Oh..Tidakkk...

Pada 29hb Ogos lepas ialah tarikh aku melaporkan diri di JKR Kuala Lumpur..Aku bertolak dari rumah abangku pada awal pagi pukul 7 tapi disebabkan 'jam' kat beberapa tempat..aku sampai di ibu pejabat JKR pada kul 8.40 pagi..Fuh!lewat.Dah penuh dewan dengan orang yang melapor diri..Sesampainya di dalam dewan..lebih kurang pukul 9.15 pagi kami diberi 'briefing' oleh pegawai di bahagian 'admin' untuk mengisi borang2 yang setebal buku..Tebal tu..Proses briefing ini mengambil masa setengah hari dan pembahagian tempat bertugas akan diberitahu pada waktu petang disebabkan hari ini ialah hari Jumaat..Sesi bersambung selepas solat Jumaat.

Selepas solat Jumaat, pembahagian tempat bertugas berlaku..Cuak semua bakal 'pekerja gomen' memikirkan kemanalah tempat yang bakal dicampakkan..Surat tempat bertugas diserahkan..Argh! Puan Nurashikin Zainal Abidin, JKR Negeri Johor! oh tidak!jauhnyer....kenapa ramai yang dapat kat HQ Kl..aku seorang je yang dihantar ker JKR Negeri Johor?Majoriti ditugaskan ke HQ Kl, Kedah, Terengganu dan Kelantan..

Dalam hati..Cit!aku sorang je ker yang dihantar ke JB?kene pindah lagi..adoi..Kepala jadi 'blur' sekejap kerana aku betul-betul tak menyangka akan dihantar ke JB kerana mengikut pegawai admin kat sini..semua engineer baru akan 'stay' di HQ KL at least 1tahun..

Em..nak buat macamane..balik kampunglah nampaknya..Kebetulan aku nak balik ke Pontian sempena Hari Merdeka sekaligus menyambut Ramadhan di kampung..

Pada hari ini,3 September aku melapor diri ke JKR Johor pula di Bukit Timbalan..bertolak pada pukul 7.20pagi..disebabkan 'jam'..aku sampai pada pukul 8.15pagi..Fuh!tak selewat di KL..Nak dipendekkan cerita, aku pun terus melaporkan diri ke Timbalan Pengarah JKR Johor disebabkan Pengarah bercuti hari ini..Setelah menyerahkan surat dari HQ Kl, Timbalan Pengarah memberitahu aku bahawa aku akan dihantar bertugas ke JKR Daerah yang kosong, tiada jurutera iaitu sama ada JKR Pontian atau JKR Segamat. Namun disebabkan aku berasal dari Pontian, adalah tidak digalakkan untuk mereka menghantar aku ke Pontian..takut akan ada 'wujudnya kroni2 yang tak diundang'..Jadi kemungkinan besar aku akan di'campakkan' ke JKR Segamat..Oh Tidaakkkk!!!

Kepala aku 'blur' lagi..Segamat? Takde sape2..takde kawan2..sedara mara..tak biasa dengan Segamat..Adoi...Yang paling beratnya..tiada Jurutera J41 di sana..maka, jika aku dihantar ke sana..bermaksud akulah satu-satunya Jurutera J41 di Segamat!Tiada Senior Engineer..Terus 'direct' ke Jurutera Daerah..Argh!Beratnya tanggungjawab ni..takut sangat2.. :( Projek jalan dan bangunan baru banyak nak 'start' di Segamat..Seolah2 mengalu-alukan kedatangan aku..Tolong.....Macam bola aku dibuatnya..Mula-mula HQ KL..kemudian JKR Johor..dan akhirnya mungkin JKR Segamat? ARGH!!

Terasa macam nak balik ke Shah Alam semula pulak.. :( Huhu...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 Soksek-Soksek:

shana said...

i tahu u boleh buat .....jurutera daerah tu...tahniah

Nurashikin said...

Thanks kak shana..

Bukan Jurutera Daerah..besar sgt tu pangkatnyer..jurutera cabuk je..hehe..insyaallah jumpa di reunion n berbuka puasa eh..

Anonymous said...

r u married?Puan?

nazmi