Hairstyle yang Mana?

Sedang pening-pening..green light dari suami sudah dapat..cuma belum tau nak ikut style mana? Korang leh tolong vote kan x? Style mana yang sesuai dengan muka i.. :)

Ini lebih kurang rambut i yang sedia ada.. cuma bentuk muka i tak sepanjang ni..muka i bulat di bawah yer..

Vote 1: Betul-betul pendek! Senang gila nak maintain..guna jari pun boleh!
(tapi kene wat rebonding dulu baru potong pendek la..)


Vote 2: Cun betul Keira Knightley ni.. style rambut ni style tahun 2010 (style pendek belakang, panjang depan)

Vote 3: Simple & Sempoi style ..

Vote 4: Bob style

Vote 5: Bob Style juge tapi panjang depan..

Vote 6: Barney style!


Tolong ye kengkawan.. :) Thank u! Mmmmmuah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeay..mari berjoget!

Yeay yeay..mari bercaca...bersimba..!

Jing de ge Jing..Jing de ge Jing..yuhuuu....

Happy! Happy! Happy! Lutut tak Ketaq lagi..mari menari..!

Yeay..TQ suamiku!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KetaQ Lutut...

wowowoh! ketaq lutut wey..ketaq lutut aku..


bukan sebab jumpe hantu..weh..weh..bukan..bukan..bukan sebab aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)..(motip nak ckp pasal APC kenapa..syhh..diam! jangan kepoh..ko tak layak nak dapat APC la eikyn oi...)..bukan ye..bukan..


aku ketaq lutut
SEBAB.....




AKU DAH RINDU GILAK NAK BERSHOPPING SAMPAI LEBAM!!





Rasa macam dah lama gilak tak membeli belah..wooo..mcm skema je guna ayat 'membeli belah'....Terliur nak beli kasut baru, handbeg baru, baju baru, kain ela, nak tukar frame cermin mata lah...pendek kata..memang pandai betol cari pasal..

Mana-mana pun boleh cari pasal...buka FB pun sempat usha2 baju yang jual kat online..ape nak jadi ni...aish! Semua benda nampak sungguh menghairahkan... Sapa nak pinjamkan saya duit..bagi sy 'chan' pegi shopping..duit saya dah tinggal habuk la sekarang..wuwuwuw.. ada sapa nak sedekah tak...plis..plis... (^__^)




# Perbualan suami isteri di hujung minggu:

Isteri: Abg, saya rasa macam dah lama sangat sy tak bershopping sakan..macam dah addicted la nk bershopping... (dengan nada simpati)

Suami: Sayang nak shopping apa? Kesian la sayang abg.. ( ni skrip betol2 tau..suami sy memang selalu kesiankan bini dia)

Isteri: Saya teringin nak beli kasut baru, handbeg baru, baju baru..boringla asik pakai baju yang sama aje..nk tukar spek baru...bla..bla..bla.. ( isteri list down ape yg dia teringinkan..dengan HARAPAN)

Suami: A'ah la yang, abg pun sama..rasa dah lama kan kita tak gi shopping..shopping baju keje abg..seluar keje..asik pakai baju yang sama aje..boring kan..seluar pun macam tak jumpe..macam banyak ilang aje...perfume abg pun dah nak abis..

Isteri: ERK!!!! (PUTUS HARAPAN bini dia..ingatkan nak paw suami dia..nak minta sponsor..RUPA-RUPANYA...nasib..nasib..inilah nasib bila laki bini KAKI SHOPPING..tak dapatlah nak mohon belas ihsan sponsor si suami..sebab suami dia pun dah kayap dan kaki shopping!)


NASIB KO LAH EiKyN!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mau Ke Bandung

' Mau ke Bandung lagi..
Air Asia ada wat promotion..
dh dapat tarikh yang murah..nak pegi ke tak..'
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thank U...Thank U..oh Thank U...!

Hari ni mode= Skema cipan..

Aku nak berterima kasih yang sangat-sangat kepada kawan-kawan yang ucapkan takziah, berkongsi sedih, bagi kata-kata semangat kat aku selepas kes minggu lepas.Dah seminggu berlalu..aku dah ok dah..Hidup dengan NORMAL..tiada lagi mata-mata bengkak or nangis-nangis esak. Cuma harap-harap jangan ada makluk ALLAH yang cuba cocok-cocok jarum pasal kes yang lepas ye..kang akak emo pulak! :p

Ada bunyi-bunyi langau yang komen.. 'ala kin, baru bapa minggu..kecik sangat tu..relax la'...haih! korang atau kamu (sebab yg komen tu sorang aje)..lantak lah walaupun aku pregnant baru bapa minggu..yang penting 'ia'nya dah ada dalam rahim aku..kecik ke..besar ke..'ia' tetap hasil buah hati kami....aku rasakan kehadiran 'ia' dalam badan aku..MAYBE ko tak mengalaminya or ko tu jenis makhluk ALLAH yang belum diduga dengan kes-kes macam ni..boleh la ko cakap macam tu..tapi at least..cubalah jaga hati orang..hidup ni tak sentiasa berada di atas tau...- ini lah luahan hati 'akak' yang sentap.. maklumlah..darah banyak kuar .. :p

Tapi..tak semua kawan-kawan yang macam spesies ni..aku bersyukur yang amat sebab dapat ramai kawan yang sangat-sangat supportive..ada yang comment kat FB, SMS, call, PM la, BBM la..bagi semangat, doakan yang baik-baik untuk aku dan suami, malah ada yang nak tolong referkan kami ke doktor yang bagus..Thanks sangat pada Sue dan Kak Elin. Appreciate sangat-sangat.. Ada juga kawan-kawan yang berkongsi rasa yang sama malah ada yang lebih sedih dari kami.. Thank u korang, kita doalah sama-sama ye..harap-harap ALLAH memakbulkan doa kita.

Terima kasih yang tak boleh nak diungkap (ece ceh) kepada suamiku nan seorang..Yang sanggup berlagak cool macam mat cool aiskrim bila ditimpa dugaan macamni walaupun sebenarnya dialah orang yang paling excited bila aku pregnant aritu Dialah yang sanggup melayan perasaan isteri dia yang down sesangat aritu, (tolong basuhkan *** yang berdarah-darah lencun tu sebab bini dia tak larat nak bangun langsung), tolong kemaskan rumah..ah pendek kata semuanya si suami lah yang tolong buat... Tak terbalas pertolongan suami..Alhamdulillah..Harap-harap ianya sampai bila-bila ye abang..

Juga pada family terdekat dan opismate yang sentiasa understanding dengan keadaan aku..takde pun kecoh-kecoh pasal hal ni..TQ sangat korang..Sedikit sebanyak, meringankan tekanan yang sikit-sikit masih ada ni..


p/s: ada lah sentap dengan makhluk ALLAH ni..aku takdelah nak minta makluk ALLAH ni nak buat muka simpati kat depan aku..aku tak nak pun..tp at least...at least..BELASUNGKAWA la sikit..ini tidak..buat dono (don't know) aje..nak kata tak tau, mustahil la..nak kata tak update..hello..kamu sangat aktif 'like2' dan 'comment2' orang ye..KAYU? erm..no comment la pasal tu..TAPI yang pasti.. ke'buat2' blur kamu itu sedikit pun tak terkesan di hati aku pun..sebab..kamu bukan insan terpenting di hidupku..masih RAMAI kawan-kawan dan family yang masih betol2 suci hati murni di dalam dunia ni..Dan aku bersyukur sangat sebab aku dikelilingi oleh mereka.. InsyaALLAH..semoga ALLAH memberikan petunjuk..kepada semua..Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bunga-Bunga Cinta (OST Dalam Mihrab Cinta)-Dude Harlino & Asmirandah



*tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

repeat **
repeat reff
repeat *

memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta

credit to http://liriklaguindonesia.net
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MiMpI KeHILANGaN

Dua malam berturut-turut aku bermimpi....Kalo nak tau, aku bukan jenis orang yang selalu bermimpi. Selalunya bila letak kepala kat bantal...Zzzzz...selamat dah. Tapi sejak insiden yang lepas..aku mimpi..


Mimpi 1:

Mengambarkan aku dan suami di suatu taman permainan yang besar dan cantik..(ala-ala kat Universal Studia Singapore tapi scene dia macam kat tepi pantai)...banyak sangat permainan kanak-kanak dan budak-budak..biasalah..sinonim taman permainan dengan budak-budak kan..

Masa tu macam situasi aku si Eikyn yang sedikit mewah dari sekarang yg tak mewah ni..kami bukan berdua je tapi kami ber 5..AKU, SUAMI, AMIRUL (anak angkat sepupuku) 11 tahun, ZAFRAN dan ADZIM (anak kakakku, 10 dan 2 tahun)...

Dalam mimpi tu mengambarkan macam seolah-olah mereka ni anak angkat kami... Mula-mula, kami macam happy aje jalan-jalan kat taman tu..tapi TIBA-TIBA...

Anak-anak kami ni hilang sekelip mata disebalik orang-orang yang ramai..Kedudukan kami dengan anak-anak tu tak jauh pun tapi aku tak dapat nak kejar diorang...Nampak dari jauh aje diorang pandang dan lambai aku..Dengan sekelip mata diorang hilang dari pandangan kami...

Aku makin cuak! Suami bergegas amik kereta untuk cari diorang yang hilang...Cari punya cari..tak jumpa-jumpa..Lebih-lebih lagi kat taman yang besar sangat..Kami tak putus asa..cuba cari kat tempat ramai budak-budak...Still tak jumpa...Stop sana sini..masuk taman sini..masuk kedai..semua tak jumpa! Aku dah menangis...anak angkat pun boleh hilang! Down! But still..suami aku masih cool lagi...

At the end, aku terbangun dari tido tanpa berjumpa anak-anak aku yang hilang...! Bangun tido..sambung nangis macam dalam mimpi tadi.. :'(

YA ALLAH..petunjuk apa yang KAU nak berikan padaku.. :'(

Mimpi 2:

Mimpi yang singkat. Aku mimpi aku pinjam anak opismateku aka partner si Aimee. Kami bawak dia ke JJ Au2 Setiawangsa..Kami bertiga jalan-jalan, main-main seolah-olah dia dah rapat dengan kami..(real life taklah rapat mana pun)..dengan mulut ramah dia..dengan manjanya dia dengan en suami, siap pelok2 dan cium pipi...Rasa seronok walaupun pinjam anak orang...

At the end, aku terjaga. Apa pulak maksudnya.. :(

Mimpi 3:

Kali ni bukan aku yang bermimpi..tapi kawan lama aku di sekolah menengah..dia ada komen di FB kawan aku pagi tadi...

Semalam Aku mimpi 3 orang kawan kita..Aku mimpi Batu (kawan kami yang masih bujang) bagi aku sampul surat sambil tersenyum-senyum, pastu aku nampak Topo (kawan kami yang baru dapat baby ke-2) bagi aku sampul surat tapi muka dia macam blur2..pastu aku nampak muka ekin kecik (akulah yang dimaksudkan) bagi aku sampul surat jugak tapi bila ekin kecik passkan sampul surat tu kat aku...dia menangis meraung-raung..tak paham aku mimpi mlm tadi... :'(



Apa pulak maksudnya... :'(
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Our Pieces of Joy- Pregnancy Loss

Mode: Sedih dan Tekanan Perasaan :'(

Kali ke-2 hal macam ni jadi pada aku...Tapi kali ni, pada aku lebih meruntun hati. Macamane nak cita pun tak tau, al maklum..aku ni bukan pandai sangat nak menulis. Nak dijadikan cerita....

Kami suami isteri dah berkawen 4 bulan..walaupun baru je 4 bulan..perasaan membuak2 nak dapatkan baby amatlah terujanya.. Lebih-lebih lagi bila semua sepupu-sepupu yang kawen seangkatan dengan kami dah pun bunting pelamin...Adik ipar yang kawen serentak dengan kami pun sudah mengandung...uwaaa! makin tertekan kami dek dihiject sedara mara terdekat.. (alhamdulillah, family dan keluarga mertua sgt memahami)..

Nak dipendekkan cerita, ada simptom2 pregnant pada diri aku.. Pening-pening, kerap kencing, susah mau tido malam, sakit perot, bengkak t*t*k dan kuar jerawat tak tentu masa. Aku pun buat HPT memandangkan aku memang ada simpan tester ni... Hasilnya (seminggu sebelum period):

macam ade wane blur2..pregnant ke x..pregnant ke x..

Berbunga-bunga dalam hati...Macam pregnant je..Instict hati aku... Instict bertambah kuat bila aku dh start miss period..1 hari miss..sabar..2 hari miss..sabar..3 hari miss..dh mintak en suami belikan HPT lagi..4 hari miss..kami pun test di subuh2 hari..Hasilnya:

Alhamdulillah! bersyukur sangat pada ALLAH..Dia mendengar doa kami suami isteri.. (maksudnya pregnant dalam 3-4minggu, awal lagi)

Kami happy sangat2..especially suamiku yang teringin sangat..Berita gembira ni kami cadang akan cuba dirahsiakan oleh semua buat sementara waktu memandangkan kandungan ni baru sangat2..tapi memandangkan aku ni tersangatlah excited, terpecahkan rahsia ni pada opismateku aka partnerku si mama glam.. Nak share kegembiraan kami! Yela, dia kan dah berpengalaman..nk reconfirmkan baliklah samada boleh percaya ker dengan tester ni..Alhamdulillah..dia kata selalunya tester ni 99% accurate! Aku pun lega dan happy!

Nak dijadikan cita, pada pagi tu aku ade kursus di tingkat 14 bangunan aku bekerja..memandangkan penceramah tu seorang yang sangat panctual dan aku pun terlambat sampai, maka berlari-lari anaklah ke kelas..(lupakan diriku yang baru mengandung)... Tetiba.....
*
*
*
*
*
*
*


Tetiba....ada rasa tak kena pada diri ni...ish..kenapa ekh...(dalam hati)..jam kul 10.30am..aku ke toilet...PANG!! ade setitis darah coklat kat seluar dalamku... :'( Panic! Panic! aku dah tak senang duduk..cepat-cepat sms si partner mama glam:

Aku: Kak Amisa, u katne?

Partner: Opis

Aku: Kuar darah :'( Kenapa mcmtu?

Partner: Banyak ke?

Aku: Titis baru, tp mcm darah nak period. YA ALLAH..sedihnya

Partner: Titis tu darah merah ke mcm coklat2 yg baru start nak period tu?

Aku: Titis darah coklat gelap :( :'(

Partner: ok..xpe..u jgn risau dulu..masa i preggy 2nd one pn i ade kuar drh mcm u juga..kt tunggu sampai tengahari ni. tgk ada kuar lg banyak x..jgn sedih2 dulu

Aku dah tak senang duduk, aku decide jumpa urusetia kursus..minta excuse kuar dr kursus untuk pg klinik. Aku pun call en suami untuk minta dijemput di opis..Malangnya dia di site, kul 11.30 baru boleh pick up..ok! aku tunggu di opis...

Turun di opis..muka dah merah menahan sebak..jumpa aunty (opismate juga)...Alhamdulillah, dia bg aku cooldown sikit.. Tunggu punya tunggu..si suami tak sampai2..hati dah xkeruan... :(

Suami call:

Suami: Sayang, lambat sikit, jem otw nak lek dari site ni..tunggu jap

Isteri: Cepat! cepat! (tahan air mata dan panik)

Pukul 1.00 tengahari, si suami pun sampai di opis...masuk aje kete..apalagi..si isteri meraung2 la menangis...tadi boleh aje control..bila jumpa suami..xleh cover..macam gila meroyan punya isteri..melalak tak hingat..si suami pun panic sama..

Sampai di rumah..darah yang keluar semakin banyak..dan semakin banyak... :'( Malah lebih banyak dari biasa..sangat LUAR BIASA.. si isteri pun dah tak bermaya ditambah2 lagi dengan tenaga yang telah dihabiskan melalak di dalam kereta... Mode hari itu: Keciwa yang amat dan putus harap..Badan pun dah sakit yang amat..tulang belakang dan perut bisa.

Aku dah jangka..mesti 'baby' dah kuar sama dalam darah2 yang kuar macam air terjun ni... :'( menangis tak henti2...suami cuba nak pujuk isteri walaupun dalam hati aku, aku tau dia pun keciwa juga.. sekejap sangat kan baru dapat berita gembira tu..dah 'hilang' semula... :'(

Hal ni disahkan lagi bila kami ke klinik di Sri Rampai, tapi memandangkan kes aku ni macam 'luarbiasa' sikit, doktor ni minta kami buat scan di klinik lain..takut-takut ada masalah lain yang dia tak pasti..so..kami pun diminta untuk refer ke klinik sakit puan di WangsaMaju untuk buat scan..Sesampai di sana, doktor keluar..ok..tunggu..sampai doktor datang semula ke klinik..Hasilnya:

Kami: Cita pasal kes..itu..ini..pregnant..last month...this montha..bla..bla..bla..doktor lina minta kami refer di sini..

Doktor: Ok, puan baring kat sana..

Aku: (Baring dan perot disapu gel sejuk...alat scan dilekatkan ke bawah pusat dan sewaktu dengannya..)

Doktor: Erm...dah xde pape dah...dah kuar ni...erm..ok..Ini rahim puan..erm...lain sikit bentuknya..erm..susah nak mengandung ni..kalo rahim macam ni..erm...(godeh2 alat scan tu lagi kat perot)..senget sikit rahim puan..terbalik sikit ni.....

Aku & Suami: ??? Blurr...

Doktor: Rahim puan ni jenis yang tak kuat..kalo pregnant..susah nak lekat..kalo lekat, kene extra care..kalo x..akan mudah gugur macamni...ok,kalo....kalo eh..kalo rasa dh pregnant..puan datang sini semula untuk dapatkan ubat kuatkan rahim ye...ok..

Aku & Suami: Blurr...tercengang dengan explaination doktor tu..cuma mengiakan dan kuar dari bilik...

Bila tunggu di luar sementara menunggu ubat, kami saling berpandang..

Suami: Takpe, kita usaha lagi eh..InsyaALLAH..kalo ade rezeki..ALLAH akan bg juga..

Isteri: Abang dengarkan doktor cakap ape tadi..? Saya susah nak pregnant..rahim saya xnormal..(airmata bini pun dh bergenang..control jangan sampai menitis)

Selesai terima ubat, kami pun balik. Aku, dengan perasaan yang sangat2 KECEWA..menangislah lagi kat dalam kereta (ape lagi perempuan boleh buat melainkan menangis kalo tengah sedih..suami masih boleh cool lagi..)

Aku Sedih dengan keputusan scan tadi dan sedih dengan cara penyampaian doktor kepada kami yang takde psikologi langsung..main cakap direct je..mcm xde perasaan langsung! Memang mcm tu ke cara nyer?

Perasaan sekarang..terasa sangat DOWN dan tak bersemangat.. Mencabar sungguh dugaan yang KAU berikan pada aku YA ALLAH..aku tak yakin mampu menanggungnya YA ALLAH... :'(


Gambar beberapa hari sebelum detect pregnant.. :'(
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS