Aku berkunjung ke MAHA 2008 di UPM pada hari terakhir pameran. Fuh!ramai sungguh pengunjung..'jam' dari awal pagi.Berderet-deret kenderaan masuk ke UPM. Bas-bas pun beratur panjang. Aktiviti 2tahun sekali ini tidak dilepaskan oleh orang ramai. Aku kebetulan mengikut 'roomate' aku Nor yang ada menjual produk RnD di sana, Chip Labu yang menang Gold di IID07/08 di UiTM. Terdapat 5 dewan besar yang mempamerkan produk dari hasil tempatan. Hampir kesemua dewan dipenuhi dengan orang yg berpusu-pusu mengunjungi 'booth'. Panas..pening..adoi..tapi seronok! kerana barulah aku tau sebenarnya rakyat Malaysia ni ada potensi dalam bidang perniagaan dan pertanian.Banyak produk-produk baru yang dipamerkan. Yang menarik perhatian aku ialah antaranya ialah frozen nugget dibuat daripada buah-buahan tempatan, ubat batuk roll-on dan banyak lagi yang lain.
Hari terakhir MAHA ini juga merupakan hari lelongan produk oleh peniaga. Riuh-rendah dengan suara peniaga untuk menarik perhatian pembeli untuk membeli barangan mereka..
Ramainya orang..
Hari terakhir MAHA ini juga merupakan hari lelongan produk oleh peniaga. Riuh-rendah dengan suara peniaga untuk menarik perhatian pembeli untuk membeli barangan mereka..
Ramainya orang..
Roomate dengan product RnD nyer..Pumpkin Chips
0 Soksek-Soksek:
Post a Comment