KAMI-Geng Cari Makan

KAMI- geng cari makan untuk berbuka puasa Sabtu lepas yang makan kat Restoren Raja Udang yang tak berapa best tu..Jom tengok gambar-gambar senget kami :) Ini mase kitorang lepaking kat Kopitiam..

Ketua geng senget! :)

Geng Budak Senget

Aik? Tak senget pulak..

Control Macho and ensem..

Ye..jerawat aku nampak..Cit!
Ok..dah..abis..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Al kisah Hari ke-4 Berbuka Puasa

Hari ke-4 punye cerita pulak, plan nak g makan kat Sate Station Setiawangsa, on the way nak ke sana, nampak pulak Restoran baru buka..Restoran Raja Udang kat belakang Jusco Au2, Setiawangsa. Kedai nampak cantik, ada pondok duduk-duduk bersila bagai.. So, abg aku pun decide nak buka kat restoran ni je..

Sampai pukul 6.30pm..Order; tomyam campur, puyuh sambal, kerabu campur, udang goreng tepung, air teh ais, teh suam, carrot susu.

Tunggu punye tunggu, pukul 8.30pm baru lauk sampai..'menanah' je hati abang-abang aku tu..mane taknyer..perut dah kenyang togok air dan makan kurma je sementara menunggu lauk sampai..Sabar, sabar..sesungguhnya kami ber-3 sedang berpuasa.. :D

Sampai je lauk..tomyam yang diorder cair..pastu isi dalam dia pun sikit yang amat..terapung-apung sotong dan ayam dalam kuah tomyam..ish! frust..kerabu pun banyak bawang dari isinya..Yang paling dasyat..restoren ni tak cukur senduk untuk kami senduk tomyam..Maka, terpaksalah kami guna sudu aje..Itu pun 1sudu aje yang mampu diorang sediakan untuk kami.. satu kes lagi yang memanaskan hati ialah..udang goreng tepung pun diorang tak dapat nak servekan kepada kami sebab tepung habis..APA?? Tepung abis? Hello? Concretekah alasan..

Kami ber-3 pulang dengan hati yang hampa..Erm..moral of the story..janganlah try-try pegi restoran baru ni..semua benda tak cukup..melainkan dah terima testimoni yang bagus tentang restoran tu..ramai costumer yang balik awal sebab tak sanggup menunggu makanan yang telah diorder..maka peniaga restoran dapat untung duit minum aje la..Nak tunggu costumer datang semula ke restoren tu..entahlah..Nak ker?

Maybe diorang tak well-prepared untuk buka restoran lagi..cume tokey kedai tu je yang boleh jawab..aduyai.. :P
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buka Puasa Hari ke-3

Nak cite secara ringkas dan padat tentang buka puasa hari ke-3 lepas..

Macam biasa, tiap-tiap hari Jumaat jalan akan jem di merata-rata sebab semua orang nak balik awal dihujung weekdays..So stuckla dalam jem..tapi takla seteruk hari sebelumnyer.. Round punye round, member aku ajak berbuka di Restoren Nelayan, Tasik Titiwangsa. Sampai kat sana pukul 6, awal betul..heh..tapi semua meja dah dibooking orang..tingal 1 2 meja jek yang kt hujung-hujung nun untuk kami yang datang tak lewat tapi tak reserved awal ni.. So, we decide untuk makan ala-carte aje memandangkan kami ni bukannyer makan banyak sangat pun.. (ahaha..poyo :p) dan buffet kat Restoren nelayan tu dlm Rm35-40 sekepala..So, pada kami terlalu mahallah kan?Macam rugi ajek..

Orderla makan.Menu:

1) Ikan kerapu sweet sour- 500grm
2) Shark fin with crabmeat- 2 portion
2) Ayam goreng- 2 portion
4) Air- Epal juice dan oren juice

Total Harge: RM78!!

Hah hamik ko! lebih mahal dari makan buffet!kuikui... ok..berbuka hari ke-3 juga boleh tak dikira FAIL?? erm? erm?
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puasa 2010

Dah hari ke-3 kita berpuasa, aku baru rajin nak menulis kat sini.. ^_^' Tentang puasa tahun 2010 aku:

  • Tahun ni aku berpuasa tanpa papamama coz parents aku berpuasa di JB, diorang terpaksa jadi baby sitter sementara untuk anak kakak sebab bibik kakak balik Indon menyambut puasa. Disebabkan tu ler aku dan abang aku kene mencari juadah berbuka masing-masing, sama gak untuk sahur..terpaksalah aku masak simple-simple untuk kami berdua. Kalau papamama ada, taklah kami macam ni..buka mesti makan sedap-sedap..sahur pun dah siap semua.. :'( . Disebabkan itu jugak, aku pun sibuklah meng'usha' resepi-resepi online untuk hidangan sahur kami adik-beradik.
  • Perihal berbuka:
- Hari pertama: Plan nak makan kat sate station suggest by Si Mama Glam tapi tutuplah pulak. Pegi pulak ke Warisan Johor Mak Tim kat roundabout AU3, tutup jugak.Adus! Termasuk pulak kat MRR2, stuck dalam jem! kete member overheat pulak kat tengah-tengah jem tu..Dush dush KCE! Panas je atiku..wagh! final destination..food court giant permata, berbuka puasa nasi ayam sedap kat situ..kebetulan abang aku pun datang nk makan sana, so berbuka lah kami ber-3. Mission Sate station dan Nasi Beryani Mak Tim FAIL!

- Hari ke-2: Plan nak makan Restoren Tupai-tupai suggest by ofismate aku,En Azmar.Setelah tersangkut dalam jem LAGI dan setelah tersesat jalan dan terbabas jalan sebanyak 5x! Restoren Tupai-tupai pun tutup! Wargh! Apakah? ( gaya izzy :)) Dugaan nak berbuka puasa betol. Mission Tupai-tupai FAIL! At last, kami berbuka di Kedai Ikan Bakar Jalan Bellamey.. :( Tak sedap..

- Hari ke-3: Malas nak plan!

  • Tarawikh: Setakat ni bertarawikh di rumah aje.Kenapa? Badan lemah sangat akhir-akhir ni.. InsyaAllah hujung minggu ini ke masjid.
  • Bayar Puasa: Tak sempat nak qada' lagi 4 hari. Leka punya pasal, selalu lengah-lengahkan! So, kenalah bayar fidyah dan qada' puasa kene carry forward ke tahun depan.
  • Baju raya: Tempah baju raya pun sehelai je.Itu pun tak tau sempat ke siap sebelum raya. Tak sempat pulak beli baju ready made masa pegi bandung hari tu..Sibuk memborong kain potong aje..:p
  • Budget raya: Tak ada budget.Boleh? ahaha..sebab budget aku dah banyak lari masa pegi ke Bandung hari tu, tak terkejar dah..Post pasal Bandung pun aku tak tulis lagi :).. akan diceritakan kemudian tentang betapa heaven nya bershopping di Bandung!
Ok, sambung nanti la.Tetibe stuck pulak otak den ni..sebenarnya banyak nk cite tadi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS