cabinet idaman!
  3. Menambah lagi asset tanah atau rumah..
  4. Dapat menyimpan $$$$ tuk shopping sakan ke Bandung! ;p
  5. Dapat melancong ke USS lagi sekali , ke Bali lagi, ke Bandung lagi dan Perth, Australia!!!

Azam akan diupdate dari masa ke masa mengikut kemampuan..heeee...

Azam 2011 yang tercapai:

1. Membeli rumah kecik tuk berteduh..
2. Dapat hadiah terbaek tuk kami suami isteri..InsyaAllah


Walaupun tak banyak yang tercapai...tapi alhamdulillah..syukur!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS