Sambungan dari Post Rumah Kami Nan Satu

Nak sambung cita yang tertangguh..

Alhamdulillah, akhirnya dapatlah kami sebuah rumah nan satu tu yang kecik comel tu.. Bukan teres atau banglo..Cuma apartment kecik bersaiz 900sqft je ye kawan-kawan.. 3bilik 2bilik air..bolehla untuk kami suami isteri yang baru nk start hidup berdikari ni.. :p Alhamdulillah jugak sebab tuan punya rumah sebelum ni dah buat minor renovation untuk hall dan dapur. Lagipun tuan rumah ni katanya jarang-jarang ada di rumah, so memang nampak macam baru la rumah ni. Yeay.. Harganya pun RM185k ..berbaloilah dengan saiznya dan location apartment . Area Saujana Melawati-Kemensah. 10km from citycentre.. Area2 sini majoritinya rumah-rumah mewah,banglo-banglo dan teres..Tapi seronoknya majority daripada populationnya ialah orang melayu yang berjaya..Alhamdulillah..rumah diorang mak ai..kusss semangat besar...

Tiap-tiap hari, pegi dan balik keje mesti akan lalu rumah-rumah diorang yang bapak besar tu..(walaupun umah ktorang tu tak termasuk dalam spesis yang ini) tapi kami suami isteri harap aura-aura keKAYAAN dan keJAYAAN akan melekat ke kami pulak. Manalah tau rezeki kami pun melimpah ruah macam diorang2 tu.. Amiin..InsyaAllah.. Bukan hanya ‘DEMI SESUAP NASI’ tapi BERSUAP2 yg boleh dikongsi bersama..InsyaALLAH....

Dipastekan juga beberapa gambar masa kami buat Open House kecil-kecilan cum Housewarming masa Hari Raya hari tu (basi betul post aku ni, orang dh sambut hari raya haji dah..ceh!)

First2 mestilah letak gambar tokey dulu..hahahaha..muka kepenatan tahap cipan sebab masak sendiri untuk open house ni... Seriously, memang penat!

Antara juadah yang dihidangkan oleh tuan rumah..semuanya dimasak sendiri. Sedap ke tak sedap tu, wallahualam.. :p yang penting takde sape yang sakit perut..hahahaha..

Menu: Nasi Puteh, Lauk; Kari Ayam, Sambal sotong, Sambal Ikan bilis bunga kantan, sambal pelam, Mee Bandung Muor, Spegetti Bolognese.

Desserts: Kek, Buah, Brownies sedap from Kak Elin (my ofismate), kueh talam berlauk from aunty sukma (my ofismate) dan biskut raya. :p

Thank u to ninie dan faten coz sudi datang ke rumah kami..huhuhu..So sorry kepada kawan-kawan yang lain, en suami terlupa nak amik gambar masa kamuorang datang..Dia terperanjat ramai sangat yang datang ke rumah..Semua datang serentak..Dia panik! hahahaha..so, no picture u uoll dari kamera kami..

InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi, kami jemput kawan-kawan semua. Openhouse kali ni kami hanya jemput kawan-kawan opis yang terdekat aje.. Tak jemput whole opis..al maklum, baru pindah kan..peruntukan pun tak banyak, lagi pun rumah belum cukup sempurna. Next time ya! :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Umah kami nan satu


Nak cite jugak pasal housewarming cum Open house kecil-kecilan. Kalau kamuorang tak tau, kami suami isteri baru je pindah umah baru kami. 2 3 hari sebelum raya puasa aritu. Hehehe.. time-time puasa kami angkut barang...Gila drastic! Tapi umah baru kami ni tak la besar mana..ciput-ciput je saiznya. Cukuplah untuk kami memulakan idup kami suami isteri dan anak-anak kami nanti. ( Bila nak mengandung ni..adoi)

Macamana boleh tetibe je nak beli rumah ni? Citenya begini, sedang sedap-sedap melayar bahtera rumah tangga yang baru dibina..ceewah..tetiba kami diinformkan oleh Tuan Rumah tuk keluar dari umah sewa..Uwaa.. katanya anaknya yang baru balik dari oversea nak duduk umah yang kami sewa ni...So, kami diberi notice 2 bulan (iaitu selepas raya puasa) tuk berpindah.

Wah! Apa lagi..macam cacing kepanasan la ktorang..tak senang duduk dibuatnya. Memikirkan nak cari rumah sewa lain plus nak mem’packing’ barang tuk pindah..pastu nak unpack lagi..Dah la barang mak ai..banyak bebenor!

Pikir punya pikir, pas dinasihat dek parents both family, kami pun decide nak cari rumah terus..tapi at the same time tetap cari umah sewa juga... yela, kalo sewa rumah..takut pulak kene dihalau keluar lagi..makin hari, barang makin bertambah..kan susah dibuatnya!

Cari punya cari, google punya google..ada la beberapa rumah yang kami usha untuk dibeli or disewa.. Ciri-ciri rumah pilihan (cheewah):

1. Bawah RM300k

2. Kalo boleh nak umah teres & freehold

3. Paling penting area dekat-dekat city dan tak jauh dr tempat kerja kami suami isteri

Cari punya cari..terjumpalah satu buah umah ni yang menarik hati kami berdua..tapi tak dapatlah umah teres coz kalo umah teres confirm rege dia above rm300k kalo area2 city centre. Kalo dapat murah pun, confirm banyak yang perlu direnovate..duit lagi tu! Tak mampulah tuk kami yang serba serbi kurang ni.. :p Kenelah kami ukur bajet kami yang ada..huhuhu

After dibincang-bincang dan dikira-kira, kami pun setuju lah nak beli terus umah satu ni.. Bukan senang jugak rupanya nak beli rumah ni ye..Nak cari bank loan yang leh bagi best interest & loan, nak nego harga dengan owner, nak deal dengan lawyer..nak cari 10% deposit lagi..adoyai! al maklum, semuanya serba serbi ad hoc..nak korek duit celah mana kan..huhuhu

Tapi berkat pecah tabung dan kerja keras en suami aku yang hensem tahap Tom Kurus (tipu!), Alhamdulillah..dapatlah jugak dikumpulkan duit tuk umah nan satu tu.. Bukan senang tau! Meleleh jugaklah airmata semata-mata nak mencarikan duit yang tak berapa ado! Bak kata orang tua, adat suami isteri, susah senang bersama..kan? walaupun sebenarnya bini suami aku tu dah give up setengah jalan..susah rupanya nak beli rumah ek... huhuhu..

Selepas proses lebih kurang 2bulan pasal umah yang satu tu, akhirnya dapatlah kami memiliki umah nan satu tu..walaupun rumah ciput.. Alhamdulillah...Akhirnya! Yeay!

Bole tak nak sambung cite nanti...sibuk pasal audit kat opis ni..bye!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dap Dup dap dap dap!

Hati berkobar-kobar nak tulis blog tapi kepala merawang-rawang nak tulis apa..bole? Banyak benda nak diceritakan sampai tak tercerita tau..entahlah..malas jugak mau cerita..

Nak cerita pasal rumah baru.. :p
Nak cerita pasal keje :(
Nak cita pasal hari raya :)
Nak cita pasal planning masa depan ..
Macam-macam lah..tapi tak tau nak start dari mana..
Ish..ish..ish..

Tunggu lah bila idea nak berkongsi cerita ni ada..aku tulis kat post akan datang ek..ok!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dah lama giler

Uish! Dah lama lama giler tak post blog..nak tulis cita pun mcm dah naik basi..malas mau tulis..so..nak bgtau tu je.. :p
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siti Nurhaliza-Falling In Love (APM 2011)


Once in a lifetime…
And your sweep took off your feet
And everything I’ve touched dissolve itself before my eyes

You’re taking me higher when I hear you speak to me
This is so familiar but I’m caught up in this fantasy

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dream

You’re taking me higher when I hear you speak to me
I’m trying to tell you that I will never won’t to let you go

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

Over and over again because I’ll let my mind
You give me something in you to believe in
Come to take me away…

*Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alahai kamu ini...

Hai kamuorang!

Harini aku mau bercerita tentang insiden pagi ini sebelum kami mau ke tempat kerja..
Nak dijadikan cerita..disebabkan kereta abangku leman rosak, abang aku pinjamlah kereta suamiku untuk pegi hantar papamamaku ke Bus Station Bandar Tasik Selatan, papamama mau pulang kampung dan sekaligus pegi kerja di Port Kelang..

Nak dipendekkan cerita..selepas 5 minit diorang bertolak nak ke Bus Station...diorang balik semula ke rumah..pelik juga..

Aku: Kenapa man?
Leman: Entah,macam ada bunyi anak kucing la masa drive tadi..nak check jap...
Aku: Biar betul...

Pas 10 minit cuba mencari punca bunyi si anak kucing..tetap tak jumpa2...

Aku: Takde pun bunyinya..bukan kot..
Leman: Yela..bunyi macam anak kucing..
Mama: A'ahlah...bunyi kucing mengiaw tadi..cuba tengok kat tayar tu..entah2 ada ank kucing...
Leman: Takda la pulak..

Disebabkan dah check2 tak jumpa ..bunyi pun dah dah xde..diorang bergerak semula...


5 minit kemudian, diorang balik semula ke rumah...hahahah..lawaklah pulak..aku baru aje nak bergerak ke tempat kerja..

Leman: Ada bunyi lagilah! Bila dah jalan jauh..ada bunyi anak kucing lagi..cube awak try drive pulak...Ker orang yang salah dengar..

Disebabkan abang aku pun tak sure..kami suami isteri pun test drive kete tu..selesai round 1 taman..kami ke rumah semula..

Aku: Takde pun..awak perasan aje ni...Hurm..takpelah..awak pakailah kete Myvi orang..kitorang pakai kete ni..

Memandangkan abang aku sedang bergegas nak anta papamama dan ke kerja yang nun jauh di Klang..kami pun bertukar kereta..

Selepas mereka bertolak, kami suami isteri pun bergegas ke tempat kerja..yelah..jam pun dah kul 8 am..disebabkan tregidi pulang balik pulang balik abang aku nan sorang tu..

Selepas hampir separuh jalan...... ' miow..miow....miow ..miow'

Sah! memang ada anak kucing kat dalam kete kami....

En suami terus ke workshop perodua..minta orang workshop tolong checkkan..memandangkan kami dah check kat rumah tak jumpa2...

5 minit pas encik mekanik masuk kat bawah kereta..sah! memang anak kucing ada tersepit kat bawah brek kereta!!!


Alahai kamu ini...kenapalah kamu tido kat bawah kete..kan dah tersepit..duk pulak kat tempat brek..panas tau...innocent je muka si anak kucing ni..keras je badan dia..panas lak tu..tengah fobia agaknya...kesian..


Pas encik mekanik tolong selamatkan dia..kami pun hantar semula si anak kucing ke rumah..jumpakan dengan ibu kucing..kesianlah..sebelum kami g kerja..dia tak leh jalan lagi...keras je kaki dia..maybe masih trauma...hihihihi..harap2 dia tak pape...

Memang sukakan kucing tapi memandangkan aku ni alergik bulu kucing..terpaksalah buangkan hasrat nak bela kucing..En suami memang suka kucing...ada niat nak bela kucing la tu..lupa diri dia resdung ! Ceh!

Alahai kamu ini kucing.... :) kerana kamu..kami suami isteri lewat sampai opis tau..tapi takpe..dapat pahala tolong selamatkan binatangkan..mana tau dia pulak tolong doakan kita... :)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wordless Wednesday #3

Pagi ni ada terbaca blog sedaraku..terpana bila baca pasal cita seorang ex-bride to be ni...
Sedih sangat...bergenang lagi airmata..

Apa perasaan kamuorang bila kamuorang didapati menghidap barah otak tahap teruk...?
Bertambah sedih lagi dapat tau masa kamuorang tengah dalam pantang.. :'(
baby pun mash kecik..mak cuma mampu terbaring lemah..tak dapat melayan anak yang amat2 perlukan lasih sayang mama dia...ooooh...sedihnyer..
Allah memang maha adil dan maha penyayang..
Dapat pula suami yang sentiasa di sisi..Alhamdulillah...

Sebab tu rasa diri ni tau mau merungut lebih..
Bila mengenangkan nasib orang lain yang jauh lebih tragis dari kita..
oh...
Sedihnya...

Tak dapat cakap lebih2..
kamu orang viewla blog ex- bride to be ini dan kakak ipar empunya diri..

Tolonglah doakan Norma..
Kalau mau menderma pun boleh..
Semoga Norma kuat menghadapi penyakitnya..

:'(



* Bersyukurlah dengan kesihatan yang kita ada..ingat orang lain yang lebih menderita dari kita... :'(
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tora datang lagi!

Tq pada abg paiku sayang..sbb telah memberi sinar kebahgiaan kepada adik bongsumu..eceh eceh..

Blackberry datang lagi! Bukan tora yg datang lagi.. :)

Walaupun blackberry yg ini ialah adik kepada blackberry aku yg ilang..tak berapa Bold II sangat..tapi di berCurve mcm tuan dia..ahaks!

Walaupun si pengguna iphone4 mengutuk pengguna blackberry umpama pengguna calculator saintifik..i tak kesah..noks..sebab hanya pengguna bb saje tau betapa ketagihnya bl menggunakan bb..hihihi..aku lah tu!

Tq abg paiku atas present birthday yang lewat 2bulan dah..bb aritu pun abg paiku yg hadiahkan..harap2 bb yg ini xhilang lagi..kene buat security code pasni...

Sangat2 happy walaupun badan lemah macam nak reput! Demam flu melanda lagi.. Kuatlah wahai badan..jangan lembik sangat..tak macho tau..
Published with Blogger-droid v1.6.7
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makanan Arab

Wordless Friday juga...

Takde benda nak cakap..jom layan gambar aje

Makan di Wadi Hadramawt di Jalan Ampang Ahad lepas..Ramai sangat orang time lunch hour..nak kata murah tak juga..mungkin ramai benor peminat nasi arab kat Malaysia ni..termasuk si tuan tanah kat bawah..



Tuan tanah yang suka sangat makan nasi.. :p

Grilled chicken yang terlebih grill

Lamb Madghout+ Mango with milk+ Cocktail juice


Total makan untuk 2 orang ialah RM68!

Bagi suami aku yang memang kaki makan nasi..rege memang berbaloi..pada aku ianya macam tak berbaloi..bolehlah datang lagi tp bukan tempat favorite la..

:)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS