Induksi OOO___OOO Induksi

Semalam after meeting Bahagian, kawan seofis aku bagitau yang KKR open nama untuk sesiapa yang nak pegi induksi batch pertama di Raub, Pahang. Induksi ni akan dijalankan pada 11-26 Mac 2010..Perh! Labih kurang 17hari tu..di Kem PLKN..

Disebabkan ada peluang untuk sort in nama, aku pun call bahagian pengambilan induksi, KKR untuk bertanyakan pasal hal ini. Dan akhirnya, aku dapat masuk untuk Induksi Batch 1..Yehuuu!! (^___^)

Harap-harap tiada halangan atau masalah untuk aku attend induksi nanti.. Semoga Allah mempermudahkan semua jalan dan rancangan aku tahun ini.Aminnn..Ya Rabbal'alaminn..

Cuak jugak sebenarnya nak attend induksi ni..Not well-prepared untuk semua latihan fizikal, presentation, public speakingdan lain-lain yang berkaitan.

Disebabkan aku dan partner aku pun pergi induksi sekali, maka Bisnes reDuit!reDuit! terpaksa di 'senyap'kan buat seketika.. Dan disebabkan kami begitu bersyukur dan bermurah hati, kami bercadang untuk buat Jualan Runtuh kepada product-product di reDuit!reDuit! untuk semua.. Tapi, harus diingat yer..hanya valid sehingga 9 Mac 2010.So, cepat-cepat rembat!!

P/s: Memandangkan bulan ni ialah bulan sengkek sedunia..maka kami akan mempertimbangkan bagi pelanggan-pelanggan untuk reserved product-product kami di reDuit!reDuit! dan boleh bayar bila gaji bulan Mac dapat..tapi perlu bayar deposit sikit..dan sekiranya reservation tu dibatalkan..deposit tidak dikembalikan..Ok!

Ok, aku tambahkan iklan blog business kami sekali eh kat sini..

WE ARE GOING TO BE AWAY FOR 2 WEEKS VERY SOOOOONNNNNN

SO, WE DECIDED TO SLASH ALL PRICES TO CLEAR OUR STOCKS!

SO GUYS, GET IT NOW AS THIS OFFER ONLY VALID UNTIL 9TH MARCH 2010!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akibat Si Bongsu..

Semalam aku pergi jumpa dentist.. Tujuannya untuk buat 'Scaling'. Ini kerana, memang dah due date untuk aku buat scaling untuk tahun ini ..Tapi sebenarnya, last month aku dah visit dentist untuk buat scaling ni..tapi disebabkan Si Bongsu gigi geraham aku ni baru keluar..maka bengkaklah gusi aku ini. So, dentist sarankan untuk aku datang semula bila bengkak gusi aku dah surut..

Then, maka datanglah aku berjumpe dentist semula semalam.. Semuanya macam biasa, ok aje. Aku takde masalah atau fobia untuk jumpe dentist..sebab aku memang dari kecik-kecik lagi memang selalu ada masalah dengan gigi..Gigi tak tersusunlah..Gigi taring keluar pada tempat yang tak sepatutnyalah..gigi berlapislah..Macam-macam lagilah..Even, masa kat sekolah rendah dulu, pernah specialist dentist datang untuk cabutkan gigi aku yang complicated tu. So..pendekkan cerita jumpe doktor tu bukan hal yang mengerunkan pun..I was so close with dentist!! Dasar budak gigi rosak.. (^_*)

Ok..berbalik kepada cerita visit dentist semalam..atas masalah si geraham bongsu aku yang 'tak mau keluar abis'..doktor sarankan aku untuk buat surgery atau pembedahan kecil untuk cabut si bongsu ni..Ini kerana, doktor cakap..gigi ni tak kan tunbuh dengan sempurna sampai bila-bila..So, if aku tak cabut..gusi aku akan sentiasa bengkak dan berdarah.. Paham-paham ajelah kan if dah berdarah dan membengkak..mulut pun akan berbau la..Haiyooo! Tak bengkak pun mulut sudah busuk..ini kan pulak bengkak dan berdarah..huhu..Gerunnn..

Dan kos untuk surgery tu ialah RM500++.. :( Mana mau carik duit?? Adakah duit untung jual tudung di reDuit! reDuit! akan ku jadikan duit untuk membayar surgery Si Bongsu ini...Wargh!! Untung bulan lepas burn bayar deposit kuarters.. Bulan ini untuk gigi pulak ker?? Argh!! Bila mau simpan duit untuk sambung belajar? Bila mau simpan duit untuk kawen? :#

Selain tu , doktor nasihatkan aku untuk buat 'bracing' kerana gigi aku yang tak tersusun..Dan Kosnya RM5,000!! Terima kasih doktor, akan difikirkan kemudian..Banyak tu wo!! Mana mau korek? Aku mane ade duit banyak-banyak.. ( Tak tersusun sangat ker gigi aku ni..atau dentist ni nak paw duit aku? Helo doktor..untung jual tudung aku bukannyer banyak sangat..So, janganlah paw aku!!)

Moral of the story:
Sape-sape yang ade anak-anak kecik..Pleaselah..pleaselah jaga gigi anak-anak korang..Janganlah bagi benda-benda manis dan trylah didik anak-anak suka jaga gigi dan berus gigi lepas makan.. Kerana..kalo tak jaga..akan end up macam Saya!! (aik..macam menyalahkan papamama aku je sebab gigi aku bermasalah sekarang.. :p)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS