Lumrah Hidup Manusia.... :'(


Terbaca status wall FB dek dayah..


'Sedih setiap kali terdengar ada orang preggy..

Ya ALLAH, kuatkan lah hamba Mu ini...'


:'(


Ooh...nangis tau bila baca status tu!!

To dek dayah..jangan pernah berputus asa..apa lagi marah dengan ketentuanNYA..

Aku sejak keguguran hari tu, mmg sgt2 sensitif bila tang budak-budak, baby, masalah2
kawan-kawan TTC..
Lebih sensitif lagi bl orang dok tanya kenapa lewat sgt pregnant, membanding2kan dengan orang2 lain yang dah berbaby..

Bila dek dayah post status tu, mmg aku sgt2 memahami perasaan dia...sedih tau bila dapat tau berita baik orang lain..bukan jeles cuma terasa dugaan Allah tu macam tak tertanggung je..

:'(

Lumrah Manusia...
Sebelum kawin, orang dok tanya bila nak kawen.. (dapat yg xcantik, xhensem..mengata pulak!)
Dah kawen, orang dok tanya bila nak beranak.. ( rezeki Allah, sapa nak mempertikaikan lambat or cepat )
Dah beranak, orang dok tanya bila nak tambah lagi.. ( dasar penjaga tepi kain orang kan kamu ni)..

Itulah lumrah hidup manusia..

Kalau sekali dua soalan tu ditanya, mungkin boleh bersabar..
Tapi bila dah banyak kali, hati sapa tak terasa..Emotionallah jugak!

Mungkin ada sesetengah orang, cuma prihatin..
Mungkin ada sesetengahnya, mmg sengaja..
Tapi yang penting..
TTCian
Memang kena kuat semangat! Dugaan Allah pada TTCian..DIA menduga sebab DIA sayangkan kita

Pada yang tak mengalaminya,
AT LEAST,
Kalau tak dapat membantu dari segi support, petua, nasihat dan doa..
AT LEAST..
Jagalah hati mereka-mereka yang belum diberi rezeki..
Takde siapa mereka2 yang dah berumahtangga, takmaukan anak..

Be Strong TTCian!

:'(

Kamuorang tgk tak cite SeManis Kurma Jumaat lepas, tajuk " Bahagiakah tanpa Anak" (rasa2nyalah tajuk ni)
dan cita drama kat Astro PRIMA Ahad lepas..'ANAK'..
Memang sedih cita dia... :'(




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setahun Sudah!

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Syukur pada Allah S.W.T..
Atas nikmat kebahagiaan kami suami isteri..

Usia Perkahwinan kami yang sudah 1 TAHUN!
Sekejap je rasanya...
Rasanya macam baru se
malam lepas kami menikah..Auwww!
Macam baru je duk sibuk-sibuk cari barang hantaran, pilih bridal, buat photoshoot kawen...
Aik! Dah setahun rupanya! Cepat sungguh masa berlalu..

Walaupun masih rasa macam pengantin baru...Weee..
Usia perkahwinan ni sedikit sebanyak
sebagai kayu pengukur bagi menilai sejaoh mana tanggungjawab sebagai suami isteri dah kami jalani..
Dah cukup sempurna ke tanggungjawab ku, dah cukup sempurna ke tanggungjawab pasangan kita?
Ada keluhan idak? Pasangan kita happy idak dengan kita?
Sejaoh mana kebaikan yang kita dah jalankan..atau lebih banyak buruknya dr baiknya?

Pada aku,
Inilah juga tujuan hari ulangtahun perkahwinan ini diperingati,
Untuk menilai dan dinilai,
Bukan oleh partner kita saja, tapi orang-orang yg ada dikeliling kita,
Ada peningkatan hidup ke idak? Atau makin merundum je nampaknya.. :p

Pada aku, perkahwinan adalah..
Untuk saling m
enghargai dan dihargai,
Untuk saling memperbaiki dan membimbing,
Untuk saling berkongsi miskin dan kaya,
Untuk saling berkongsi sihat dan sakit,
Untuk saling berkongsi sedih dan gembira,
Untuk saling menyokong dan disokong,

Pada aku,
Lebih Nikmat kalau diri sendiri dan pasangan dapat merasainya,
Ianya tak perlu diwar-warkan/mempamer-pamerkan pada semua orang,
Cukuplah hanya sedang-sedang, sekurang-kurangnya orang tak jelek,
Hati orang pun dapat dijaga, :)

Apa sambutan menyam
but Anniversary Pertama kami?
Sebetulnya banyak je rancangan, tapi..
Memandangkan kesibukan berpindah ofis, kesibukan persiapan majlis kawen abangku nan sorang tu,
Ditambah dengan empunya badan pun tak berapa sihat,
Kami suami isteri hanya menyambutnya di rumah,
Cukup dengan pelukan erat dan kucupan mesra..Auww!
Kebetulan jugak anniversary kami ngam-ngam terkena pada malam Maal Hijrah..
Kami sambut dengan bacaan yasin dan doa awal tahun je..Mohon ditambah keberkatan dalam
hidup
(Boleh dikira double celebration la kan :p)

Hadiah?
Kesian...
Tiada hadiah spesifik tuk suami tercinta,
Tapi..
Untuk isteri.
.sudah semestinya!
Atas niat janji si suami yang pemurah.. ngeee.. :P
Dapatlah hadiah yang dah dijanjikan suami semasa di malam pertama perkahwinan kami...
Terima kasih abang! (Kebetulan si suami dapat bonus, kalau idak, belum tentu juga :p)
Alhamdulillah..


Kejam?
Kejam sungguh si isteri,
Langsung tiada hadiah?
Ye..si isteri mmg kejam selalu..si suami juga sudah terbiasa.. :p
Tapi insyaAllah..
Kalo ada rezeki tak kemana... <3


Aik? Kenapa ayat post kali ni skema amat!
Entah, maybe si isteri nak bodek si suami untuk pg holiday kot! :p

Semoga ikatan janji pd Allah ni kekal bahagia hingga ke akhirat..Amiin!
Semoga kami suami isteri dapat menjalani hari-hari mendatang dengan lebih diberkati dan matang...Amiiin!


Saya sayang suami saya! :p

Sambung nanti!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerja Baru, Opis Baru

Hai Kamuorang!

Lama tak menulis di blogku nan satu ini... Rindunya! Kalau 1 hari tidak berblogging, blog hopping, baca blog2 yg wajib diintai tiap-tiap pagi..memang tak sempurna hidup 1 hariku...wah! kantoi disini ye! Buka je PC, login email opis, check2 email penting..zass...buka bookmark2 wajib! Barulah semangat nak start wat keje kat opis..weeee!


Kalo kamurang nak tau, dah masuk 2 minggu aku berpindah opis. Atas permintaan sendiri tuk pindah, coz dah hampir 3 tahun kat cawangan lama..buat hal ehwal kewangan cawangan, korporat yang memang tak de kaitan dengan background education. TAPI...aku bersyukur, at least aku dapat pengalaman berbeza daripada bidang sebenar aku. Bukan semua dapat tau! (Ayat sedapkan hati!) Walaupun kadang-kadang ada jugak keluhan yg terkeluar dr mulut aku ni..yela..orang lain tak menghargai J41 yang mcm kami-kami ni yg just buat korporat...tapi bila dipikir-pikirkan..ala..lagi 30 tahun kot aku kene berkhidmat kat gomen ni..setakat org double standard keje kita..apa nak kesah! Giliran mereka-mereka akan tiba jugak, so wait & see ajelah wahai orang-orang yang double standard itu..baru ko tau langit tinggi rendah kann....hehehehe...

Aish! Beremosi pulak! Kalau nak diceritakan pasal pindah-pindah opis ni memeang sensetif..banyak betul dugaannya..tapi malas lah nak diceritakan..cita tak best memang tak best diluahkan..yang penting semua benda yang terjadi ada hikmah disebaliknya..aku yg dah rasa ni..memang setuju sgt2! Alhamdulillah atas apa yg dah jadi... :).

Tak cerita pasal permohonan pindah yang di'blackmail' oleh ex-bos sendiri, isu pindah bahagian, isu turun naik level..haish..xmo pikir dah..itu semua pengalaman yg banyak mengajar aku.. Perasaan aku, xpayah citalah..bercampur baur..sedih, serba salah, geram, marah & mcm2. Yang penting, sabar ajelah..kalo ada rezeki dan ketentuan Allah..tak kemana... :)


Dan sekarang, aku dah berpindah ke opis baru..buat kerja design..adalah kaitan dengan background Degree aku ni..tapi buat setakat ni..tak beranilah jugak nak komen lebih..baru 2 minggu maa..apa-apa pun boleh jadi..lain tempat, lain ragamnya. Cuma macamnaa kita nak sesuaikan diri dengan ragam kerja baru pulak. Yang penting niat kita, tujuan kita. Untuk belajar benda baru yang sebelum ni kita tak tau..Harap-harap oklah kat opis baru ni..

Kat Opis baru, aku tak dapat bilik..huhuhu..sedih! sebab bilik J41 dah penuh, so aku akan duduk kat partition je...Aku tak kesah sangat pun, opis lama walaupun duk dalam bilik tp kami berkongsi 4 orang..sama ja! So taknaklah demand sgt kat sini! hehehe... Manalah tau pasni dapat duk bilik..heehehehe..tp lambatlah lagi kot..

Kawan-kawan kat opis baru pun tak ramai, semua banyak wat hal sendiri..banyak keje agaknya..wat designkan..so..mmg duk layan diri sorang2 la.. Engineer pompuan pun tak berapa ramai, technician dan draughmen pun dah senior2...tapi buat masa ni nampak ok je.. takde lah nampak sombong...ramah je, sama macam opis lama.

Cuma opis baru ni...mak ai..sejuk kemain..beku kat opis ni..dalam 2 minggu start keje ni..seminggu dah aku demam & sakit tekak. Entahlah, aku sorang je ker yg mengokol kesejukan..agaknya diorang dh imune dengan suhu beku ni..adoylah! tak tahan la! :(

Sekarang ni, aku tengah belajar sikit-sikit wat design yg simple-simple.. budak baru belajar.. :p Start tahun baru ni..dah nak kene struggle tuk terror wat design..wah! Semangat tu!

Tapi, opis lama tetap di hati..bos, member bilik, member breakfast, kawan-kawan opis..semua best! Rindunya!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adui lah suamiku.. :p



Pagi ni aku nak bercerita pasal suamiku.. Yang mana muka dia memang brutal macam samseng petaling street yang jual cd (opismate aku yg ckp...mmg pun! ;p) tapi sebenarnya lemah lembut dan lurus yang amaaaat.. :p

Perbualan suami isteri 1

Isteri: Abang, saya rasa macam nak gi bercuti la..macam bosanlah nak g keje.. :p
Suami: Jomlah kita g cuti.. abang on je..
Hati isteri dah seronok ni..

Isteri: Kita nak pegi mana? Pegi dekat-dekat ajelah bang, duit kita pun bukan banyak sangat (baik hati betul hati isteri dia kan)

Suami: Sayang nak g mana?
Isteri: Kita g pangkor nak? Tak pun g Cameron pun ok je..Asalkan cuti..
Suami: Tak bestlah..Jomlah kita g GoldCoast..Nak tak?
Isteri: Ish..watpe g jauh-jauh..kita bukannya ada banyak duit sekarang.. (ish!baiknya hati isteri dia, pandai berjimat.. :p) Lagipun, passport kita yang hancur abang masukkan dalam washing machine aritu pun tak buat baru lagi.. Kita g dekat-dekat ajela..

Suami: Yela..kita g GoldCoast la..bukan GoldCoast jauh sana tu..kt g GoldCoast Banting aje...
Isteri: Ceh! GoldCoast Banting rupanya!Ingatkan GoldCoast Australia tu hah... :P

Kesimpulannya, SABAR ajalah dengan suami yang lurus yang amaaat...ingatkan isteri dia yang baik hati nak berjimat..rupa-rupanya suami dia lagilah pandaaaaai berjimat....PENGSAN bini dia...wakawakakaaaaaaaaa..........................................
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 more weeks till our 1st anniversary

^_^

Wa....cepatnya masa berlalu...dah masuk setahun dah perkahwinan aku dan en suami.. :)

Alhamdulillah, syukur atas kurniaan kebahgiaan selama ini..harap2 bertambah bahagia di masa akan datang :p

Nak bagi hadiah apa ek sempena celebrate 1st Anniversary tuk si suami? Ada idea tak... erm.. ke tak payah hadiah? hikhikhik..

Doakan kami kekal hingga ke akhirat ye! ^_^" Amiin...

Harap-harap ada hadiah dari Allah juga untuk kami suami isteri nanti.. Berusaha dan berdoa! Yosh! Toink..toink!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambungan dari Post Rumah Kami Nan Satu

Nak sambung cita yang tertangguh..

Alhamdulillah, akhirnya dapatlah kami sebuah rumah nan satu tu yang kecik comel tu.. Bukan teres atau banglo..Cuma apartment kecik bersaiz 900sqft je ye kawan-kawan.. 3bilik 2bilik air..bolehla untuk kami suami isteri yang baru nk start hidup berdikari ni.. :p Alhamdulillah jugak sebab tuan punya rumah sebelum ni dah buat minor renovation untuk hall dan dapur. Lagipun tuan rumah ni katanya jarang-jarang ada di rumah, so memang nampak macam baru la rumah ni. Yeay.. Harganya pun RM185k ..berbaloilah dengan saiznya dan location apartment . Area Saujana Melawati-Kemensah. 10km from citycentre.. Area2 sini majoritinya rumah-rumah mewah,banglo-banglo dan teres..Tapi seronoknya majority daripada populationnya ialah orang melayu yang berjaya..Alhamdulillah..rumah diorang mak ai..kusss semangat besar...

Tiap-tiap hari, pegi dan balik keje mesti akan lalu rumah-rumah diorang yang bapak besar tu..(walaupun umah ktorang tu tak termasuk dalam spesis yang ini) tapi kami suami isteri harap aura-aura keKAYAAN dan keJAYAAN akan melekat ke kami pulak. Manalah tau rezeki kami pun melimpah ruah macam diorang2 tu.. Amiin..InsyaAllah.. Bukan hanya ‘DEMI SESUAP NASI’ tapi BERSUAP2 yg boleh dikongsi bersama..InsyaALLAH....

Dipastekan juga beberapa gambar masa kami buat Open House kecil-kecilan cum Housewarming masa Hari Raya hari tu (basi betul post aku ni, orang dh sambut hari raya haji dah..ceh!)

First2 mestilah letak gambar tokey dulu..hahahaha..muka kepenatan tahap cipan sebab masak sendiri untuk open house ni... Seriously, memang penat!

Antara juadah yang dihidangkan oleh tuan rumah..semuanya dimasak sendiri. Sedap ke tak sedap tu, wallahualam.. :p yang penting takde sape yang sakit perut..hahahaha..

Menu: Nasi Puteh, Lauk; Kari Ayam, Sambal sotong, Sambal Ikan bilis bunga kantan, sambal pelam, Mee Bandung Muor, Spegetti Bolognese.

Desserts: Kek, Buah, Brownies sedap from Kak Elin (my ofismate), kueh talam berlauk from aunty sukma (my ofismate) dan biskut raya. :p

Thank u to ninie dan faten coz sudi datang ke rumah kami..huhuhu..So sorry kepada kawan-kawan yang lain, en suami terlupa nak amik gambar masa kamuorang datang..Dia terperanjat ramai sangat yang datang ke rumah..Semua datang serentak..Dia panik! hahahaha..so, no picture u uoll dari kamera kami..

InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi, kami jemput kawan-kawan semua. Openhouse kali ni kami hanya jemput kawan-kawan opis yang terdekat aje.. Tak jemput whole opis..al maklum, baru pindah kan..peruntukan pun tak banyak, lagi pun rumah belum cukup sempurna. Next time ya! :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS