Happy Birthday Mama!!

Today is my mama birthday..Happy Birthday Mama yang ke 62 tahun!!..Semoga Panjang Umur, Sihat Tubuh Badan, Murah Rezeki dan Happy Selalu...

Terima kasih kerana menjadi insan yang paling paham 'org' dan paling 'supportive' dalam hidup 'org'. Tak terbalas pergorbanan mama dalam hidup orang. Tak boleh dilistkan satu per satu. Tak terbayang kalau 'org' takde mama..

'Org' cuba membahagiakan mama even ada benda yang mama harapkan belum dapat lagi 'org' beri..
Susah nak cakap 'org' sayang mama on live tp 'org' tau mama tau 'org' sayang mama.. (sensitif nye aku, nangisla pulak) :'(

I LOVE U, MAMA..HAJAH ZAINON BINTI SULAIMAN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berhati-hati!! Ajaran Sesat.

Yup..post kali ni agak serious..Ye..bila aku cakap serious..mmg serious la ni..Aku taip post ni pun dengan muka yang amat serious.. :) Dengan niat nak ingat-ingatkan sesama Muslim..
Ok, malam tadi bila parents aku balik dari Surau kat umah kami..ada isu dan perbualan hangat berlaku. Iaitu..KES AJARAN SESAT! ye, ajaran sesat dikalangan orang bijak pandai, dikalangan makcik pakcik, dikalangan pak Ji Mak ji..

(Fuh! Makin serious aku menaip)...malam tu, ada ustaz yang dijemput oleh ahli surau untuk memberikan ceramah tentang ajaran sesat dikalangan orang Muslim di Malaysia. Hal ini semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini malah sebaran ajaran sesat ini didapati disebarkan di sekitar surau-surau di Selangor dan Kuala Lumpur. Malah menurut ustaz ini, pensyarah universiti awam juga terlibat dalam penyebaran ajaran sesat ini dikalangan penuntut-penuntut IPTA..

Apa antara ajaran sesat yang diorang amalkan ialah; cara mereka mengerjakan solat, mereka menganggap membaca yasin adalah bidaah, selawat ke atas Nabi adalah bidaah, tidak perlu membaca Surah Al-Fatihah di dalam solat dan banyak lagi.

Pada malam tadi juga, mama aku menjadi saksi dan melihat sendiri segelintir mereka yang mengamalkan ajaran sesat ini di surau. Lebih kurang 25 orang muslimah luar yang datang semata-mata ingin mendengan ceramah dari surau ini dimana rata-rata mereka mengamalkan cara solat yang 'pelik'..dan apabila ustaz menerangkan tentang 'KESAN AJARAN SESAT' ini kepada makmum..'muslimah luar' ini mula memberontak dan membuat bising di dalam surau tanda PROTES. Malah ada seorang makmum lelaki yang tergolong dalam golongan 'mereka' ini berdiri dan memprotes ustaz dengan berbahasa Arab dimana beliau menuduh ustaz ini memberi ceramah karut..

Ada satu lagi kes, ada kawan mama aku (Hajah X) datang berziarah ke rumah. Dengan niat mengajak mama aku turut serta, Hajah X bercerita kepada mama aku berkenaan 1 majlis agama yang amat berkesan (Yuran RM1500++) yang beliau hadiri baru-baru ini di sebuah hotel sekitar Ampang (Hotel F). Di mana didalam majlis agama ini, mereka diberikan ceramah agama di dalam keadaan gelap di mana penuntut tidak dapat melihat penceramah dan di dalam ceramah ini penuntut diberikan 7 biji batu untuk dilontarkan, dimana setiap biji batu yang dilontarkan bermaksud 1 dosa besar akan terhapus..Malah, menurut Hajah X, ustaz itu juga tidak memberi salam kepada sesiapa, malah ustaz ini cuma memberi ucapan PAGI! sebagai pengganti salam..(apa kes?)

Mengucap panjang mama aku apabila mendengar cerita ini. Sebagai kawan, mama aku menasihatkan Hajah agar beristghifar dan kembali ke jalan yang betul dan mengikut ajaran Islam sebenar..

Kesimpulannya, kenapa ini berlaku? Kenapa orang bijak pandai boleh terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang tidak berlandaskan Islam sebenar? Kenapa juga Mak Aji Pak Aji juga turut terpedaya dengan ajaran-ajaran yang menyimpang?

(Bila cetek agama pun masalah, terlalu 'mencari' agama pun tersalah pilih, bila nak 'menambah' ilmu pun tersilap belajar..ish..ish..)

So, marilah kita mendekati dan mempelajari agama yang sebenar, iaitu dengan kata lain agama berlandaskan Al-Quran dan Hadis..jangan terpengaruh dengan ajaran- ajaran yang makin menjauhkan kita ke jalan ALLAH..

HATI-HATI...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKU

Semua dah selesai..
Terima Kasih
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa Kes ??

Baca Utusan Online hari ini, apalah nak jadi dengan segelintir rakyat Malaysia sekarang ni. Nak kata Fanatik..mungkin juga. Nak kata terlalu menaruh harapan yang tinggi..pun mungkin juga. Alahai..kan ini cuma sukan aje. Bukan apa pun kan?

Sepatutnya diorang patut bangga kerana layak ke peringkat Final. Ini bermaksud 2 pasukan ini sebenarnya 'power'lah kan.. (power ker? :P).. Semangat kesukanan dan cara berfikiran yang positif perlu ada dalam minda rakyat Malaysia ni. Bukannya 'mengamuk' sampai bakar-bakar kerusi dan menyumpah seranah penyokong negeri lain. Malah, ada pulak 'Menteri' yang mengaitkan isu politik pulak bila hal ini terjadi. Kita tak boleh 'judge' politik seseorang dengan isu 'bakar kerusi' ni..Ini hal yang berbeza..Pada pendapat saya, sesiapa pun tak bolehlah ambil kesempatan ke atas isu ini..

#Kepada penyokong Kelantan, mereka tidak perlu cepat melatah. Cuba lagi akan datang.

#Kepada penyokong Negeri Sembilan, mereka tak perlu mencurah minyak pada api yang sedang marak..Sekali menang tak bermaksud akan tetap terus jadi jaguhkan? :P

Yang menjadi persoalan? Sapa yang perlu bertanggung jawab atas kerugian RM214,000 ini? Sila jawab..

kerana 'nyamuk' seekor, abis kelambu dibakar
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

gETAR Bergegar

Sejak akhir-akhir ini asyik terdengar dalam berita dan radio tentang gegaran atau gempa bumi . Hampir 90% daripada gempa bumi yang berlaku sekarang ini adalah kawasan yang berada disepanjang Lingkaran Api Pasifik.

Kronologi

Pada tahun April 2009, gempa bumi melanda L'Aquila, Itali (5.8 Skala Richter)

Diikuti pula dengan gegaran dan tanah runtuh di TasikMalaya, Jawa (7.0 Skala Richter) pada 2 September 2009.

Pada bulan yang sama (29 September 2009), Tsunami besar tercetus ekoran gempa dengan 8.0 skala Richter di Samoa dan American Samoa, di mana di dalam tragedi ini membunuh sekurang-kurangnya 177 orang di wilayah itu, sementara beratus-ratus yang lain dilaporkan hilang. Tsunami turut melanda Tonga.

Satu gempa bumi 7.6 pada skala Richter menggegarkan Padang di pulau Sumatera, Indonesia pada 30 September 2009. Seramai 704 mangsa mati dan sehingga 4,000 terperangkap di bawah runtuhan. Gegaran sekuat 7.0 pada skala Richter menggegar bahagian selatan Sumatera beberapa jam kemudian. Pada masa yang sama, Filipina turut mengalami banjir besar.

9 November 2009,sekurang-kurangnya seorang maut, sementara 80 lagi cedera selepas satu gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter menggegar Sumbawa di wilayah Nusa Tenggara Barat. Fiji juga mengalami gegaran yang sama.

Disember 2009- Dijangka Hawaii dan Jepun juga akan mengalami gempa bumi. Malah, mungkin gempa bumi yang paling besar dalam tahun 2009!! Mungkinkah tsunami terbesar atau gempa bumi MEGA akan melanda? Adakah Malaysia juga akan merasainya?? Ish takut...

Oleh sebab itu, kita perlu ada kesedaran dan bersiap sedia dengan kemungkinan yang berlaku..Yelakan, kita tak tau apa yang akan jadi kan? So, prevention is good. Bolehlah rajin-rajinkan diri untuk jenguk kat web ni eh.

Sama-samalah kita bersimpati dan berdoa atas bencana yang dihadapi oleh 'jiran-jiran' kita. Semoga cepat reda dan kembali seperti sedia ada.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Am I Allergic to Myself?

I have a problem :'(. This problem happened since i'm young but obviouslly detected during my Secondary. My problem is.............

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Every time I cry, my skin on and around my eyes gets all red and swollen and itchy and I get red puffy bumps on them! Gosh! Am I allergic to myself? Haha! I have become allergic to my tears..

I don't know what it is. But every time my tears touch my skin (around my eyes @ eyelid), I get red bumps and they hurt and they are really ugly. I already see the doctors and they gave me some medicine, but it doesn't WORK very well. They gave me some medicine called 'Cortisone Cream'. I also tried petroleum jelly and over-the-counter products, but nothing seems to work. They make my skin even sting!

I already search in the internet to find the cause of my problem and how to overcome it. In the internet, some of them said the problem maybe because of the salt in the tears that irritates the bumps on my eyelid. What i'm going to do?!! My eyes just look like i'm wearing red eyeshadow! (Tapi bagus juga kan..jimat duit haku, tak payah pakai eyeshadow!heh..:).

But it worried me.. :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

OMG!

HOME ALONE!!

My brother working outstation and my elders brother is superduper busy..
And i have to go to work by myself and doing everything by myself.. :'(

Yup..i am a dependent type of sister. ("_*)..
So what? i admit it ok..Who cares??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~ I'm Blank ~

Yes..that's what i feel right now. Blank..I'm totally blank!! Aku tak bersalah pun dituduh untuk jadi pesalah..Ceh!

Disebabkan itu..kepala aku kosong sekarang...totally kosong! Buntu kepala haku! Apa patut aku buat sekarang? Nak hantukkan kepala ke PC ni ke atau nak aku rendam kepala aku dalam air panas mengelegak! Haish! :(
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS