Layan..

Jom kita layan gambar..tak nak cakap banyak lagi..

Gambar candid..macam mat kepoh kan kami..hehe

Masa makan pun boleh tersengih lagi..

Makan..makan..makan

Makan lagi..

Makan lagi..

Kesimpulannya, macam manela saya tak tembam..asik makan..makan..makan.. aish! :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jamuan Raya Unit

Hari ni ada jamuan sempena Hari Raya...Semua staf disuruh secara paksa oleh Urusetia untuk pakai baju raya masing-masing dalam majlis ni. So, mulalah semua orang ber'janggok' pagi-pagi Isnin ni..

Semua makanan dibawak oleh semua staf..ala-ala 'pot luck' la kan..ada yg bawak nasi impit,lemang jagung (dibawa khas jauh dari Perak), sambal kacang, kuah lodeh, rendang dan kueh mueh..erm..ape yang saya bawak? :) PP (Penolong Pengarah) diminta untuk men'sponsor' sate sebanyak 200cocok. Hehe..ala..okla tu..nama pun orang bujangkan..hehe..sponsor duit sate ajela.. ("_*)

Mula-mula majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Urusetia Majlis, diikuti dengan ucapan KPPK, En Dzarif , bacaan doa dan seterusnya sesi makan. Selepas sesi makan, sesi bergambar beramai-ramai pulak antara unit di level3. Rasanya sambutan raya tahun ni lebih meriah daripada majlis raya kat district aritu..Mungkin kerana Big Boss kami yang sporting kot..(eleh..melambung-lambung puji big boss). Rasa-rasanya big boss pandai tak baca blog? huhu..

Jom kita layan gambar..


Big Boss bagi ucapan mohor-mohor besar

Bergambar sebelum makan dengan staf level3

UKDL

Ngan Second Boss

Big boss pujaan ramai bersama 3 dara pingitan+ mak budak :P
(awatlah jauh sangat saya dengan bos ni..Malu ah!)

Ok..dah.sambung post yang lain pulak..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tembamkah Saya?? :(

Saya ada masalah ni..sejak 2,3 bulan ni saya selalu saja ditegur dengan member-member saya..mereka cakap saya dah tembam!! Tembamke saya ni?? Argh!! Rasa tension pulak..Harapan after sebulan puasa akan menyusutkan ke'tembam'an saya sia-sia sahaja. Tiada perubahan langsung before dan after Ramadhan..huhu..apa harus saya buat ni? Waaa..waa..


Ini terbukti bila saya upload gambar raya di Facebook..ramai yang komen tentang ke'tembam'an saya sekarang..Tapi masalah saya ialah saya menghadapi ke'tembam'an di bahagian muka saje..Ape perlu saya buat..Ada kate, tembam kat muka cute tapi cute ker??huhu..Ada yang bagi cadangan supaya saya jangan senyum bila bergambar..masalahnya boleh ker saya ni xsenyum bila bergambar?saya nikan pantang bila orang ajak bergambar..mestila akan senyum kambing..huhu..

Ok..mari kita tengok muka saya yang tembam ni..

Tanjung Piai, Pontian

Majlis buka puasa kat Hotel Legend

Apa perlu saya buat ni? Huhu..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yela..yela

Ada member-member dah sindir saya..blog tak aktif berbulan-bulan. hehe..("_*)
yela..yela cik aini..kak amisa..saya aktifkan sekarang..ye..huhu..

tak ade idea la kawan-kawan..huhu..lagi pun saya sibuk..(alasan je)..
tapi saya nak share dengan semua..SAYA SEDANG HAPPY!!

kenapa saya happy? kenapa saya happy? erm..nanti saya bgtau..hehe..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Carca Marba

Bulan ini saya akan berpindah rumah! Mesti penat dan sangat busy..erm..

Bulan ini gak hati saya bercampur baur..kenape? Entah!

Keje? Mcm biasa..xla tersangat busy.Tapi tetap dengan progress report every month untuk SSR MAMPU dan bajet kewangan cawangan.. Dokumen..Laporan..Dokumen..Laporan..Argh! tak pegi site lagi..huhu

ok la..tak tau nak kongsikan ape lagi..harini kepala pening sikit..semalam tak nyenyak tido..asik terjaga kul 2am, 3am, 4am dan 5am..jadi burung antu pulak!
Kepala dah pening bile datang kerja..ngantuk!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Birthday


Sambut birthday beramai-ramai kat opis.Suprise Birthday Party by our staffs .
Thank You! (" _ ")..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kEMBALI LAGI..

Setelah sekian lama mendiamkan diri atau menghilangkan diri dr blog sendiri..hari ini baru aku munculkan diri setelah lebih kurang 5 bulan tenggelam dalam kesibukan tugasan baru di Daerah Segamat..

Bertugas di tempat baru di Segamat banyak tanggungjawab baru yang aku pikul dan aku belajar..Erm..Nanti saje akan aku ceritakan.Tapi, apa yang ingin aku ceritakan atau kongsikan ialah permohonanku untuk bertukar semula ke HQ berjaya. Bermula 15 Januari lepas aku ditugaskan ke Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim (CPUM) di Ibupejabat JKR..Bersyukur dan lega..Kerana aku dapat meneruskan semula Master by Research aku yang sudah tertangguh semenjak aku di Segamat..Alhamdulillah..Moga penghijrahan aku semula ke KL dapat menyelesaikan segala yang tertangguh..Amin..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Oh..Tidakkk...

Pada 29hb Ogos lepas ialah tarikh aku melaporkan diri di JKR Kuala Lumpur..Aku bertolak dari rumah abangku pada awal pagi pukul 7 tapi disebabkan 'jam' kat beberapa tempat..aku sampai di ibu pejabat JKR pada kul 8.40 pagi..Fuh!lewat.Dah penuh dewan dengan orang yang melapor diri..Sesampainya di dalam dewan..lebih kurang pukul 9.15 pagi kami diberi 'briefing' oleh pegawai di bahagian 'admin' untuk mengisi borang2 yang setebal buku..Tebal tu..Proses briefing ini mengambil masa setengah hari dan pembahagian tempat bertugas akan diberitahu pada waktu petang disebabkan hari ini ialah hari Jumaat..Sesi bersambung selepas solat Jumaat.

Selepas solat Jumaat, pembahagian tempat bertugas berlaku..Cuak semua bakal 'pekerja gomen' memikirkan kemanalah tempat yang bakal dicampakkan..Surat tempat bertugas diserahkan..Argh! Puan Nurashikin Zainal Abidin, JKR Negeri Johor! oh tidak!jauhnyer....kenapa ramai yang dapat kat HQ Kl..aku seorang je yang dihantar ker JKR Negeri Johor?Majoriti ditugaskan ke HQ Kl, Kedah, Terengganu dan Kelantan..

Dalam hati..Cit!aku sorang je ker yang dihantar ke JB?kene pindah lagi..adoi..Kepala jadi 'blur' sekejap kerana aku betul-betul tak menyangka akan dihantar ke JB kerana mengikut pegawai admin kat sini..semua engineer baru akan 'stay' di HQ KL at least 1tahun..

Em..nak buat macamane..balik kampunglah nampaknya..Kebetulan aku nak balik ke Pontian sempena Hari Merdeka sekaligus menyambut Ramadhan di kampung..

Pada hari ini,3 September aku melapor diri ke JKR Johor pula di Bukit Timbalan..bertolak pada pukul 7.20pagi..disebabkan 'jam'..aku sampai pada pukul 8.15pagi..Fuh!tak selewat di KL..Nak dipendekkan cerita, aku pun terus melaporkan diri ke Timbalan Pengarah JKR Johor disebabkan Pengarah bercuti hari ini..Setelah menyerahkan surat dari HQ Kl, Timbalan Pengarah memberitahu aku bahawa aku akan dihantar bertugas ke JKR Daerah yang kosong, tiada jurutera iaitu sama ada JKR Pontian atau JKR Segamat. Namun disebabkan aku berasal dari Pontian, adalah tidak digalakkan untuk mereka menghantar aku ke Pontian..takut akan ada 'wujudnya kroni2 yang tak diundang'..Jadi kemungkinan besar aku akan di'campakkan' ke JKR Segamat..Oh Tidaakkkk!!!

Kepala aku 'blur' lagi..Segamat? Takde sape2..takde kawan2..sedara mara..tak biasa dengan Segamat..Adoi...Yang paling beratnya..tiada Jurutera J41 di sana..maka, jika aku dihantar ke sana..bermaksud akulah satu-satunya Jurutera J41 di Segamat!Tiada Senior Engineer..Terus 'direct' ke Jurutera Daerah..Argh!Beratnya tanggungjawab ni..takut sangat2.. :( Projek jalan dan bangunan baru banyak nak 'start' di Segamat..Seolah2 mengalu-alukan kedatangan aku..Tolong.....Macam bola aku dibuatnya..Mula-mula HQ KL..kemudian JKR Johor..dan akhirnya mungkin JKR Segamat? ARGH!!

Terasa macam nak balik ke Shah Alam semula pulak.. :( Huhu...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerja..

29hb ni ialah tarikh aku melapor diri ke JKR, Jalan Sultan Salahuddin sebagai Jurutera (awam) J41. Rasa berdebar hati ni nak memulakan tanggungjawab baru sebagai pekerja kerajaan. Apa nak kene buat ni..adoi...

Bermulanya hidup aku yang baru..Aku nak mencari masa depan aku..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

'Penghijrahan @ Pindah'

Mungkin salah satu faktor perasaan sedih aku ialah mungkin aku akan berpindah ke Kuala Lumpur. Untuk memulakan tanggungjawab yang bakal aku pikul hujung bulan ini. Berat rasa hati nak tinggalkan Shah Alam. 7tahun aku menetap di Shah Alam, bermula dari melanjutkan pelajaran di UiTM sehingga sekarang. Sedih nak tinggalkan rumah sewa dan rakan-rakan serumah. Banyak yang aku pelajari tentang kehidupan apabila duduk sebumbung dengan kawan-kawan yang berlainan negeri dan cara hidup. Yang baik jadikan pengalaman manis dan yang buruk dijadikan iktibar untuk diri sendiri..

Em..Terlalu banyak pengalaman manis dan pahit aku di sini..Erm..kalau nak diceritakan..takkan abis..hehe..Seronok+Sedih+Takut+DLL= Pengalaman Gred A+ :D

Rancangan masa depan sedang bermula..Aku akan susun semula semuanya..Belajar juga diteruskan..Ciayok!

Sedih tinggalkan semua.. :(
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orkid..

Kat MAHA ini jugak ada pameran bunga orkid. Cantik-cantik..Ada yang biasa dilihat dan ada juga yang pelik atau mungkin dikacukkan. Entahla..tapi yang penting cantik sangat!..Semasa kami mengunjungi booth orkid..taukeh bunga tu memberi kami bunga orkid secara percuma!Bestnyer..Banyak lak tu..Hehe..
Aku dan Ayin di pameran Orkid
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAHA 2008

Aku berkunjung ke MAHA 2008 di UPM pada hari terakhir pameran. Fuh!ramai sungguh pengunjung..'jam' dari awal pagi.Berderet-deret kenderaan masuk ke UPM. Bas-bas pun beratur panjang. Aktiviti 2tahun sekali ini tidak dilepaskan oleh orang ramai. Aku kebetulan mengikut 'roomate' aku Nor yang ada menjual produk RnD di sana, Chip Labu yang menang Gold di IID07/08 di UiTM. Terdapat 5 dewan besar yang mempamerkan produk dari hasil tempatan. Hampir kesemua dewan dipenuhi dengan orang yg berpusu-pusu mengunjungi 'booth'. Panas..pening..adoi..tapi seronok! kerana barulah aku tau sebenarnya rakyat Malaysia ni ada potensi dalam bidang perniagaan dan pertanian.Banyak produk-produk baru yang dipamerkan. Yang menarik perhatian aku ialah antaranya ialah frozen nugget dibuat daripada buah-buahan tempatan, ubat batuk roll-on dan banyak lagi yang lain.

Hari terakhir MAHA ini juga merupakan hari lelongan produk oleh peniaga. Riuh-rendah dengan suara peniaga untuk menarik perhatian pembeli untuk membeli barangan mereka..
Ramainya orang..
Roomate dengan product RnD nyer..Pumpkin Chips
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seminar UTM

Ini ialah seminar dan conference yang bakal dihadiri untuk membentangkan paper research. Conference dan seminar ini bakal diadakan pada bulan ini (Ogos) iaitu sekitar 15-18 Ogos di UTM Skudai, Johor.

Seminar ini juga agak mendebarkan kerana ini merupakan seminar Highway and Traffic. Peluang ini akan digunakan sebaik mungkin. InsyaAllah! Cuba!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seminar dan Conference UNITEN

Pada 16-20 June 2008, saya ada menghadiri seminar dan conference yang dianjurkan oleh UNITEN dengan kerjasama daripada Universiti Teknologi Petronas, dan IACT. Seminar International Conference on Construction and Building Technology 2008 (ICCBT2008) ini diadakan di Hotel Season, Kuala Lumpur.

Seminar dan conference ini sangat besar dan sangat bagus. Terdapat ramai peserta yang mengambil bahagian jika dibandingkan dengan seminar di UiTM hari itu. Terdapat peserta dari Jordan, Japan, India, Iran, Singapura, Indonesia, Afrika dan banyak lagi.Semuanya profesional dengan bidang mereka masing2. Terdapat 8 division bagi presentation paper dan saya dijadualkan membentangkan paper research saya pada hari kedua seminar.

Pada conference kali ini, terdapat pengalaman yang tidak dapat saya lupakan iaitu saya berjumpa dengan seorang professor dari Jordan yang sudah mengajar selama 15 tahun berkenaan dengan tajuk research saya ini di University of Jordan. Dan ketika berjumpa denga dengan saya sebelum saya membuat perbentangan, professor Muhamed Obaidat berkata dengan saya; ' Yes, Miss. I come to this seminar just because i want to see u. I just want to see your work and presentation'. Alangkah gemuruhnya saya apabila mendengar hal ini. Manakan tidak, sifu saya ada di depan mata.

Apabila selesai saya membuat pembentangan, Professor Obaidat memberikan beberapa komen berkenaan dengan tajuk research saya ini dan memberikan pendapat untuk 'mencantikkan' lagi methodology yang saya gunakan. Beliau juga meng'offer'kan dirinya untuk menjadi external examiner bagi tajuk saya dan menghulurkan name cardnya untuk kami terus berhubung berkenaan research saya ini. Alangkah bertuahnya saya kerana dapat berjumpa orang yang berpengalaman seperti Proffesor Obaidat.

Terdapat ramai juga yang lain yang sangat 'hustler' dengan highway and traffic samada dari Malaysia atau dari luar negara yang dapat saya jumpa di seminar dan conference ini. Terasa sangat kecil dikalangan mereka. Namun, itulah tujuan advisor saya DR Akram menghantar saya ke seminar ini, untuk build confidence level dan belajar dari pengalaman untuk terus maju dalam bidang masing-masing.

Seminar ICCBT 2008 pada pandangan saya merupakan seminar yang bagus untuk diteruskan kerana terdapat input-input penting dan terkini yang dapat disampaikan di seminar ini.

Satu lagi pengalaman manis semasa melanjutkan Master..Tidak dapat dijualbeli. Pembakar semangat untuk terus maju!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Conference dan Seminar

Pada tahun ini, saya ada menghadiri beberapa seminar dan conference di dalam negara. Tujuan conference dan seminar ini dihadiri ialah untuk berkonsi- kongsi ilmu sesama student Master, PHD dan para profesional yang sama bidang dengan kita. Selain membentuk networking yang baik di antara universiti. Seminar pertama yang dihadiri ialah International Seminar on Civil and Infrastructure Engineering 2008 (ISCIE08). Saya menghantar satu tajuk paper berkenaan dengan tajuk research Master saya, "The Development of fundamental design consistency models on combined horizontal and vertical alignments at Malaysia two-lane rural highways". Seminar ini diadakan pada 11-12 Jun 2008. Seminar ini anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM dan dihadiri oleh peserta2 dari UiTM, USM,UKM, India, Vietnam dan Indonesia. Pada mulanya, amat gementar. Almaklumlah, seminar dan presentation paper yang pertama la katakan. Secara keseluruhannya, perjalanan acara seminar ini agak kelam kabut, mungkin kerana kurang persediaan dari pihak fakulti. Tapi ini merupakan pengalaman pertama menghadiri seminar dan conference.

Presentation talk saya dijadualkan pada hari kedua seminar. Bagi tajuk highway dan traffic engineering division, terdapat lebih kurang 10 peserta bagi setiap sesi. Kebanyakan peserta adalah student PHD dan lecturer. Agak gemuruh juga semasa pembentangan paper saya ini, manakan tidak panel untuk presentation research juga turut hadir dan memberi komen.

Banyak juga maklumat dan pandangan diterima dari orang-orang yang lebih arif berkenaan dengan tajuk research saya ini. Inilah antara kebaikan menghadiri conference dan seminar begini.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS