Cameron Highland yg TAk Sejuk Pun..

Ahad lepas, kami suami isteri, pegi ke Cameron Highland. Sebenarnya dah lama sangat nak ke Cameron..tangguh punya tangguh..akhirnya menjadi juga trip kami ke sana. Kali ini kami bawa sekali papamama dan abg no-5 memandangkan diorang semua tak pernah ke Cameron. Excited sungguh! Berbekalkan bihun goreng (cheewah)...vroom kami mendaki ke Cameron jam 8pagi . sampai di puncak hampir-hampir pukul 11pagi.. Tempat pertama yang kami singgah ialah Strawberry Farm..kat tempat ni kitorang dapat petik sendiri strawberry di ladang..untuk entry 5 orang + 1kg strawberry..kami kene bayar RM40. Erm..mahal x? Ok la kot..sebab nak feeling petik strawberry punye pasal..kat dalam ladang ni pun kitorang leh makan strawberry sampai kenyang! ye..sampai masing-masing sedawa kekenyangan makan buah strawberry..haha..ala..banyak mana pun tekak ni dapat telan strawberry tu..lebih-lebih lagi kami ni tekak sambal belacan.. :p

Tapi pada aku, bestla pengalaman memetik strawberry ni..yela..nak tunggu peluang ke oversea..bila la pulak kan..Cameron pun jadilah..Cuma keciwa sikit sebab tak rasa sejuk pun bila berada di sana..erm..tak la sejuk sampai berasap-asap mulut bl bercakap..just rasa dingin sikit2 je...senang cite, tak yah susah2 bawak baju sejuk! tak guna pun.... en suami pun dah pesan tak perlu bawak baju sejuk..tak sejuk pun..memandangkan isteri dia degil..heh..hampeh! simpan dalam kereta ajela... :p

Lepas ke aktiviti memetik buah, kami pun duduk2 sekejap sambil menikmati strawberry ice cream, strawberry yogurt dan cendawan rebus..SEDAP!! takde gambar ice cream pulak..tak sempat, dah kene ngap... :p

P/s: abaikan jerawat yang kuar mencanak2 dimuka aku tu ekh..xde masa lah nak edit..sorry :p

sambil petik sambil makan sampai kenyang!

Gambar wajib..selfcaption..

excited!

nyum..nyum!

mengiurkan si merah itu!

Destinasi seterusnya kitorang ke Pasar apa ntah..tak ingatla pulak nama dia..tempat ni jual sayuran, buahan, bunga2, dan pokok2 yang ada di Cameron.. Paling seronok tentulah mama, sebab dapat memborong!..harga pun oklah..taklah mahal sangat, taklah murah sangat..standard la tempat tumpuan orang kan..kat sini juga ade jual keychains, fridge magnets dan barang2 servenior..

mama mintak bargain bunga ala-ala rambut negro tu...dapat 4btg RM20 :p

BArgain-bargain!

Yeay! dapat beli penutup telinga pink!

Lepas selesai memborong sayur dan buah, kami pegi ke ladang teh Bharat...cantik betul pemandangan..sempatlah berposing-posing sekejap ala-ala hindustan kat ladang teh ni sebelum kitorang duk rehat2 sambil menghirup teh panas yang bermacam-macam jenis..Ada teh coklat, teh papermint, teh halia madu dan teh float (letak ice cream vanilla). Kami order 1 set scones..ala2 muffin yang disapu dengan butter, cream dan jem strawberry..RM12 untuk 2 biji..mahalkan..tapi takpelah..nak rasa punya pasal..

:)

Papamama

Sempoi!

Kami

Lepas ke Ladang Teh BHARAT, kami ke Cactus Farm..(kalau tak silap lah nama dia..hehe)..kat sini pun mama seronok memborong pokok. Pokok kat sini cantik2 dan murah-murah..berbanding harga di KL ..1 pokok kat KL regenya RM30 kat sini cuma RM10 aje! Bukan main seronok mama memborong..nasib baik kami bawak Hilux..kalau bawak kete comel kami tu..tak dapat ler... aku cuma beli cactus je untuk diletakkan kat opis tapi malangnya papa dah terbuang! uwaaaaa...takde rezeki..hukhuk...takpe, InsyaAllah Mei nanti rombongan cik enon akan ke sana lagi..harus beli semula cactus tu.. :)


