Yup..post kali ni agak serious..Ye..bila aku cakap serious..mmg serious la ni..Aku taip post ni pun dengan muka yang amat serious.. :) Dengan niat nak ingat-ingatkan sesama Muslim..
Ok, malam tadi bila parents aku balik dari Surau kat umah kami..ada isu dan perbualan hangat berlaku. Iaitu..KES AJARAN SESAT! ye, ajaran sesat dikalangan orang bijak pandai, dikalangan makcik pakcik, dikalangan pak Ji Mak ji..
(Fuh! Makin serious aku menaip)...malam tu, ada ustaz yang dijemput oleh ahli surau untuk memberikan ceramah tentang ajaran sesat dikalangan orang Muslim di Malaysia. Hal ini semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini malah sebaran ajaran sesat ini didapati disebarkan di sekitar surau-surau di Selangor dan Kuala Lumpur. Malah menurut ustaz ini, pensyarah universiti awam juga terlibat dalam penyebaran ajaran sesat ini dikalangan penuntut-penuntut IPTA..
Apa antara ajaran sesat yang diorang amalkan ialah; cara mereka mengerjakan solat, mereka menganggap membaca yasin adalah bidaah, selawat ke atas Nabi adalah bidaah, tidak perlu membaca Surah Al-Fatihah di dalam solat dan banyak lagi.
Pada malam tadi juga, mama aku menjadi saksi dan melihat sendiri segelintir mereka yang mengamalkan ajaran sesat ini di surau. Lebih kurang 25 orang muslimah luar yang datang semata-mata ingin mendengan ceramah dari surau ini dimana rata-rata mereka mengamalkan cara solat yang 'pelik'..dan apabila ustaz menerangkan tentang 'KESAN AJARAN SESAT' ini kepada makmum..'muslimah luar' ini mula memberontak dan membuat bising di dalam surau tanda PROTES. Malah ada seorang makmum lelaki yang tergolong dalam golongan 'mereka' ini berdiri dan memprotes ustaz dengan berbahasa Arab dimana beliau menuduh ustaz ini memberi ceramah karut..
Ada satu lagi kes, ada kawan mama aku (Hajah X) datang berziarah ke rumah. Dengan niat mengajak mama aku turut serta, Hajah X bercerita kepada mama aku berkenaan 1 majlis agama yang amat berkesan (Yuran RM1500++) yang beliau hadiri baru-baru ini di sebuah hotel sekitar Ampang (Hotel F). Di mana didalam majlis agama ini, mereka diberikan ceramah agama di dalam keadaan gelap di mana penuntut tidak dapat melihat penceramah dan di dalam ceramah ini penuntut diberikan 7 biji batu untuk dilontarkan, dimana setiap biji batu yang dilontarkan bermaksud 1 dosa besar akan terhapus..Malah, menurut Hajah X, ustaz itu juga tidak memberi salam kepada sesiapa, malah ustaz ini cuma memberi ucapan PAGI! sebagai pengganti salam..(apa kes?)
Mengucap panjang mama aku apabila mendengar cerita ini. Sebagai kawan, mama aku menasihatkan Hajah agar beristghifar dan kembali ke jalan yang betul dan mengikut ajaran Islam sebenar..
Kesimpulannya, kenapa ini berlaku? Kenapa orang bijak pandai boleh terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang tidak berlandaskan Islam sebenar? Kenapa juga Mak Aji Pak Aji juga turut terpedaya dengan ajaran-ajaran yang menyimpang?
(Bila cetek agama pun masalah, terlalu 'mencari' agama pun tersalah pilih, bila nak 'menambah' ilmu pun tersilap belajar..ish..ish..)
So, marilah kita mendekati dan mempelajari agama yang sebenar, iaitu dengan kata lain agama berlandaskan Al-Quran dan Hadis..jangan terpengaruh dengan ajaran- ajaran yang makin menjauhkan kita ke jalan ALLAH..
HATI-HATI...
0 Soksek-Soksek:
Post a Comment