Wahai en Photographer..

Kali ini aku nak cite pasal encik photographer untuk hari penting aku..Pada pendapat aku, GAMBAR ialah isu paling penting yang aku titikberatkan untuk majlis penting aku.Sebab ape? sebab..pada aku..gambarlah yang akan menyimpan semua moment penting untuk majlis tu..

Pemilihan official photographer (OP) ni pun mestilah mengikut kriteria masing-masing; samada dari segi harga, tema gambar, kualiti gambar, samada sticky album sahaja or storyalbum ker..OP yang glemer ke..cikai-cikai aje ker..testimoni penah amik gambar Datuk Dr Syed Muzaffar si angkasawan ker..penah amik gambar anak tokey NAZA auto tu ker..ape2la mengikut poket dan kemahuan si pengantin dan si pembayar nyer..

Berbalik kepada cita OP aku tu..sebenarnya kami dah terpikat dengan 1 OP dari KL, ala..xla glamer sangat..OP ni aku tgk kat FB member aku, dia amik service diorangla.. rege dia RM3400 untuk 2 majlis..2 sticky album 2 story album plus outdoor photoshoot.kira murahla kan..So kami pun dah bg deposit kat OP tu..Plus si mamat sorang ni PR dia memang tiptop abis..boleh cairla costumer bl discuss dengan dia..Nak dijadikan ceritanya, before this, kami telah deal dgn OP ni untuk amik package yang bakal ditangkap oleh abang dan adik. Tup tup.. after 3 ke 4 bulan pas deal..si OP tu macam ade problem dengan si abang dia tapi kami tak diinformkan malah dia 'kencing' kami pulak..Ceh! memandangkan kami ni sangat pantang bab 'dikencing2' sesuka hati ni.. kami pun batalkan deal dengan OP sorang ni..maka burnlah deposit kami tu..Ah! kami rela daripada di'kencing' sesuka hati ok! Pantang!

Masa tu, lagi 2 bulan nak kawen.kami masih xde OP. Dahlah kami kawen mase musim cuti sekolah, so paniclah..confirm ramai OP yang dah dibooking dek bakal2 pengantin! Selepas insiden dikencing tu, ade jugak kami discuss dengan 2, 3 OP yang lain..tapi semuanya tak memenuhi kemahuan si pengantin perempuan yang sangat cerewet! huhu..haruslah..i kan pengantin..mesti nak yang terbaik, samada harga dan kualiti kan...

Ok, pada aku yang sedang-sedang aja ni (macam lagu si mamaglam & ratu kebaya nyanyi di kotak merah tu), aku rase harga dan kualiti gambar yang paling dititkberatkan..setakat glamer bukan main tapi rege dia sama mcm harge catering untuk 1000pax..xdapat akak nak bayornyer dik oi.. ukurlah baju di badan sendiri..sape yang xmau majlis dia kebaboom de boom kan..tp akak sedar diri.. :( :D.. Antara OP yang menarik perhatian akak ialah:

1. Ahmad fairus
2. Daniel Zain
3. Digital Syndicate
4. Avicenna Studio
5. Malaynea
6. Trisno Quantriz

Sebenarnya banyak lagi, tp aku senarai pendekkan yang diatas aje..semuanya cantik2 sangat, tapi memandangkan faktor harga (setakat takde sebelah tangan, jangan haraplah nak minta diorang ni amik gambar jongos korang yer) dan lokasi si OP tu..kami decide Pilihan #6 tu.. :) memandangkan rege dia under budjet kami dan en trisno ni buat service di area JB..alhamdulillah.. kami amik pakej 1 hari je dengan rege RM1800 untuk story album.. kalo korang nak tau, name OP ni memang Trisno Quantriz tau..bukan nick name..seni kan name dia..nama melayu kuno katanya..huhu.. dan antara HASILNYA..


Keluarga kami yang sempoi..

Si pari-pari yang gedixs

Masa ni, kami tengah menyanyi-nyanyi lagu selamat pengantin baru.. :p

Abang2 & kakak2 pengantin selaku penjaga tol..brutal giler diorang!

eeyuuu..kami bermesra , si pari-pari pulak yang seronok..

Cantik x..cantik x? Kami sangat puas hati..alhamdulillah..nak amik perkhidmatan en Trisno, leh call direct 013-771 4934. Sempoi je orangnyer..

Untuk next wedding belah suami, insyaALLAH kami akan menggunakan khidmat En Umair Kasa sebagai OP..harap2 ok juga..InsyaALLAH..Ok..Dah!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 Soksek-Soksek:

en_me said...

sonoknyerr kawen kanns.. ehehe, salamm ziarah jer