Cactus Farm

:p

Selesai memborong pokok, kitorang pun beransur nak turun...itu pun dah pukul 5..otw turun, kami singgah beli petai dan makan durian D24 di tepi jalan..Murah aje petai kat sini..RM8 untuk 12 papan..hehe..memandangkan papa dan suamiku HANTU PETAI..diorang beli la 2 tangkai..cukuplahkan..sapa mulut busuk..kene tido bawah! :P kejam isteri dia kan..Durian pun murah jugak kat sana, sebiji rege dia dalam RM3-RM5 je..tak kira kilo2 pun, just estimate ikut saiz je..! Sedap betul! Memang berbaloi-baloi! :)

Kitorang sampai KL dalam kul 9mlm..semua kepenatan tapi kami semua seronok! Yeay! Cameron Highland..we will come again on May!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karambunai Vs Pulau Perhentian

Dilema..dilema..yang mana satu kitorang harus pegi...Karambunai, KK atau Pulau Perhentian?

Nak dijadikan cite, aku dah book tiket Air Asia RM0 sen tahun lepas ke Kota Kinabalu (berangan nak ke Karambunai) untuk Mac 2011 dan Tawau (berangan nak ke Pulau Sipadan atau Mabul) untuk April 2011.. Tapi malangnya, en suami tetiba je ada urusan kerja dan dia terpaksa ke Pulau Perhentian untuk collect data di site.. Huwaaaa! Keciwanya akak!! :'(

Memandangkan bajet bulan ni pun dah ter'overspent' di Cameron Highland hujung minggu lepas, en. suami pun mengajak 'bini dia yang emo sebab nak sangat pegi ke Karambunai tapi sang laki ade keje' ikut sama ke Pulau Perhentian. Yela, sambil-sambil en. suami bekerja bolehlah kami suami isteri berhanimum lagi yang entah yang keberapa kali ntah.. :p Best ker Pulau Perhentian? Atau Karambunai lagi best? Uwaa... Sebenarnya boleh aje kalo mau pergi ke dua-dua tempat, tapi memikirkan kos bershopping, kos hotel dan kos sewa kete ke KK tu..erm...boleh jadi bankrupsi kami nanti...Kalau di Pulau Perhentian, semuanya ditanggung bereh sebab en. suami dapat claim dan sangat familiar dengan pulau perhentian..Tapi yang penting..kat Pulau Perhentian tak dapat SHOPPING!!!! Uwaaaa... :p

Sang isteri yang kuar jerawat mencanak-canak tengah berpikir-pikir samada nak biarkan tiket ke KK burn sewenang-wenangnya atau pujuk juga sang suami ke Karambunai? Apalah aktiviti yang boleh dibuat di Pulau Perhentian...Aish!


Nexus Resort Karambunai...Dapat tak pegi.. :(

Macam kat bali la..

Betol ke Pulau Perhentian cantik macam ni..?


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ye..Kami Memang Tak Serasi!!!

ya! memang kami tak serasi..banyak hal..banyak benda! Argh! Sampai tertekan!

mcm ni lah aku bila tertekan..buruk!

Suamiku SUKA kari..isteri dia tak minat!

Suamiku SUKA cartoon..isteri dia tak minat!

Suamiku SUKA main game...isteri dia tak suka game!

Suamiku SUKA duduk di rumah..isteri dia tak suka!isteri dia suka jalan-jalan..

Suamiku SUKA makanan kampung..isteri dia suka makanan Western!

Suamiku SUKA bini dia jadi perempuan melayu terakhir yang selalu pakai baju kurung..isteri dia suka pakai Jeans!

Suamiku SUKA minum air tomato suam..isteri dia tak suka tomato apatah lagi air tomato!

Suamiku SUKA makan petai..isteri dia tak mahu makan petai!

Suamiku SUKA merajuk..isteri dia tak suka memujuk! Nasib abangla..

Suamiku TAK SUKA warna hitam..isteri dia suka wana hitam!

Suamiku TAK SUKA tengok movie melayu..isteri dia layan aje movie melayu..jiwang lagi best!

Suamiku TAK SUKA orang kuat bebel..isteri dia memang HOBI MEMBEBEL!

Suamiku TAK SUKA tempat banyak orang (JLN TAR) ..isteri dia banyak SYIOK!

Suamiku TAK SUKA makan kat warung..isteri dia ok je!

:(

Betapa banyaknya perbezaan antara kami berdua..ini baru 3 bulan duduk sebumbung..kalo dah bertahun-tahun..mesti leh buat KAMUS untuk list-list seperti di atas..

Tapi:


Kami berDUA suka shopping! Yeay!

Kami berDUA suka beli perfume! Yeay!Yeay!

Kami berDUA suka pegi holiday! Yeay!Yeay! Yeay!

Kami berDUA suka jalan-jalan cari makan! Yeay! penat nak yeay yeay!

Kami berDUA suka berGOSIP! Yeay!

Kami berDUA suka MAKAN! Yeay! KAMI BERDUA pun GEMOK! tak suka!

Walaupun apa yang 'Kami berDUA suka' tak banyak macam list yang 'Suamiku suka..isteri dia tak suka!' tu..tapi kami COMPLETE EACH OTHER! Itulah orang cakap, maybe kita ni TAK SERASI..tapi kita ni JODOH! kan? Doakan kami kekal yer kengkawan... \(^_^)/

gambar pra-hanimun di langkawi :)- nak jalan2 lagi!

di bali!

Hard Rock Cafe Bali!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktiviti di hujung minggu lepas

Start keje dengan rasa bosan..dah bosan nak mengadap kerja aku yang ini..Ya Allah! apa nak jadi ni..malas betol maklukMu sorang ni.. Meh aku cite aktiviti aku hujung minggu lepas..meh cite..meh cite:

Sabtu:
  • Kakakku datang, aktiviti berjogging terbantut harini sebab terbangun lambat..heheh.., pas sarapan nasi lemak made by mama yg sedap giler..bawak mama, papa dan kakak g pasar tani Melawati.. mama borong ulam-ulaman, pokok, buah-buahan dan an-2 yang lain yang memula tak bercadang pun nak dibelinyer..biasalah mama kan.. Pasar Tani pun jadi! :p
  • Lepas berborong, balik umah..mari memasak..mama lah masak, aku tolong2 aja.. :) Siap! kami 1 family pun makan. Menu hari Sabtu; asam pedas ikan merah..slruuup! sambal ikan bilis bunga kantan..malvelous! sayur kangkung goreng, ulam-ulaman kampung, daging cecah air asam dan ikan kering gelama.Perh! papa makan sampai berpeloh-peloh..Sedap! Gambar? xde..sebab xsempat...hihihi..
  • Pas makan, kami dah macam anak badak, bergelimpangan kat depan tv baring2 sambil tengok dvd Hantu Kak Limah Balik Rumah..entah yang keberapa kali pun tak tau lah..but still ketawa berdekah2..ayoo..kami memang family masuk air!
  • Malamnya pulak, abang long pulak datang. Makin meriahlah rumah aku..bestnyer! Aktiviti malamnya adik-beradik aku pegi tengok movie Hikayat Merong Mahawangsa kat TGV KLCC, midnight movie.Kami suami isteri dan papamama tak pegi sebab kami dah tengok hari Khamis lepas dan memandangkan aku pun masih tak berapa sihat lagi..Sakit tulang belakang! :'(
Ahad:
  • Pagi-pagi sarapan bihun goreng made by mama LAGI (kalo mama ada, semua pun mau makan makanan air tangan mama..aku? takde sapa nak makan dari hasil tangan aku..suami aku je..entah2 Terpaksa :) ),
  • Siap-siap nak shoot ke Klang untuk urusan merisik abang aku Leman nan sorang tu.. Alhamdulillah, majlis lancar dan tarikh, hantaran dah decide! 20.11.2011 dengan hantaran RM10,000..Cantiknya tarikh! (aku nak kawen 20.10.2010 aritu, tapi memandangkan hal2 yang tak dapat dielakkan, tak dapatlah! sedeh! eh..dah kawen pun ko ekin oi..nak sedey2 ape lagi?) :)
  • Pas majlis merisik, kami semua ke Jusco Bukit Tinggi untuk window shopping..en suami belanja isteri dia kasut kerja..Yeay! Kesian agaknye dia tengok kasut kerja isteri dia semuanya dah rosak..asik pakai kasut platform puteh yang bacin yang dipakai kemana-mana tu..! Thank u abang!bulan depan ade bonus mau kasut ngan handbeg baru ekh... :) ..
  • Pas berwindow shopping, kitorang shoot to Taman Shemerlin Perkasa..buat ape? Guess What..haruslah ke Ice Room lagi..hehehe..ini giliran kami belanja family belah aku pulak la Ice Room ni..minggu lepas dah ajak keluarga mentua.. :p Belah malamnya pulak kami pekena ikan patih masak tempoyak kat Alam Damai..Meletop! ok, itu je..

Kesimpulannya: aktiviti hujung minggu aku memang kerjanya makan..MaKaN..MAKAN..dan Makan! bila orang tanya kenapa aku gemok sejak kawen ni...mengandung ker..jawapannyer TET! sebab MAKAN! emo pulak! (ish!! ape ni..boring giler post xite panjang menjela tapi takde GAMBAR!! gambar nanti lah diupload..itu pun kalo rajin dan teringat.. tak transfer dari kamera suami) :p

Ok, baru nak upload gambar..

rombongan cik enon ke majlis merisik abangku leman :)

semua masuk air!
anak2 sedaraku..

cincin sape yg lebih menyerlah..org yg disunting atau org yg menyunting?

Ice room Shemerlin Perkasa!

Viewing the menus
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah..

alhamdulillah..Badan semakin sihat selepas 2hari berehat dirumah..(baru sakit sikit, dah complain!).."awak tu baru je jadi isteri orang..belum jadi mak orang..dah lembik! Malu la kat orang yang ada anak berderet-deret tu hah..Nak kene wat keje opis, kene siapkan barang sekolah anak, layan anak makan, masak, kemas rumah, layan kerenah laki yang nak 'itu'..awak tu baru je buat 1/4 daripada kerja-kerja orang dah sakit badan situ sini..ayoo! awak ni kene kuat! mesti kuat badan! kuat hati!" :) bila diri sendiri 'memotivasikan' dirinya sendiri! boleh? (yela, kesedaran dalam diri yang paling penting berbanding nasihat dari orang lain kan..if ramai orang berbuih mulut nasihatkan kita, tp tuan punye badan takmau sedar..macam cakap dengan tunggul jela!) waste time tau! :p

Hari ini start kerja dengan mood yang slow and steady..check2 email yang masuk, check2 kursus yang perlu diapply dan check2 kerja2 yang maybe masih pending..alhamdulillah..xde! yes! ops! ada..belum upload sijil MC kat dalam HRMIS loh! sat lagi aku buat ye..ok..bye..doakan aku sihat dan positive selalu eh..Jauhkan aku dari mereka2 yang cemburu dan berbusuk hati..tak tercela sikit pun dek kerana mereka..!

motif letak gambar suami sendiri yang tak berapa hensem ni? kohkohkoh.. nak cakap time kasih pada suamiku..

'terima kasih sebab banyak bersabar dengan isteri dia yang banyak kerenah..walaupun dia salah, tetap takmau mengaku salah..laki dialah yang beralah..time kasih sebab banyak tolong isteri dirumah..basuh baju, sidai baju, gosok baju, cucikan pinggan..ehehe..pendek kata semua kerja yang isteri dia tak berapa suka tu..suami dialah yang amik alih.. :p (jangan 6 bulan pertama je tunjuk rajin ye abang..!)..time kasihlah sebab menjaga isterimu yang sakit baru-baru ni dengan baik.. ala..sekali sekala je abang kan.. terima kasih lah atas semuanya. walaupun kita ni selalu bergaduh macam 'hanjing', tapi bila dah baik..manja macam kucing kan.. :p.. walaupun suamiku tak hensem macam Tom Cruise, tapi hati dia baik tau... upkan sikit..Sayang Abang! (aku tau, laki aku ni rajin juge jenguk blog bini dia yang boring ni..silent reader.. )' (~_^)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

gediks = cute ker, behave= matured?

aku ade lah mendengar bunyi2 langau entah dari mana ntah yang membuat statement begini:

i ni comel..i tak gediks (tp hakikatnya mmg gediks ok!)..thats why i nampak awet muda.. Errk!

and pelik tp benar, bl statement seorang adik (pun sama tak matang mcm dia tu) yang jumpe pun entah bape kali je dijadikan kayu pengukur dia..ckp kononnya aku lebih tua dr member aku sorang tu ..so, setiap kali statement yang sama lah yg diulang.. dia lah yang cute! aku ni nampak tua dr umo aku...hello! sakit ke ko dik non? (kalau nak dicite pasal benda2 yang diluar akal, BANYAK ok)

Dik non, aku ni telah diajar dek family aku untuk jadi perempuan yang behave dengan semua orang..tak mcm ko dik non yang tergedik2s perasan cute tu..simpati wey...orang cute tak mengaku diri tu cute hokey...dia akan menerima pujian dr orang lain.. kesian..don't aspect people give u a compliment..it comes by itself la..(bl selalu sangat mengaku diri dia cute, kawan2 rapat dia pun tpaksalah mengaku die ni cute..kawan kan..)

HAIYOO!bila la mau berubah..dunia pun dh berubah..diri dia tak berubah2..tolooongla..sapelah yang patut sound budak sorang ni..nak biarkan dia hanyut dengan LABU2 nye ker ekh?!

# dh lama cuba bertahan dengan kerenah si dik non sorang ni..orang lain dh sound direct dah..but still..tak berubah2..aish!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ye..ye..Selamat Hari Wanita Sedunia

Ok..aku nak wish pada semua yang dikategorikan sbg wanita..Selamat Hari Wanita..

especially to my mama, Hjh Zainon Sulaiman, u are a wonderwomen in my heart! to my mother in law, Hjh Noor 'Aini, tq sbb melahirkan suami sy yang sgt penyabar orangnyer :)..kepada kakakku Huzairah, ur are my supporter (cheewah!), kakak2 iparku yang vogue2 semua..kak dza, kak lin, kak zana..kepada aunty sukma (ya..thanks for all the advices! i nk jd mantee u boleh :p), to my partner in crime.. Kak Amisah ( kamu mmg mama glam, wa cakap lu bah)..dan semua bloggers yang bergelar wanita!

Selamat Hari Wanita you guys! mmmmuah! :)

# ye..aku sedang menikmati saat2 kewanitaan aku dengan PERIOD yg sakit teramat2 sgt yang tak pernah dialami sebelum ni.. :( sampai kene MC 2hari..bukan sakit kt perot aje..bisa sampai ke tulang belakang who!! mcm diperah2 tulang ni wey.. :'( ..Ya Allah, kuatkanlah hamba mu ini dlm menempuh secebis dugaan dr Mu ini.. :'( .. (doktor kata, ini mmg syntom bila benih yg dh terbentuk, takmenjadi dek kerana tak cukup kuat duk di dalam)...xpela..Allah knows well what the best for me and husband! uwaaaa... :'(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

apa nyer?

aduh..esok keluarga mertuaku mau datang rumah..ape mau buat ya...buat bodoh? ahaha...bye!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Luahan Hati

Hari ni aku tak datang kerja..angkara mata bengkak macam bola ragbi sebab menangis tak hingat dari malam tadi..

Sebab... tekanan perasaan yang amat sangat!! :'( amat sangat! percaturan aku salah lagi kali ni..gerak hati aku pun mungkin salah kali ni.. aku maybe tak pandai nak luah kat sini..tp aku tertekan sangat..! aku ingat ape yg aku tempoh akan bjalan dengan lancar tp..TAK

Tertekan dengan cakap2 orang, dengan soalan orang pd aku..dengan keinginan kami suami isteri..dengan mereka-mereka yang lebih dulu dapat dari kami..! aku down sangat! Ya Allah!

Dah 2x check, tetap -'VE..makin tambah tension! :'(

Perasaan ni membuatkan kami suami isteri bergaduh! saling menyalahkan...sampaikan aku rase aku perlu g refer pada doktor .. suami pulak tak percaya kami ada problem cume belum ada rezeki..

Entahlah..mungkin aku yang terlalu mengharap sampai terasa yang bukan2..

Ya Allah...kuatkanlah hati hamba mu dalam menempuh dugaan ini..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS