Induksi OOO___OOO Induksi

Semalam after meeting Bahagian, kawan seofis aku bagitau yang KKR open nama untuk sesiapa yang nak pegi induksi batch pertama di Raub, Pahang. Induksi ni akan dijalankan pada 11-26 Mac 2010..Perh! Labih kurang 17hari tu..di Kem PLKN..

Disebabkan ada peluang untuk sort in nama, aku pun call bahagian pengambilan induksi, KKR untuk bertanyakan pasal hal ini. Dan akhirnya, aku dapat masuk untuk Induksi Batch 1..Yehuuu!! (^___^)

Harap-harap tiada halangan atau masalah untuk aku attend induksi nanti.. Semoga Allah mempermudahkan semua jalan dan rancangan aku tahun ini.Aminnn..Ya Rabbal'alaminn..

Cuak jugak sebenarnya nak attend induksi ni..Not well-prepared untuk semua latihan fizikal, presentation, public speakingdan lain-lain yang berkaitan.

Disebabkan aku dan partner aku pun pergi induksi sekali, maka Bisnes reDuit!reDuit! terpaksa di 'senyap'kan buat seketika.. Dan disebabkan kami begitu bersyukur dan bermurah hati, kami bercadang untuk buat Jualan Runtuh kepada product-product di reDuit!reDuit! untuk semua.. Tapi, harus diingat yer..hanya valid sehingga 9 Mac 2010.So, cepat-cepat rembat!!

P/s: Memandangkan bulan ni ialah bulan sengkek sedunia..maka kami akan mempertimbangkan bagi pelanggan-pelanggan untuk reserved product-product kami di reDuit!reDuit! dan boleh bayar bila gaji bulan Mac dapat..tapi perlu bayar deposit sikit..dan sekiranya reservation tu dibatalkan..deposit tidak dikembalikan..Ok!

Ok, aku tambahkan iklan blog business kami sekali eh kat sini..

WE ARE GOING TO BE AWAY FOR 2 WEEKS VERY SOOOOONNNNNN

SO, WE DECIDED TO SLASH ALL PRICES TO CLEAR OUR STOCKS!

SO GUYS, GET IT NOW AS THIS OFFER ONLY VALID UNTIL 9TH MARCH 2010!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akibat Si Bongsu..

Semalam aku pergi jumpa dentist.. Tujuannya untuk buat 'Scaling'. Ini kerana, memang dah due date untuk aku buat scaling untuk tahun ini ..Tapi sebenarnya, last month aku dah visit dentist untuk buat scaling ni..tapi disebabkan Si Bongsu gigi geraham aku ni baru keluar..maka bengkaklah gusi aku ini. So, dentist sarankan untuk aku datang semula bila bengkak gusi aku dah surut..

Then, maka datanglah aku berjumpe dentist semula semalam.. Semuanya macam biasa, ok aje. Aku takde masalah atau fobia untuk jumpe dentist..sebab aku memang dari kecik-kecik lagi memang selalu ada masalah dengan gigi..Gigi tak tersusunlah..Gigi taring keluar pada tempat yang tak sepatutnyalah..gigi berlapislah..Macam-macam lagilah..Even, masa kat sekolah rendah dulu, pernah specialist dentist datang untuk cabutkan gigi aku yang complicated tu. So..pendekkan cerita jumpe doktor tu bukan hal yang mengerunkan pun..I was so close with dentist!! Dasar budak gigi rosak.. (^_*)

Ok..berbalik kepada cerita visit dentist semalam..atas masalah si geraham bongsu aku yang 'tak mau keluar abis'..doktor sarankan aku untuk buat surgery atau pembedahan kecil untuk cabut si bongsu ni..Ini kerana, doktor cakap..gigi ni tak kan tunbuh dengan sempurna sampai bila-bila..So, if aku tak cabut..gusi aku akan sentiasa bengkak dan berdarah.. Paham-paham ajelah kan if dah berdarah dan membengkak..mulut pun akan berbau la..Haiyooo! Tak bengkak pun mulut sudah busuk..ini kan pulak bengkak dan berdarah..huhu..Gerunnn..

Dan kos untuk surgery tu ialah RM500++.. :( Mana mau carik duit?? Adakah duit untung jual tudung di reDuit! reDuit! akan ku jadikan duit untuk membayar surgery Si Bongsu ini...Wargh!! Untung bulan lepas burn bayar deposit kuarters.. Bulan ini untuk gigi pulak ker?? Argh!! Bila mau simpan duit untuk sambung belajar? Bila mau simpan duit untuk kawen? :#

Selain tu , doktor nasihatkan aku untuk buat 'bracing' kerana gigi aku yang tak tersusun..Dan Kosnya RM5,000!! Terima kasih doktor, akan difikirkan kemudian..Banyak tu wo!! Mana mau korek? Aku mane ade duit banyak-banyak.. ( Tak tersusun sangat ker gigi aku ni..atau dentist ni nak paw duit aku? Helo doktor..untung jual tudung aku bukannyer banyak sangat..So, janganlah paw aku!!)

Moral of the story:
Sape-sape yang ade anak-anak kecik..Pleaselah..pleaselah jaga gigi anak-anak korang..Janganlah bagi benda-benda manis dan trylah didik anak-anak suka jaga gigi dan berus gigi lepas makan.. Kerana..kalo tak jaga..akan end up macam Saya!! (aik..macam menyalahkan papamama aku je sebab gigi aku bermasalah sekarang.. :p)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CELCOM BROADBAND PROMOTION- RM68!!

Tengok sini! Tengok sini! Ada iklan sekejap..Jom baca! Jom baca!

Si Teddy Biru ada buat promotion sekarang..

Sape-sape yang berminat untuk beli broadband..Jom daftar sekarang dengan saya.. yup..dengan saya juga boleh..

Dengan hanya daftar sebanyak RM150.. Anda akan:

  1. Mendapatkan USB Modem secara PERCUMA
  2. Penggunaan 3 bulan PERCUMA!!
  3. Harga langganan RM68 tanpa had bila-bila masa dimana jua..eceh!iklan bagai
  4. Bandwidth- 384kbps!! (bergantung kepada lokasi dan coverage Celcom, tapi hampir 75% kawasan dah ade coverage ni)
So..apa lagi, sesiapa yang berminat bolehla contact saya di email nuras859500@yahoo.com


Memang 'Berbaloi-baloi'... (^__*)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Boyfriend Ku

Antara hadiah untuk diri sendiri bagi penghujung tahun 2009 dan awal tahun 2010..huhu.. Let me introduce u all with my beloved boyfriend from Sabah!!..


'Handsome'kan Boyfriend saya?? eheh..even he is just a comel MYVI but for me he is tough guy CIVIC! ahah.. i love him.. :p
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wink * " Wink *"

Tahun 2010 yang menyenangkan... (^_^).. *" Wink Wink *" ..Berbunga-bunga..

Rezeki pun datang dengan mudah.. Rezeki Reduit-Reduit.. (sempat promote lagi) dan rezeki dapat kuarters.. Kira rezeki la tu kan even dapat kuarters jauh.. It is good than nothing right..?

Adakah ianya 'petanda-petanda yang lebih cerah' akan muncul lebih banyak selepas ini? ahah! check it out!! eheh..can't wait..

Berbunga-bunga... yeay! saya sudah punya 'kunci' dan bunyi 'kching kching' makin kedengaran ni..Alhamdulillah..

Saya Sangat Bersyukur dengan apa yang saya ada setakat ini.. Harap-harap akan bertambah baik selepas ini..

Ciayok! Ciayok Eikyn!!

Saya suka.. TQ ..(^_^)

As return..I give u this..


Si Budak Comel...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Taiping..

Last week aku pegi ke Taiping..At last, sampai jugak aku ke Taiping. 1st time sampai Taiping..kesian kan. Ini pun atas jemputan perkahwinan adik kepada kawan aku..Kak Lin. Aktiviti yang dibuat:

9.00am: Bertolak dari AU5C menuju ke komuter Bank Negara nak fetch Siti CPK.

9.30am: Sampai Bank Negara, tapi Siti tak dapat join coz sakit gigi. Bertolak menuju ke Taiping but otw ke Taiping, stop dulu ke Rawang dan umah baru Auntie Sukma kat Antara Gapi. Travelling yang relax-relax and sempoi..

12.00noon: Stop kat R&R Sg Perak for lunch.

1.00pm: Sampai di Hotel Legend Inn, Taiping. Check-in dan zzzzz..tido sebab penat..

4.30pm: Kuar jalan-jalan carik makan..Pekena Cendol the best in Taiping dan mee udang besar punyer dan sate perot,sate daging dan sate ayam. Jalan-jalan ke Tasik Taiping dan Zoo Negara. Tak dapat jalan banyak sebab hujan.

7.30pm: Siap-siap for dinner kenduri kahwin.

11.00pm: Majlis selesai dan tido.

8.00 am: Bertolak balik dan singah-singah beli buah.

Ok













  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Reduit! Reduit!

To all my friends, i'm announcing my new blog sales, which was a partnership with my dear colleague, Mama Aimee: reDuit! reDuit!

As for now, we sell good quality Eikyn hijab, crystal brooches, original pearl brooches, crystal bracelet, original pearl bracelet and original pearl button for Baju Melayu.

We haven't officially launch the blog yet actually. As a friend of mine, I'm giving you a priority to visit and to see whether you have interested on any items, before we launch it to public.

So, guys, do check out the blog! Will update more later ya!

(credit to Mama Aimee Post, i ciplak u punye tau partner :P)..Niat kita sama kan..? Ngehngeh..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Tercetusnya Idea..

Dimana selalunya kamu mendapat inspirasi atau tercetusnya idea? Semasa berendam dalam bath tub ker? Ketika mandi di bawah shower ker? Ketika bergolek-golek di atas katil? Ketika memandu kereta laju-laju di tengah-tengah highway yang lengang? Ketika sedang bersenam atau berjogging di taman atau ketika sedang berjalan-jalan dan bershopping?

Tak kesahla di mana sebenarnya kamu mendapat idea atau tercetusnya idea-idea tu..Di mana pun tempatnya, selalunya tempat-tempat yang menyenangkan atau tenang adalah tempat yang sesuai. Tempat yang kita tak mau pikirkan tentang masalah dan serabutnya fikiran..Tempat yang kita tak fikirkan tentang dateline untuk submit report dan tentang banyak hal itu ini yang tak disiapkan, tempat yang kita boleh layan perasaan dan tiada gangguan orang lain..

So..di manakah tempat tercetusnya idea? Yang penting idea yang bernas ok..setakat angan-angan mat jenin..sekeh aje kepala sendiri!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sirih Pulang Ke Ganggang

Congrats to Prof Dr Sahol Hamid kerana telah dilantik menjadi Naib Canselor UiTM baharu mulai 2010. Go Go Civil Engineering!! Harap-harap dengan lantiknya Dr Sahol akan meningkatkan lagi kualiti UiTM sebagai universiti bumiputera. Dan harap-harap Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM dapat terbela..Yela..'bapa' kita jadi big boss..mestila dia tak sanggup lihat 'anak-anak' dia melarat dan kelaparan kan.. Tapi, saya rasa Dr Sahol mampu memartabatkan lagi UiTM setanding dengan Universiti- universiti awam di Malaysia. Dengan sifat peribadi yang down to earth to harap-harap beliau tidak mem'politik'kan isu-isu remeh dan fokus kepada peningkatan ilmu anak-anak bumiputera Malaysia..

Di sini saya attachkan berita berkenaan Dr Sahol dari mStar Online..

Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar Naib Canselor Baru UiTM

PUTRAJAYA: Pengarah Pejabat Pengurusan Program, Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar telah dilantik sebagai naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru berkuatkuasa hari ini (1 Januari 2010).

Pelantikan beliau adalah untuk tempoh dua tahun. Surat pelantikan beliau telahpun ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Prof Dr Sahol akan mengantikan Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah yang telah berkhidmat sebagai naib canselor sejak 1 Januari 2001.

Pelantikan Prof Dr Sahol juga boleh diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di universiti itu dalam pelbagai kapasiti antaranya ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Dekan dan Ketua Kampus UiTM Pulau Pinang.

Jawatan terakhir beliau di UiTM ialah sebagai timbalan naib canselor (akademik) sebelum dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2008.

Malah Prof Dr Sahol merupakan anak kelahiran UiTM sendiri. Beliau adalah graduan kejuruteraan awam UiTM, menyertai universiti itu pada tahun 1971 sehinggalah tamat pengajian diploma lanjutan kejuruteraan awam pada tahun 1976.

Beliau terus kekal di UiTM sebagai tenaga pengajar di Sekolah/Fakulti Kejuruteraan.

Pada tahun 1980, Prof Dr Sahol berjaya memperolehi dua ijazah sarjana sains serentak - satu dalam bidang kejuruteraan awam dan satu lagi dalam bidang ekonomi daripada Colorado State University, Amerika Syarikat.

Dan pada tahun 1992, beliau memperolehi ijazah sarjana kedoktoran dalam kejuruteraan awam daripada University of Sussex, United Kingdom.

Dengan kelayakannya itu, beliau telah diterima sebagai seorang jurutera profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Beliau juga diterima sebagai Fellow di Institution of Engineers, Malaysia (1999) dan Fellow di Academy of Science, Malaysia (2003).

Pada masa yang sama beliau juga merupakan segelintir daripada tenaga pengajar dari Malaysia yang dilantik sebagai profesor di universiti antarabangsa.

Setiap tahun sejak tahun 2000, Prof Dr Sahol mengajar beberapa kursus pada peringkat ijazah lanjutan dan mengawalselia program penyelidikan Phd di Universiti Stuttgart, Jerman.

Di atas sumbangannya itu, beliau akan menerima ijazah doktor kehormat daripada Universiti Stuttgart pada November depan.

Sebagai tenaga staf akademik UiTM pula, Prof Dr Sahol bertanggungjawab dalam merancang, menyelia dan melaksanakan pembinaan 9 bangunan utama dan kampus termasuklah menara kembar 20 tingkat Kompleks Kejuruteraan UiTM, Masjid UiTM dan Hotel UiTM.

Beliau juga bertanggungjawab merancang, menyelia dan membina kampus Pahang, Melaka, Terengganu, Sarawak, Perlis dan Pulau Pinang.

Ketika beliau dilantik untuk mengetuai kampus Pulau Pinang, Prof Dr Sahol telah memperkenalkan program mendekatkan kampus dengan masyarakat melalui program tuisyen kepada murid-murid sekitar yang dikendalikan oleh pelajar UiTM sendiri.

Program ini menjadi sangat terkenal sehinggakan ketika perasmian kampus Pulau Pinang oleh perdana menteri, lebih 12,000 orang telah membanjiri kampus berkenaan.

Dengan kepakaran yang beliau ada, Dr Sahol telah dilantik untuk mengetuai Pejabat Pengurusan Program Kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab untuk mentransformasikan universiti awam negara.

Program Apex iaitu Program Pemacuan untuk Kecemerlangan atau Accelerated Program for Excellence yang mana Universiti Sains Malaysia (USM) telah terpilih sebagai universiti yang pertama untuk menerajui program ini adalah merupakan salah satu daripadanya.

Beliau juga bertanggungjawab merangka Pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan juga agenda kritikal pengajian tinggi yang merupakan antara komponen terpenting pelan tersebut.

Pada masa yang sama, Prof Dr Sahol juga bertanggungjawab memperkenalkan program ePMO iaitu satu sistem yang dapat menjejaki perkembangan pelan strategik pengajian tinggi yang dilaksanakan oleh semua universiti awam negara termasuk KPI Kementerian.

Note: Wife beliau, Datin Hanizah pun sangat down to earth..Baju dia pun canti-cantik..hehe :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mana Pilihan Kamu??

Apa pilihan kamu?

A. Indah tapi busuk di dalam

B. Buruk diluar, busuk pulak di dalam

C. Buruk diluar, tapi 'ok la' di dalam

D. Indah diluar dan dalam

E. Tiada jawapan di atas

("_") Tapi aku rase jawapan D mustahil untuk dapat..Kalo indah pun..mesti ada slack here and there..So? Tepuk dada tanya hati..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AZAM 2010

Hari ini ialah hari terakhir bagi tahun 2009..Terlalu banyak yang aku tempuhi bagi tahun 2009..Kesimpulannya 2009 lebih banyak memberi kesedihan dari kebahgiaan ... Senang kata, 2009 merupakan tahun dugaan terbesar sepanjang hidup aku..Tapi hidup mesti diteruskan jugakkan? So..survive! survive! ciayok..ciayok eikyn! gambatte eikyn san!

Aku tak mau cite yang sedih-sedih dan aku nak 2009 berlalu cepat. So, WELCOME 2010!! Aku dah lame tunggu kau 2010!! Harap-harap ko dapat memberi aku semangat baru dan kebahgiaan dalam hidup!! Itulah doa aku ..

Ok, forget about all the sadness of 2009. I'm looking forward now ok!!Let me share my target for 2010. Hope that i'm able to complish my mission for 2010. InsyaAllah..
  1. Jadi seorang yang lebih baik luar dalam. Dapat control emosi dan sifat buruk aku yang senang 'bengang'. Be a person that cool and understanding dengan kelemahan manusia lain. Make more friends.

  2. Komited dengan kerja dan apa-apa yang diceburi. Being satisfied by my boss with what job that he's giving me. Learn more about what i'm doing..KEWANGAN DAN REPORTING. (kehkeh.. nampak tak mencabar lansung eh? but if u in my place..u know how is it). So..don't try to under estimate other people who done this job ok..(ceh!emo bagai..)

  3. Mau sambung Master yang dah aku tangguhkan selama ini.. Mesti...mesti!! Harap-harap financial ok tahun ini untuk aku sambung Master by Coursework! No more by research..unable to handle it..No..no.. :)

  4. Harap dipanggil untuk INDUKSI dan dapat confirm as permenant servant ASAP.

  5. Business Tudung-Aku harap business kecil-kecilan ini dapat diteruskan dan dapat galakan dari semua. Ini la side income aku untuk aku wat saving nak sambung belajar..hehe..So, supportla i ok.. X).

  6. Keep fit! Keep slim! Coz i already feel gemoks! Gemuk! Even my weight is still ok but it is better for me to start exercise.. Aku nak start jogging, pg gym ker, join aerobic JKR ker..huhu..

  7. Target untuk buat harta sendiri. Means beli rumah sendiri..mungkin? Coz umah sewa aku ni pun udah mahal..better aku start cari rumah aku sendiri..

  8. Kumpul duit..kumpul duit..simpan..simpan.. Target aku dapat simpan at least RM10K for 2010.. :)..Tough job for me as orang gomen dan kaki shopping!

  9. Happy..make others happy..make my parents happy of me..HAPPY!

  10. Find the RIGHT PERSON that able to accept me as what i am and SETTLE DOWN!! :P
Ok, inilah azam tahun 2010 yang aku nak share..Doakan aku yer..harap-harap dapat penuhi semua..kalau tak semua, 6 out of 10 pun dah syukur..hehe..

Tambahan:

11. Sudah boleh drive kete dengan confident nya dan tau jalan-jalan penting kat area2 KL ni..Al-maklumlah aku ni kan buta jalan sikit..lebih seronok jadi c0-pilot..haha..

12. Buat passport antarabangsa.. :D

13. Pergi kursus-kursus penting..

    CIAYOK EIKYN!! U CAN DO IT!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sYOK!

Syoknye bila business kecik-kecik aku ni dapat sambutan baik..huhu..AKU SEKARANG 'EKIN SI PENJUAL TUDUNG'!! kehkeh.. (*_*)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak cuti

nak cuti.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jeze Junior

Kami melawat En Jeze dan isteri atas kelahiran baby boy pada 9 Disember 2009 di HUKM. Jom layan gambar je sebab aku tengah sibuk dengan kewangan Cawangan yang haru biru..


Baby Boy, Jeze Junior



Tahniah En Jeze and isteri..Hadiah dari UKDL terlupa nak capture..Stroller Oren!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Short Design Lifetime @ Short Expired Date?

Baru aje bace berita pagi ini..ape kes? semuanya expired date cepat?bukannye makanan tau..bukan roti Gardenia yg jual kat cafe opis aku ni..tapi structural building..Perasan tak?
  • Stadium Sultan Mizan- Baru setahun siap
  • Jambatan Sg Lembing- Tak sampai setahun dah mendap
  • dll yang malas nak dilistkan lagi..

Even aku kerja dalam Jabatan yang ada kaitan dengan kes ni..tapi aku tak dapat komen pape sebab bukan di bawah bidang aku juga.. 'SAYA HANYA MENURUT PERINTAH'. Ceh!Malu jugak..Haish!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS