- Tahun ni aku berpuasa tanpa papamama coz parents aku berpuasa di JB, diorang terpaksa jadi baby sitter sementara untuk anak kakak sebab bibik kakak balik Indon menyambut puasa. Disebabkan tu ler aku dan abang aku kene mencari juadah berbuka masing-masing, sama gak untuk sahur..terpaksalah aku masak simple-simple untuk kami berdua. Kalau papamama ada, taklah kami macam ni..buka mesti makan sedap-sedap..sahur pun dah siap semua.. :'( . Disebabkan itu jugak, aku pun sibuklah meng'usha' resepi-resepi online untuk hidangan sahur kami adik-beradik.
- Perihal berbuka:
- Hari pertama: Plan nak makan kat sate station suggest by Si Mama Glam tapi tutuplah pulak. Pegi pulak ke Warisan Johor Mak Tim kat roundabout AU3, tutup jugak.Adus! Termasuk pulak kat MRR2, stuck dalam jem! kete member overheat pulak kat tengah-tengah jem tu..Dush dush KCE! Panas je atiku..wagh! final destination..food court giant permata, berbuka puasa nasi ayam sedap kat situ..kebetulan abang aku pun datang nk makan sana, so berbuka lah kami ber-3. Mission Sate station dan Nasi Beryani Mak Tim FAIL!
- Hari ke-2: Plan nak makan Restoren Tupai-tupai suggest by ofismate aku,En Azmar.Setelah tersangkut dalam jem LAGI dan setelah tersesat jalan dan terbabas jalan sebanyak 5x! Restoren Tupai-tupai pun tutup! Wargh! Apakah? ( gaya izzy :)) Dugaan nak berbuka puasa betol. Mission Tupai-tupai FAIL! At last, kami berbuka di Kedai Ikan Bakar Jalan Bellamey.. :( Tak sedap..
- Hari ke-3: Malas nak plan!
- Hari ke-2: Plan nak makan Restoren Tupai-tupai suggest by ofismate aku,En Azmar.Setelah tersangkut dalam jem LAGI dan setelah tersesat jalan dan terbabas jalan sebanyak 5x! Restoren Tupai-tupai pun tutup! Wargh! Apakah? ( gaya izzy :)) Dugaan nak berbuka puasa betol. Mission Tupai-tupai FAIL! At last, kami berbuka di Kedai Ikan Bakar Jalan Bellamey.. :( Tak sedap..
- Hari ke-3: Malas nak plan!
- Tarawikh: Setakat ni bertarawikh di rumah aje.Kenapa? Badan lemah sangat akhir-akhir ni.. InsyaAllah hujung minggu ini ke masjid.
- Bayar Puasa: Tak sempat nak qada' lagi 4 hari. Leka punya pasal, selalu lengah-lengahkan! So, kenalah bayar fidyah dan qada' puasa kene carry forward ke tahun depan.
- Baju raya: Tempah baju raya pun sehelai je.Itu pun tak tau sempat ke siap sebelum raya. Tak sempat pulak beli baju ready made masa pegi bandung hari tu..Sibuk memborong kain potong aje..:p
- Budget raya: Tak ada budget.Boleh? ahaha..sebab budget aku dah banyak lari masa pegi ke Bandung hari tu, tak terkejar dah..Post pasal Bandung pun aku tak tulis lagi :).. akan diceritakan kemudian tentang betapa heaven nya bershopping di Bandung!
Ok, sambung nanti la.Tetibe stuck pulak otak den ni..sebenarnya banyak nk cite tadi..
2 Soksek-Soksek:
Hai kin! slamat berpuasa :)
kin, parents awk dah duduk dgn awk kat KL ke?
ikan bakar jln bellamy, sedap tu! ape pulak tak sedap? haha, tak sedap sbb dorang puasa kot :p sbb kite slalu lunch dgn kwn2 kat jln bellamy tu..nway, slamat berbuka puasa n slamat memasak yek! :P
a'ah..diorang duduk dgn ekinkt kl..tula pasal...menderita sungguh bl kene cari mkn kt luar ..huhu..Selamat berpuasa nina!
Post a Comment