Adui lah suamiku.. :p



Pagi ni aku nak bercerita pasal suamiku.. Yang mana muka dia memang brutal macam samseng petaling street yang jual cd (opismate aku yg ckp...mmg pun! ;p) tapi sebenarnya lemah lembut dan lurus yang amaaaat.. :p

Perbualan suami isteri 1

Isteri: Abang, saya rasa macam nak gi bercuti la..macam bosanlah nak g keje.. :p
Suami: Jomlah kita g cuti.. abang on je..
Hati isteri dah seronok ni..

Isteri: Kita nak pegi mana? Pegi dekat-dekat ajelah bang, duit kita pun bukan banyak sangat (baik hati betul hati isteri dia kan)

Suami: Sayang nak g mana?
Isteri: Kita g pangkor nak? Tak pun g Cameron pun ok je..Asalkan cuti..
Suami: Tak bestlah..Jomlah kita g GoldCoast..Nak tak?
Isteri: Ish..watpe g jauh-jauh..kita bukannya ada banyak duit sekarang.. (ish!baiknya hati isteri dia, pandai berjimat.. :p) Lagipun, passport kita yang hancur abang masukkan dalam washing machine aritu pun tak buat baru lagi.. Kita g dekat-dekat ajela..

Suami: Yela..kita g GoldCoast la..bukan GoldCoast jauh sana tu..kt g GoldCoast Banting aje...
Isteri: Ceh! GoldCoast Banting rupanya!Ingatkan GoldCoast Australia tu hah... :P

Kesimpulannya, SABAR ajalah dengan suami yang lurus yang amaaat...ingatkan isteri dia yang baik hati nak berjimat..rupa-rupanya suami dia lagilah pandaaaaai berjimat....PENGSAN bini dia...wakawakakaaaaaaaaa..........................................
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 more weeks till our 1st anniversary

^_^

Wa....cepatnya masa berlalu...dah masuk setahun dah perkahwinan aku dan en suami.. :)

Alhamdulillah, syukur atas kurniaan kebahgiaan selama ini..harap2 bertambah bahagia di masa akan datang :p

Nak bagi hadiah apa ek sempena celebrate 1st Anniversary tuk si suami? Ada idea tak... erm.. ke tak payah hadiah? hikhikhik..

Doakan kami kekal hingga ke akhirat ye! ^_^" Amiin...

Harap-harap ada hadiah dari Allah juga untuk kami suami isteri nanti.. Berusaha dan berdoa! Yosh! Toink..toink!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambungan dari Post Rumah Kami Nan Satu

Nak sambung cita yang tertangguh..

Alhamdulillah, akhirnya dapatlah kami sebuah rumah nan satu tu yang kecik comel tu.. Bukan teres atau banglo..Cuma apartment kecik bersaiz 900sqft je ye kawan-kawan.. 3bilik 2bilik air..bolehla untuk kami suami isteri yang baru nk start hidup berdikari ni.. :p Alhamdulillah jugak sebab tuan punya rumah sebelum ni dah buat minor renovation untuk hall dan dapur. Lagipun tuan rumah ni katanya jarang-jarang ada di rumah, so memang nampak macam baru la rumah ni. Yeay.. Harganya pun RM185k ..berbaloilah dengan saiznya dan location apartment . Area Saujana Melawati-Kemensah. 10km from citycentre.. Area2 sini majoritinya rumah-rumah mewah,banglo-banglo dan teres..Tapi seronoknya majority daripada populationnya ialah orang melayu yang berjaya..Alhamdulillah..rumah diorang mak ai..kusss semangat besar...

Tiap-tiap hari, pegi dan balik keje mesti akan lalu rumah-rumah diorang yang bapak besar tu..(walaupun umah ktorang tu tak termasuk dalam spesis yang ini) tapi kami suami isteri harap aura-aura keKAYAAN dan keJAYAAN akan melekat ke kami pulak. Manalah tau rezeki kami pun melimpah ruah macam diorang2 tu.. Amiin..InsyaAllah.. Bukan hanya ‘DEMI SESUAP NASI’ tapi BERSUAP2 yg boleh dikongsi bersama..InsyaALLAH....

Dipastekan juga beberapa gambar masa kami buat Open House kecil-kecilan cum Housewarming masa Hari Raya hari tu (basi betul post aku ni, orang dh sambut hari raya haji dah..ceh!)

First2 mestilah letak gambar tokey dulu..hahahaha..muka kepenatan tahap cipan sebab masak sendiri untuk open house ni... Seriously, memang penat!

Antara juadah yang dihidangkan oleh tuan rumah..semuanya dimasak sendiri. Sedap ke tak sedap tu, wallahualam.. :p yang penting takde sape yang sakit perut..hahahaha..

Menu: Nasi Puteh, Lauk; Kari Ayam, Sambal sotong, Sambal Ikan bilis bunga kantan, sambal pelam, Mee Bandung Muor, Spegetti Bolognese.

Desserts: Kek, Buah, Brownies sedap from Kak Elin (my ofismate), kueh talam berlauk from aunty sukma (my ofismate) dan biskut raya. :p

Thank u to ninie dan faten coz sudi datang ke rumah kami..huhuhu..So sorry kepada kawan-kawan yang lain, en suami terlupa nak amik gambar masa kamuorang datang..Dia terperanjat ramai sangat yang datang ke rumah..Semua datang serentak..Dia panik! hahahaha..so, no picture u uoll dari kamera kami..

InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi, kami jemput kawan-kawan semua. Openhouse kali ni kami hanya jemput kawan-kawan opis yang terdekat aje.. Tak jemput whole opis..al maklum, baru pindah kan..peruntukan pun tak banyak, lagi pun rumah belum cukup sempurna. Next time ya! :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS