Setahun Sudah!

Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Syukur pada Allah S.W.T..
Atas nikmat kebahagiaan kami suami isteri..

Usia Perkahwinan kami yang sudah 1 TAHUN!
Sekejap je rasanya...
Rasanya macam baru se
malam lepas kami menikah..Auwww!
Macam baru je duk sibuk-sibuk cari barang hantaran, pilih bridal, buat photoshoot kawen...
Aik! Dah setahun rupanya! Cepat sungguh masa berlalu..

Walaupun masih rasa macam pengantin baru...Weee..
Usia perkahwinan ni sedikit sebanyak
sebagai kayu pengukur bagi menilai sejaoh mana tanggungjawab sebagai suami isteri dah kami jalani..
Dah cukup sempurna ke tanggungjawab ku, dah cukup sempurna ke tanggungjawab pasangan kita?
Ada keluhan idak? Pasangan kita happy idak dengan kita?
Sejaoh mana kebaikan yang kita dah jalankan..atau lebih banyak buruknya dr baiknya?

Pada aku,
Inilah juga tujuan hari ulangtahun perkahwinan ini diperingati,
Untuk menilai dan dinilai,
Bukan oleh partner kita saja, tapi orang-orang yg ada dikeliling kita,
Ada peningkatan hidup ke idak? Atau makin merundum je nampaknya.. :p

Pada aku, perkahwinan adalah..
Untuk saling m
enghargai dan dihargai,
Untuk saling memperbaiki dan membimbing,
Untuk saling berkongsi miskin dan kaya,
Untuk saling berkongsi sihat dan sakit,
Untuk saling berkongsi sedih dan gembira,
Untuk saling menyokong dan disokong,

Pada aku,
Lebih Nikmat kalau diri sendiri dan pasangan dapat merasainya,
Ianya tak perlu diwar-warkan/mempamer-pamerkan pada semua orang,
Cukuplah hanya sedang-sedang, sekurang-kurangnya orang tak jelek,
Hati orang pun dapat dijaga, :)

Apa sambutan menyam
but Anniversary Pertama kami?
Sebetulnya banyak je rancangan, tapi..
Memandangkan kesibukan berpindah ofis, kesibukan persiapan majlis kawen abangku nan sorang tu,
Ditambah dengan empunya badan pun tak berapa sihat,
Kami suami isteri hanya menyambutnya di rumah,
Cukup dengan pelukan erat dan kucupan mesra..Auww!
Kebetulan jugak anniversary kami ngam-ngam terkena pada malam Maal Hijrah..
Kami sambut dengan bacaan yasin dan doa awal tahun je..Mohon ditambah keberkatan dalam
hidup
(Boleh dikira double celebration la kan :p)

Hadiah?
Kesian...
Tiada hadiah spesifik tuk suami tercinta,
Tapi..
Untuk isteri.
.sudah semestinya!
Atas niat janji si suami yang pemurah.. ngeee.. :P
Dapatlah hadiah yang dah dijanjikan suami semasa di malam pertama perkahwinan kami...
Terima kasih abang! (Kebetulan si suami dapat bonus, kalau idak, belum tentu juga :p)
Alhamdulillah..


Kejam?
Kejam sungguh si isteri,
Langsung tiada hadiah?
Ye..si isteri mmg kejam selalu..si suami juga sudah terbiasa.. :p
Tapi insyaAllah..
Kalo ada rezeki tak kemana... <3


Aik? Kenapa ayat post kali ni skema amat!
Entah, maybe si isteri nak bodek si suami untuk pg holiday kot! :p

Semoga ikatan janji pd Allah ni kekal bahagia hingga ke akhirat..Amiin!
Semoga kami suami isteri dapat menjalani hari-hari mendatang dengan lebih diberkati dan matang...Amiiin!


Saya sayang suami saya! :p

Sambung nanti!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 Soksek-Soksek:

::EIDA:: said...

Selamat Meraikan Setahun Bersama Kak Eikyn =)

Eikyn said...

TQ dek dayah!

Macam rasa baru menikah je kan..tutp tup dah setahun! tp tipula semuanya manis kan..sikit2 pahit tu biasala kan.. :)

ninieZUERYANNIE said...

aaaa.. schweet walaupon agak kejam.. nasib baik si isteri ngaku sendiri.. xpe, isteri2 memang begitu.. kihkihkih..

mama glam said...

alolololo.. kiutnye muka syam masa budak2!

congrates eikyn n syam! semoga kalian dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati oleh-Nya ya!

Azizah Samson said...

Selamat ulangtahun perkahwinan ekin n syam...moge berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat..dunia akhirat...amin...

Eikyn said...

kak ninie: kak ninie's blog is back! yippie..boleh la keep in touch via blog... isteri dia mmg kejam tp hati baik...ngehngehngeh...

mama glam: kiut ker kak amisa? tet! hahahahaha...amiin...baru setahun kak amisa, many years to go insyaAllah.... :)

Jij: tq jij! sekejap je dh setahun kan...next will be ur turn... :)