gETAR Bergegar

Sejak akhir-akhir ini asyik terdengar dalam berita dan radio tentang gegaran atau gempa bumi . Hampir 90% daripada gempa bumi yang berlaku sekarang ini adalah kawasan yang berada disepanjang Lingkaran Api Pasifik.

Kronologi

Pada tahun April 2009, gempa bumi melanda L'Aquila, Itali (5.8 Skala Richter)

Diikuti pula dengan gegaran dan tanah runtuh di TasikMalaya, Jawa (7.0 Skala Richter) pada 2 September 2009.

Pada bulan yang sama (29 September 2009), Tsunami besar tercetus ekoran gempa dengan 8.0 skala Richter di Samoa dan American Samoa, di mana di dalam tragedi ini membunuh sekurang-kurangnya 177 orang di wilayah itu, sementara beratus-ratus yang lain dilaporkan hilang. Tsunami turut melanda Tonga.

Satu gempa bumi 7.6 pada skala Richter menggegarkan Padang di pulau Sumatera, Indonesia pada 30 September 2009. Seramai 704 mangsa mati dan sehingga 4,000 terperangkap di bawah runtuhan. Gegaran sekuat 7.0 pada skala Richter menggegar bahagian selatan Sumatera beberapa jam kemudian. Pada masa yang sama, Filipina turut mengalami banjir besar.

9 November 2009,sekurang-kurangnya seorang maut, sementara 80 lagi cedera selepas satu gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter menggegar Sumbawa di wilayah Nusa Tenggara Barat. Fiji juga mengalami gegaran yang sama.

Disember 2009- Dijangka Hawaii dan Jepun juga akan mengalami gempa bumi. Malah, mungkin gempa bumi yang paling besar dalam tahun 2009!! Mungkinkah tsunami terbesar atau gempa bumi MEGA akan melanda? Adakah Malaysia juga akan merasainya?? Ish takut...

Oleh sebab itu, kita perlu ada kesedaran dan bersiap sedia dengan kemungkinan yang berlaku..Yelakan, kita tak tau apa yang akan jadi kan? So, prevention is good. Bolehlah rajin-rajinkan diri untuk jenguk kat web ni eh.

Sama-samalah kita bersimpati dan berdoa atas bencana yang dihadapi oleh 'jiran-jiran' kita. Semoga cepat reda dan kembali seperti sedia ada.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Soksek-Soksek: