Tunjuk KAMI ^__^

Post ke-4 berkaitan hal-hal kawen aku.. :)

Kali ini, aku nak tunjukkan penunjuk arah ke majlis perkahwinan kami di Dewan Jubli Intan Pontian.. Idea ini aku dapat dari Yes..I do blog. Aku attachkan gambar ini kepada En suami terchenta untuk designkan.. Dan hasilnya..Tadaaa!


Ok tak? Ok kan..hehe.. Ala-ala signboard kanak-kanak nak melintas kat depan sekolah ek? Tapi versi pengantin comel yang nak melintas..Ahaks! Sukahatilakan aku nak puji diri sendiri yang memang comel kan..(tak macam ada certain-certain orang yang mengaku comel tapi xberapa tett tu..:)

Ramai gak tetamu yang notis penunjuk arah kami tu.. Sampai kawan-kawan papamama duk tanya..'anak u keja JKR ke, kami tengok penunjuk arah macam signboard JKR.. Senang kami nak cari dewan'..Oklah tu kan?

Hal penunjuk arah ni pun ada cita gak..memandangkan aku dah siapkan semua berkenaan hal ini, aku pun paskanlah penunjuk arah ini pada abang aku Si Leman memandangkan dia telah dilantik secara paksa sebagai AJK Seranta..iaitu AJK untuk semua hal-hal kecik2 yang orang lain xmau buat..huhu..Bole?

Selepas selesai akad nikah di pagi Sabtu, semua orang terkocoh-kocoh bersiap nak ke dewan..aku pun tanyalah pada si Leman pasal penunjuk arah tu..Tup..Tup..dia cakap..dia xsempat nak pasang..Ah! tak payah pasanglah! Hah! Sukahati awak aje yer..!Pang! Suara si pengantin pompuan memekik di pagi hari.. Air mata pun berjurai-jurai keluar..Wuwuwu...Sedih wey..penat-penat kami pengantin design penunjuk arah..boleh lak abang aku tak sempat nak pasang..Ceh! Hati pun jadi sensitif tak bertempat..Mungkin baru aje bersedih-sedihan kat surau gara-gara Keluarga Sakinah..So, hati menjadi touching tak bertempat..

Nasib baik kakak aku, pengapit aku si Nor dan mama ada untuk calmkan keadaan..'Dah, dah...awak tak yah risau..pandai-pandailah diorang handle benda tu..awak jadi pengantin aje hari ini' :)

Ok, setengah jam pastu, abang aku ke-5 sms..'Adik bongsu, jangan risau..kitorang dah pasangkan penunjuk arah awak, bunga manggar awak yang hilang pun kitorang dah beli baru..dah pasang juge..Semua dah settle! Jangan risau k..abang, leman dan sepupu2 tolong pasangkan'.. FUH! lega..TQ supermen! :) Cuak di pagi hari..aduyai..Alhamdulillah..Semuanya berjalan lancar...Biasalah..sebelum dapat pujian, harus ada dugaan dulu kan. :) :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Si Bunting Hijau..

Hah..kali ini aku mau tunjukkan korang bunting aku lak..Pelik x? Selalunya blogger akan reveal bunting diorang sebelum majlis kawen..ala ala planning kan. Aku bukan apa, takmo excited pasal planning kawen aku..takut tak menjadi..Kang jadi hangat-hangat tahi ayam pulak. So, disebabkan majlis aku semua dah settle..Apa yang diplankan pun menjadi..So, beranilah aku nak cita sikit-sikit pasal hal kawen aku ni..Hehe..Takmola macam certain-certain orang tu, cakap bukan main gah..tup..tup..alahai..biasa-biasa aja.. Ops!

Ok, tema yang sama~~~ Hijau+ Puteh+ Pink..

Pssst! Sape-sapa yang nak sangat tengok gambar pre-wedding aku tu..saje je aku lengah-lengahkan upload kat FB..huhu..sape suh korang xdatang majlis aku..tunggu la yek..Sape yang datang aritu, dapatla tengok gambar-gambar kitorang yang 'daring' kat setiap meja makan. Keh keh.. Bole?

Inilah bunting kami yang penuh kontrobesi.. :p.. eh tak tak..kami dh tukar gambar lain..untuk elakkan kontrobasi tu..tp xde lak softcopy..ini gmbar kontrobasi ituh..

Ini sebahagian daripada gambar pre-wedding kami..From Classic Bridal..Walaupun harga dia sedikit mahal..tapi pada kitorang..Sangat Puas Hati! Gambar studio on the way nak amik..tapi tak boleh diupload di sini..Seksis Mak! Hanya tatapan kami suami isteri sahaja..ngehngeh..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banner Hijau

First sekali, aku nk tunjukkan banner hijau kami. Memandangkan tema aku ialah puteh hijau, so banner pun aku nak ianya berwarna hijau. Kombinasi hijau+ putih+ pink.

Banner ni aku dapat percuma dari kedai kad Dee Gallery kat Jalan Brunei Barat, Off Jalan Pudu tempat aku buat printing kad kawen yang aku beli kat bandung. Post akan datang aku akan tunjukkan kad kawen yang aku beli di Bandung. Simple tp smart. :)

Ok-ok, sambung pasal banner..gambar banner aku gunakan gambar pre-wedding from classic bridal. Aku puas hati sgt2 dengan gambar kami mase pre-wed aritu. Memang totally berubah muka suami aku. Nampak macam taiko cina dah..huhu..Senang cite berbaloi-baloilah..

Aku recommendlah sape-sape yang nak kawen dan nak buat kad kawen. Lehlah korang buat kat dee gallery ni..diorang ni couple muda yang baru setup business. Ramah pulak tu.. Harga buat kad pun berpatutan. Haruslah support bangsa kita kan..even mahal 1 or 2 sen kan.. So, sape-sape yang nak order tu lehla call Ain 013-715 0686 or pegi terus ke kedai diorang..

En. Suami pun tambah 1000 pcs kad lagi dengan diorang..takut-takut tak cukup kad, almaklum..anggaran jemputan 3000-5000 orang wey..Pengsan akak!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

C.U.A.K. Balik Jumpa Mertua

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH atas kurniaan dan rezeki yang diberikan.
Selamat sudah Majlis Perkahwinan aku. Semuanya berjalan lancar dan seperti yang diharapkan.
Sangat berpuas hati coz majlis yang aku impikan selama ini, terlaksana dengan bantuan family aku dan sanak saudara. Tanpa bantuan diorang, CONFIRM ianya tak semeriah mana. Terima kasih tak terhingga kepada:

Mama & Papa- yang banyak tolong aku dalam urusan catering dewan (majlis) dan dirumah (khatam, marhaban, bertunang), urusan jemputan, urusan bilik, dewan dan lain-lain. Tak terbalas jasa diorang sampai aku mati.. Mama sangat bertukus lumus menyediakan semua keperluan majlis di rumah especially bab-bab makanan, papa pulak lebih kepada pengedaran kad-kad jemputan.

Abg Long & Kak Dza- mereka yang bertanggung jawab men'sponsor' paperbeg dan cake marble mawar untuk goodies beg tetamu. Mereka sanggup berhabis duit untuk pastikan paperbeg perkahwinan aku sangat 'meaningful' untuk tatapan tetamu. Paperbeg hijau yang ada gambar pengantin, gambar seluruh keluarga Hj Zainal & Hjh Zainon, doa pengantin dan pantun melayu. Nanti aku postkan gmbr paperbeg kemudian ekh.. Ramai yang puji paperbeg kami..alhamdulillah.Ade jugak yang mintak paperbeg lagi sebab suka sangat dengan design paperbeg tu. Ade juge bunyi2 sinis dari sedara mara, almaklum..belum kawen dah pakai baju pengantin kan..ala, biasalah..abaikan aje..(jealous la tu!). Abg long & Kak Dza jugak dipertanggungjawabkan menjadi event manager untuk majlis aku aritu. Sangan tersusun dan terancang. TQ sangat2!

Abg Ngah & Kak Lin- abg ngah n kak lin dipertanggungjawabkan untuk menjadi food manager untuk majlis dirumah dan di dewan. Diorang dengan sedara mara yang lainlah yang bertukus lumus menyediakan makanan-makanan untuk dari majlis khatam, marhaban, bertunang sampailah di majlis resepsi di dewan. Dioranglah yang kene make sure makanan cukup sampai ke akhir setiap majlis. Kesian aku tengok kak lin, dah macam bibik kat dapur. Hikhik..TQ abg ngah dan isteri. Tak terbalas budi korang semua..

Kakak & Abg Zaiful- kakak dan suami ialah mereka yang bertanggungjawab bagi memastikan goodiesbeg mencukupi di majlis di dewan. Abg Zaiful sebagai tokey santan jugak menjadi suplier santan terbesar bagi majlis aku. Untuk bubur kacang, bubur pulut hitam, ubiketuk, kueh halwa maskad (kueh tradisional) dan lain-lain lagi. Kakak pulak banyak tolong aku dari segi financial di saat-saat akhir (al maklum, pengantin dah sengkek) huhu..TQ kakak and family

Abg Fir & Kak Zana- abg fir dan kak zana pulak bertanggung jawab bagi menyediakan pelamin rumah untuk khatam al-quran, bertunang dan berinai kecil. Pelamin rumah siap seminggu awal dari majlis aku! Excited sungguh!Tema pelamin rumah-putih hijau. Sangat cantik! Pelamin hasil tangan kakak ipar dan abg aku.Sampai kene genjatan elektrik lagi..huhu..Lawak! Semata-mata untuk adik bongsu tersayang..Hehe..TQ korang!

Abg Fairuz- abg bujangan yang dengan paksa relanya men'sponsor' PA System dan penari cilik untuk majlis resepsi aku.. Sound system mantap! Lagu sedap! penari cilik pun sangat menarik! Dapat pujian ramai. Susunatur acara yang aku dah plan pun dapat diikut dengan sempurna.Alhamdulillah.. Tq abg pai!

Abg Muda ku Leman- sorang lagi abg bujanganku yang bertanggung jawab sebagai AJK seranta. Dengan kata lain, semua benda2 orang lain xsanggup nak buat, dia terpaksa buat..hahah..termasuk pasang banner, bunting, bunga manggar, penunjuk arah dan lain-lain..Hahah..TQ man! Next year awak lak, so..kumpul duit cepat2 ekh..

Anak-anak Sedaraku semua (Mastura, Qamar, Yaya, Zafran, Haziq, Iyan & Adzim)- Tq sebab jadi flower boys & flowergirls mok su! Sangat cute dan comey korang.. Menyerlah ok!

Flowergirls yang lain (Shasha, Alin, Nini, Amira)- Tq sbb jadi flowergirls yang gediks but cute to Mak Nora. Tq also for the best pose during outdoor photoshoot. Uolls make my day!

Sepupu-sepupu, Tok-tok sedara- Kepada sepupu-sepupuku yang bertukus lumus membanting tulang..ehehe..berkerah tenanga untuk majlis aku..Jasa baik korang tak dapat aku balas sampai mati.. Kak Aslina, Kak Ita, Kak Ita, Kak Gna, Abg Shahriz, Kak Aida, Makbiah, Mak Yah, Tok Enap, Tok Hawa, Tok Bedah, Pak Long, Pakcik, Mak Idah dan semuanyer! TQ SO MUCH semua!!

Lastly, kepada kawan-kawanku yang sudi datang ke majlis aku. Dari dekat or dari jauh, Kak Amisa, Auntie Sukma, Kak Intan, KAk Ros, En Jeze, Nurul, Azham, Amy, Batu, John, Epi, Liza dan semuanya!! Terharu sebab korang sudi datang!

Sape yang tak dapat datang or tak mau datang tu yang cakap ala meletap letup sebelum ni tu..Rugi wooo korang tak dapat tgk majlis aku ala-ala kebaboom tu wooo..hahah (blog aku ni kan? sukahati aku lah nak tulis ape kan).. :D -Peace-


Sekarang syukur alhamdulillah..aku happy!

P/s- Gambar-gambar akan diupload kemudian, tak bawak softcopy lak.. So, tunggu naa..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Created by Wedding Favors
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kami di Hari Raya 2010

Tahun ni tema kami wane hijau..tak kesahlah hijau taik lembu ke..hijau pucuk pisang ker,hijau daun pandan ke..hijau epal ker..asal namanya hijau.. Tahun ni kami sambut seperti biasa..MERIAH! Tapi kurang 1 family sebab abang ngah beraya di kampung pak mertua di Negeri Sembilan.

Jom layan gambar raya kami sekeluarga..

My Parents

Abg Long's Family

Kakak's Family

Abg Fir's Family

Si Bujangan

Tok Papa and Tok Mama with their children and beloved granchildren

Kamilah Keluarga Senget!

IN GREEN
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Lebaran

(^_^')



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KAMI-Geng Cari Makan

KAMI- geng cari makan untuk berbuka puasa Sabtu lepas yang makan kat Restoren Raja Udang yang tak berapa best tu..Jom tengok gambar-gambar senget kami :) Ini mase kitorang lepaking kat Kopitiam..

Ketua geng senget! :)

Geng Budak Senget

Aik? Tak senget pulak..

Control Macho and ensem..

Ye..jerawat aku nampak..Cit!
Ok..dah..abis..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Al kisah Hari ke-4 Berbuka Puasa

Hari ke-4 punye cerita pulak, plan nak g makan kat Sate Station Setiawangsa, on the way nak ke sana, nampak pulak Restoran baru buka..Restoran Raja Udang kat belakang Jusco Au2, Setiawangsa. Kedai nampak cantik, ada pondok duduk-duduk bersila bagai.. So, abg aku pun decide nak buka kat restoran ni je..

Sampai pukul 6.30pm..Order; tomyam campur, puyuh sambal, kerabu campur, udang goreng tepung, air teh ais, teh suam, carrot susu.

Tunggu punye tunggu, pukul 8.30pm baru lauk sampai..'menanah' je hati abang-abang aku tu..mane taknyer..perut dah kenyang togok air dan makan kurma je sementara menunggu lauk sampai..Sabar, sabar..sesungguhnya kami ber-3 sedang berpuasa.. :D

Sampai je lauk..tomyam yang diorder cair..pastu isi dalam dia pun sikit yang amat..terapung-apung sotong dan ayam dalam kuah tomyam..ish! frust..kerabu pun banyak bawang dari isinya..Yang paling dasyat..restoren ni tak cukur senduk untuk kami senduk tomyam..Maka, terpaksalah kami guna sudu aje..Itu pun 1sudu aje yang mampu diorang sediakan untuk kami.. satu kes lagi yang memanaskan hati ialah..udang goreng tepung pun diorang tak dapat nak servekan kepada kami sebab tepung habis..APA?? Tepung abis? Hello? Concretekah alasan..

Kami ber-3 pulang dengan hati yang hampa..Erm..moral of the story..janganlah try-try pegi restoran baru ni..semua benda tak cukup..melainkan dah terima testimoni yang bagus tentang restoran tu..ramai costumer yang balik awal sebab tak sanggup menunggu makanan yang telah diorder..maka peniaga restoran dapat untung duit minum aje la..Nak tunggu costumer datang semula ke restoren tu..entahlah..Nak ker?

Maybe diorang tak well-prepared untuk buka restoran lagi..cume tokey kedai tu je yang boleh jawab..aduyai.. :P
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buka Puasa Hari ke-3

Nak cite secara ringkas dan padat tentang buka puasa hari ke-3 lepas..

Macam biasa, tiap-tiap hari Jumaat jalan akan jem di merata-rata sebab semua orang nak balik awal dihujung weekdays..So stuckla dalam jem..tapi takla seteruk hari sebelumnyer.. Round punye round, member aku ajak berbuka di Restoren Nelayan, Tasik Titiwangsa. Sampai kat sana pukul 6, awal betul..heh..tapi semua meja dah dibooking orang..tingal 1 2 meja jek yang kt hujung-hujung nun untuk kami yang datang tak lewat tapi tak reserved awal ni.. So, we decide untuk makan ala-carte aje memandangkan kami ni bukannyer makan banyak sangat pun.. (ahaha..poyo :p) dan buffet kat Restoren nelayan tu dlm Rm35-40 sekepala..So, pada kami terlalu mahallah kan?Macam rugi ajek..

Orderla makan.Menu:

1) Ikan kerapu sweet sour- 500grm
2) Shark fin with crabmeat- 2 portion
2) Ayam goreng- 2 portion
4) Air- Epal juice dan oren juice

Total Harge: RM78!!

Hah hamik ko! lebih mahal dari makan buffet!kuikui... ok..berbuka hari ke-3 juga boleh tak dikira FAIL?? erm? erm?
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puasa 2010

Dah hari ke-3 kita berpuasa, aku baru rajin nak menulis kat sini.. ^_^' Tentang puasa tahun 2010 aku:

  • Tahun ni aku berpuasa tanpa papamama coz parents aku berpuasa di JB, diorang terpaksa jadi baby sitter sementara untuk anak kakak sebab bibik kakak balik Indon menyambut puasa. Disebabkan tu ler aku dan abang aku kene mencari juadah berbuka masing-masing, sama gak untuk sahur..terpaksalah aku masak simple-simple untuk kami berdua. Kalau papamama ada, taklah kami macam ni..buka mesti makan sedap-sedap..sahur pun dah siap semua.. :'( . Disebabkan itu jugak, aku pun sibuklah meng'usha' resepi-resepi online untuk hidangan sahur kami adik-beradik.
  • Perihal berbuka:
- Hari pertama: Plan nak makan kat sate station suggest by Si Mama Glam tapi tutuplah pulak. Pegi pulak ke Warisan Johor Mak Tim kat roundabout AU3, tutup jugak.Adus! Termasuk pulak kat MRR2, stuck dalam jem! kete member overheat pulak kat tengah-tengah jem tu..Dush dush KCE! Panas je atiku..wagh! final destination..food court giant permata, berbuka puasa nasi ayam sedap kat situ..kebetulan abang aku pun datang nk makan sana, so berbuka lah kami ber-3. Mission Sate station dan Nasi Beryani Mak Tim FAIL!

- Hari ke-2: Plan nak makan Restoren Tupai-tupai suggest by ofismate aku,En Azmar.Setelah tersangkut dalam jem LAGI dan setelah tersesat jalan dan terbabas jalan sebanyak 5x! Restoren Tupai-tupai pun tutup! Wargh! Apakah? ( gaya izzy :)) Dugaan nak berbuka puasa betol. Mission Tupai-tupai FAIL! At last, kami berbuka di Kedai Ikan Bakar Jalan Bellamey.. :( Tak sedap..

- Hari ke-3: Malas nak plan!

  • Tarawikh: Setakat ni bertarawikh di rumah aje.Kenapa? Badan lemah sangat akhir-akhir ni.. InsyaAllah hujung minggu ini ke masjid.
  • Bayar Puasa: Tak sempat nak qada' lagi 4 hari. Leka punya pasal, selalu lengah-lengahkan! So, kenalah bayar fidyah dan qada' puasa kene carry forward ke tahun depan.
  • Baju raya: Tempah baju raya pun sehelai je.Itu pun tak tau sempat ke siap sebelum raya. Tak sempat pulak beli baju ready made masa pegi bandung hari tu..Sibuk memborong kain potong aje..:p
  • Budget raya: Tak ada budget.Boleh? ahaha..sebab budget aku dah banyak lari masa pegi ke Bandung hari tu, tak terkejar dah..Post pasal Bandung pun aku tak tulis lagi :).. akan diceritakan kemudian tentang betapa heaven nya bershopping di Bandung!
Ok, sambung nanti la.Tetibe stuck pulak otak den ni..sebenarnya banyak nk cite tadi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam-macam

Macam-macam hal sekarang ni jadikan? Dalam berita harini pasal orang curi kereta tercuri anak-anak tuan kete tu sekali..Nasib baik orang yang dicurik tu Mejar..taula nombor-nombor penting nak contact bila emergency ..Kalo orang-orang yang tak amik tau tu..harus masih terpinga-pinga kat depan kedai..huhu.

So moral of the story, simpan nombor telefon polis yang berdekatan ye!

Ok, sebenarnya aku pun nak cita pasal pencurik ni.Semalam aku EL sebab demam, even demam pun kene sidai baju jugakkan kat ampaiankan (baju tak lipat dah macam gunung everest tu).. Duk leka-leka ampai baju, aku perasan ade 1 motor lalu lalang kat depan umah aku..pusing banyak kali..Aku ingat dia tengah cari rumah, tup tup dia berenti kat depan umah aku..then dia masuk umah pak Haji depan umah..kuar..masuk balik..pastu masuk pulak kat dalam umah selang 2 umah aku..pastu kuar dan blah..aku pun pelik..tup tup..bibik umah pak Haji tu kuar cakap ade pencuri masuk umah..Hah? pencuri ker tu? aku jadi blur..yang aku tengok tadi tu kes curi ker..Ceh! Pencuri tu pun dah blah..tak tengok pun plat nombor motor dia..al maklum, aku ni kan rabun, malas pulak nak pakai cermin mata..So, tak nampak la muka pencuri tu..

Bibik tu kata orang keling..mesti penagih ini.Ish! kurang asam betol kan..berani betol pencuri tu masuk umah orang disiang-siang hari..Pak Haji tu tengah tengok tv lak tu..Ceh!

Tak taula ape yang dia sempat rembat..umah jiran sebelah kene curi hp..umah pak Haji tu tak tau pulak..Dah ler pak Haji tu tokey kedai kete overseas..haruslah kaya kan..entah-entah sempat rembat jam Rolex kot..Uish! pencuri tu boleh beli stok cocok dia untuk 3 bulan nyer tu.. ahaks..

Kene berjaga-jaga ni..tak leh buka pintu sesuka hati ni..kasut murah aku pun tak leh letak kat luar ni..nanti kene rembat dengan mat pit itam pulak, dah kene kaki ayam gi opis..hohoh
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Plan A Or Plan B?

Bukan..bukan...bukan aku nak cerita pada korang yang aku mencari pasal lagi..tapi sambungan dari kisah mencari pasal hari itu..

Sedang berkira-kira dan berpikir-pikir tentang package yang kitaorang dah decide hari itu..Samada aku nak proceed dengan package tu atau nak bartukar kepada plan B pulak.. Bukan package lain tapi plan B yang lebih kurang aje harganya tapi aku boleh guna lebih lama sebelum dan selepas ini.. ehehehe..Tengah pikir mana yang lebih BerBALOI-BALOI!

Tengah meng'usha-usha' Plan B tu sebelum mengambil keputusan muktamat.. :)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencari Pasal

Last 2 week, aku gatal-gatal kaki la pergi 1 pameran 'tut' kat midvalley ni.Dengan niat nak usha-usha promotion yang ada plus tema-tema terkini tahun 2010.

Kebetulan pulak kat situ ade promotion MayFair..salon untuk beauty spa, slimming tu..dan memandangkan ade promotion RM49 untuk 2 package (Body+ Facial), aku dan member aku pun merembat 2 voucher..kira murah la tu kan?

Then, dipendekkan cerita aku dan kawan aku pun buat appointment last weekend untuk me'redeem' voucher yang ada..Dan dipendekkan cerita lagi, akibat pujukan pot pet pot pet profesional consultant Mayfair ni, kami pun terpedaya dengan dengan 1 lagi pakej body program dengan rege RM250 untuk 2 orang..memandangkan kami berdua ni pun sudah men'yemangat'kan badan..dengan sukahatinya aku membelanja kawan aku pakej ni untuk kita dua try..dan hasilnya..boleh dibanggakan..bagi aku,aku xnampak sgt keberkesanannya tapi seyes aku nampak perubahan pada kawan aku, dari boncit..perut jadi leper!Flat tu..seyes!seyes! So, aku rase pakej tu memang berkesanlah..

Tapi, disebabkan itu jugalah..1 lagi pasal jadik..kami terambil 1 lagi pakej yang erm..pada aku..boleh dikira mahal la..ini lah yang dinamakan mencari pasal..hish..hish..Rege? tak mau bagi tau di sini..sebab ..ehehe..tapi yang best..bukan sy yang bayar..huahua..best! best!Kerana belanja kawan, aku pun dibelanja dengan pakej yang lebih-lebih best..yeh!

MayFair, kalo pakej ni tak berkesan..siap ye..aku komen kaw kaw punye..So, please make sure aku akan jadi macam model yer...heheh :) :p Korang rase berhasil x? ahaha..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS