Oh..Blackberry ku :'(

:'(

Blackberry ku hilang...uwaaaa...!
Sedey sebab BB tu hadiah dari abang paiku tersayang..sempena birthday taun lepas..ngam2 setahun..BB tu dicurik orang....

Ceritanya mcmni,
kami suami isteri pergilah menonton wayang malam tu...
yela...dah lama rasenya tak tengok wayang...
even badan tak berapa sihat lagi..tetap mau berdating2an..
nak dijadikan cita, masa syiok2 nonton wayang, tekak rasa tak sedap..
kebetulan pulak aku nak terkucil..
So, aku pun kuarlah sekejap ke toilet tuk melepaskan hajat dan muntahkan apa yang tak sedap ditekak...pastu sambung semula menonton..
lepas aje selesai cite..terus kami turun ke tempat membayar parking..
Hah! masa ni lah aku baru terperasan BB ku takde di dalam handbag..
Cuaklah apa lagi! Kami naik semula dan mintak tuk check semula kat tempat duduk ktorang..
mana tau ade tercicir ke kat tempat duduk...
check2..takdak! en suami call no hp aku..masih ada dialing tone tapi takde pulak dengarnya kat area tempat duduk ktorang...
pas carik merata2..still tak ketemu..
ktorang turun pulak ke tempat parking..mana tau tercicir kat bawah..
en. suami call semula no hp aku...tapi hp dah ditutup..
Sah! dah diambik orang!
:'(

Aku pun naik buntu...apa nak buat lagi...bukannya ada detector yang boleh tau kat mana pencuri tu...Uwaaa..apa lagi..menangislah aku!

Masih tak tau samada BB aku tu dicuri orang atau aku tercicir masa nak keluar dari wayang..:(
Mungkin jugak diseluk masa gelap2 kat wayang atau masa turun dalam lift..entahlah!

Mungkin takde rezeki aku..
Cuma sedih coz BB tu hadiah dari abang pai.. :'(

Kalo akulah, jumpa benda berharga bukan milik aku..aku takkan amik benda tu..mesti bagi kat counter coz mesti empunya barang tu cari semula..entahlah..tak semua orang samakan..rambut sama hitam..hati lain-lain...

Benci si pencuri yang curi BB kesayangan aku!
Dapatlah ko balasan dari ALLAH nanti..
Uwaaa!





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Soksek-Soksek: