Seminar dan Conference UNITEN

Pada 16-20 June 2008, saya ada menghadiri seminar dan conference yang dianjurkan oleh UNITEN dengan kerjasama daripada Universiti Teknologi Petronas, dan IACT. Seminar International Conference on Construction and Building Technology 2008 (ICCBT2008) ini diadakan di Hotel Season, Kuala Lumpur.

Seminar dan conference ini sangat besar dan sangat bagus. Terdapat ramai peserta yang mengambil bahagian jika dibandingkan dengan seminar di UiTM hari itu. Terdapat peserta dari Jordan, Japan, India, Iran, Singapura, Indonesia, Afrika dan banyak lagi.Semuanya profesional dengan bidang mereka masing2. Terdapat 8 division bagi presentation paper dan saya dijadualkan membentangkan paper research saya pada hari kedua seminar.

Pada conference kali ini, terdapat pengalaman yang tidak dapat saya lupakan iaitu saya berjumpa dengan seorang professor dari Jordan yang sudah mengajar selama 15 tahun berkenaan dengan tajuk research saya ini di University of Jordan. Dan ketika berjumpa denga dengan saya sebelum saya membuat perbentangan, professor Muhamed Obaidat berkata dengan saya; ' Yes, Miss. I come to this seminar just because i want to see u. I just want to see your work and presentation'. Alangkah gemuruhnya saya apabila mendengar hal ini. Manakan tidak, sifu saya ada di depan mata.

Apabila selesai saya membuat pembentangan, Professor Obaidat memberikan beberapa komen berkenaan dengan tajuk research saya ini dan memberikan pendapat untuk 'mencantikkan' lagi methodology yang saya gunakan. Beliau juga meng'offer'kan dirinya untuk menjadi external examiner bagi tajuk saya dan menghulurkan name cardnya untuk kami terus berhubung berkenaan research saya ini. Alangkah bertuahnya saya kerana dapat berjumpa orang yang berpengalaman seperti Proffesor Obaidat.

Terdapat ramai juga yang lain yang sangat 'hustler' dengan highway and traffic samada dari Malaysia atau dari luar negara yang dapat saya jumpa di seminar dan conference ini. Terasa sangat kecil dikalangan mereka. Namun, itulah tujuan advisor saya DR Akram menghantar saya ke seminar ini, untuk build confidence level dan belajar dari pengalaman untuk terus maju dalam bidang masing-masing.

Seminar ICCBT 2008 pada pandangan saya merupakan seminar yang bagus untuk diteruskan kerana terdapat input-input penting dan terkini yang dapat disampaikan di seminar ini.

Satu lagi pengalaman manis semasa melanjutkan Master..Tidak dapat dijualbeli. Pembakar semangat untuk terus maju!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Soksek-Soksek: