Taiping..

Last week aku pegi ke Taiping..At last, sampai jugak aku ke Taiping. 1st time sampai Taiping..kesian kan. Ini pun atas jemputan perkahwinan adik kepada kawan aku..Kak Lin. Aktiviti yang dibuat:

9.00am: Bertolak dari AU5C menuju ke komuter Bank Negara nak fetch Siti CPK.

9.30am: Sampai Bank Negara, tapi Siti tak dapat join coz sakit gigi. Bertolak menuju ke Taiping but otw ke Taiping, stop dulu ke Rawang dan umah baru Auntie Sukma kat Antara Gapi. Travelling yang relax-relax and sempoi..

12.00noon: Stop kat R&R Sg Perak for lunch.

1.00pm: Sampai di Hotel Legend Inn, Taiping. Check-in dan zzzzz..tido sebab penat..

4.30pm: Kuar jalan-jalan carik makan..Pekena Cendol the best in Taiping dan mee udang besar punyer dan sate perot,sate daging dan sate ayam. Jalan-jalan ke Tasik Taiping dan Zoo Negara. Tak dapat jalan banyak sebab hujan.

7.30pm: Siap-siap for dinner kenduri kahwin.

11.00pm: Majlis selesai dan tido.

8.00 am: Bertolak balik dan singah-singah beli buah.

Ok













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Reduit! Reduit!

To all my friends, i'm announcing my new blog sales, which was a partnership with my dear colleague, Mama Aimee: reDuit! reDuit!

As for now, we sell good quality Eikyn hijab, crystal brooches, original pearl brooches, crystal bracelet, original pearl bracelet and original pearl button for Baju Melayu.

We haven't officially launch the blog yet actually. As a friend of mine, I'm giving you a priority to visit and to see whether you have interested on any items, before we launch it to public.

So, guys, do check out the blog! Will update more later ya!

(credit to Mama Aimee Post, i ciplak u punye tau partner :P)..Niat kita sama kan..? Ngehngeh..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Tercetusnya Idea..

Dimana selalunya kamu mendapat inspirasi atau tercetusnya idea? Semasa berendam dalam bath tub ker? Ketika mandi di bawah shower ker? Ketika bergolek-golek di atas katil? Ketika memandu kereta laju-laju di tengah-tengah highway yang lengang? Ketika sedang bersenam atau berjogging di taman atau ketika sedang berjalan-jalan dan bershopping?

Tak kesahla di mana sebenarnya kamu mendapat idea atau tercetusnya idea-idea tu..Di mana pun tempatnya, selalunya tempat-tempat yang menyenangkan atau tenang adalah tempat yang sesuai. Tempat yang kita tak mau pikirkan tentang masalah dan serabutnya fikiran..Tempat yang kita tak fikirkan tentang dateline untuk submit report dan tentang banyak hal itu ini yang tak disiapkan, tempat yang kita boleh layan perasaan dan tiada gangguan orang lain..

So..di manakah tempat tercetusnya idea? Yang penting idea yang bernas ok..setakat angan-angan mat jenin..sekeh aje kepala sendiri!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sirih Pulang Ke Ganggang

Congrats to Prof Dr Sahol Hamid kerana telah dilantik menjadi Naib Canselor UiTM baharu mulai 2010. Go Go Civil Engineering!! Harap-harap dengan lantiknya Dr Sahol akan meningkatkan lagi kualiti UiTM sebagai universiti bumiputera. Dan harap-harap Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM dapat terbela..Yela..'bapa' kita jadi big boss..mestila dia tak sanggup lihat 'anak-anak' dia melarat dan kelaparan kan.. Tapi, saya rasa Dr Sahol mampu memartabatkan lagi UiTM setanding dengan Universiti- universiti awam di Malaysia. Dengan sifat peribadi yang down to earth to harap-harap beliau tidak mem'politik'kan isu-isu remeh dan fokus kepada peningkatan ilmu anak-anak bumiputera Malaysia..

Di sini saya attachkan berita berkenaan Dr Sahol dari mStar Online..

Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar Naib Canselor Baru UiTM

PUTRAJAYA: Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah dilantik sebagai naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru berkuatkuasa hari ini (1 Januari 2010).

Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun. Surat pelantikan beliau telahpun ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Prof Dr Sahol akan mengantikan Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah yang telah berkhidmat sebagai naib canselor sejak 1 Januari 2001.

Pelantikan Prof Dr Sahol juga boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di universiti itu dalam pelbagai kapasiti antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.

Jawatan terakhir beliau di UiTM ialah sebagai timbalan naib canselor (akademik) sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008.

Malah Prof Dr Sahol merupakan anak kelahiran UiTM sendiri. Beliau adalah graduan kejuruteraan awam UiTM, menyertai universiti itu pada tahun 1971 sehinggalah tamat pengajian diploma lanjutan kejuruteraan awam pada tahun 1976.

Beliau terus kekal di UiTM sebagai tenaga pengajar di Sekolah/Fakulti Kejuruteraan.

Pada tahun 1980, Prof Dr Sahol berjaya memperolehi dua ijazah sarjana sains serentak - satu dalam bidang kejuruteraan awam dan satu lagi dalam bidang ekonomi daripada Colorado State University, Amerika Syarikat.

Dan pada tahun 1992, beliau memperolehi ijazah sarjana kedoktoran dalam kejuruteraan awam daripada University of Sussex, United Kingdom.

Dengan kelayakannya itu, beliau telah diterima sebagai seorang jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Beliau juga diterima sebagai Fellow di Institution of Engineers, Malaysia (1999) dan Fellow di Academy of Science, Malaysia (2003).

Pada masa yang sama beliau juga merupakan segelintir daripada tenaga pengajar dari Malaysia yang dilantik sebagai profesor di universiti antarabangsa.

Setiap tahun sejak tahun 2000, Prof Dr Sahol mengajar beberapa kursus pada peringkat ijazah lanjutan dan mengawalselia program penyelidikan Phd di Universiti Stuttgart, Jerman.

Di atas sumbangannya itu, beliau akan menerima ijazah doktor kehormat daripada Universiti Stuttgart pada November depan.

Sebagai tenaga staf akademik UiTM pula, Prof Dr Sahol bertanggungjawab dalam merancang, menyelia dan melaksanakan pembinaan 9 bangunan utama dan kampus termasuklah menara kembar 20 tingkat Kompleks Kejuruteraan UiTM, Masjid UiTM dan Hotel UiTM.

Beliau juga bertanggungjawab merancang, menyelia dan membina kampus Pahang, Melaka, Terengganu, Sarawak, Perlis dan Pulau Pinang.

Ketika beliau dilantik untuk mengetuai kampus Pulau Pinang, Prof Dr Sahol telah memperkenalkan program mendekatkan kampus dengan masyarakat melalui program tuisyen kepada murid-murid sekitar yang dikendalikan oleh pelajar UiTM sendiri.

Program ini menjadi sangat terkenal sehinggakan ketika perasmian kampus Pulau Pinang oleh perdana menteri, lebih 12,000 orang telah membanjiri kampus berkenaan.

Dengan kepakaran yang beliau ada, Dr Sahol telah dilantik untuk mengetuai Pejabat Pengurusan Program Kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab untuk mentransformasikan universiti awam negara.

Program Apex iaitu Program Pemacuan untuk Kecemerlangan atau Accelerated Program for Excellence yang mana Universiti Sains Malaysia (USM) telah terpilih sebagai universiti yang pertama untuk menerajui program ini adalah merupakan salah satu daripadanya.

Beliau juga bertanggungjawab merangka Pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan juga agenda kritikal pengajian tinggi yang merupakan antara komponen terpenting pelan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof Dr Sahol juga bertanggungjawab memperkenalkan program ePMO iaitu satu sistem yang dapat menjejaki perkembangan pelan strategik pengajian tinggi yang dilaksanakan oleh semua universiti awam negara termasuk KPI Kementerian.

Note: Wife beliau, Datin Hanizah pun sangat down to earth..Baju dia pun canti-cantik..hehe :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mana Pilihan Kamu??

Apa pilihan kamu?

A. Indah tapi busuk di dalam

B. Buruk diluar, busuk pulak di dalam

C. Buruk diluar, tapi 'ok la' di dalam

D. Indah diluar dan dalam

E. Tiada jawapan di atas

("_") Tapi aku rase jawapan D mustahil untuk dapat..Kalo indah pun..mesti ada slack here and there..So? Tepuk dada tanya hati..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS