Kerja..

29hb ni ialah tarikh aku melapor diri ke JKR, Jalan Sultan Salahuddin sebagai Jurutera (awam) J41. Rasa berdebar hati ni nak memulakan tanggungjawab baru sebagai pekerja kerajaan. Apa nak kene buat ni..adoi...

Bermulanya hidup aku yang baru..Aku nak mencari masa depan aku..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

'Penghijrahan @ Pindah'

Mungkin salah satu faktor perasaan sedih aku ialah mungkin aku akan berpindah ke Kuala Lumpur. Untuk memulakan tanggungjawab yang bakal aku pikul hujung bulan ini. Berat rasa hati nak tinggalkan Shah Alam. 7tahun aku menetap di Shah Alam, bermula dari melanjutkan pelajaran di UiTM sehingga sekarang. Sedih nak tinggalkan rumah sewa dan rakan-rakan serumah. Banyak yang aku pelajari tentang kehidupan apabila duduk sebumbung dengan kawan-kawan yang berlainan negeri dan cara hidup. Yang baik jadikan pengalaman manis dan yang buruk dijadikan iktibar untuk diri sendiri..

Em..Terlalu banyak pengalaman manis dan pahit aku di sini..Erm..kalau nak diceritakan..takkan abis..hehe..Seronok+Sedih+Takut+DLL= Pengalaman Gred A+ :D

Rancangan masa depan sedang bermula..Aku akan susun semula semuanya..Belajar juga diteruskan..Ciayok!

Sedih tinggalkan semua.. :(
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orkid..

Kat MAHA ini jugak ada pameran bunga orkid. Cantik-cantik..Ada yang biasa dilihat dan ada juga yang pelik atau mungkin dikacukkan. Entahla..tapi yang penting cantik sangat!..Semasa kami mengunjungi booth orkid..taukeh bunga tu memberi kami bunga orkid secara percuma!Bestnyer..Banyak lak tu..Hehe..
Aku dan Ayin di pameran Orkid
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAHA 2008

Aku berkunjung ke MAHA 2008 di UPM pada hari terakhir pameran. Fuh!ramai sungguh pengunjung..'jam' dari awal pagi.Berderet-deret kenderaan masuk ke UPM. Bas-bas pun beratur panjang. Aktiviti 2tahun sekali ini tidak dilepaskan oleh orang ramai. Aku kebetulan mengikut 'roomate' aku Nor yang ada menjual produk RnD di sana, Chip Labu yang menang Gold di IID07/08 di UiTM. Terdapat 5 dewan besar yang mempamerkan produk dari hasil tempatan. Hampir kesemua dewan dipenuhi dengan orang yg berpusu-pusu mengunjungi 'booth'. Panas..pening..adoi..tapi seronok! kerana barulah aku tau sebenarnya rakyat Malaysia ni ada potensi dalam bidang perniagaan dan pertanian.Banyak produk-produk baru yang dipamerkan. Yang menarik perhatian aku ialah antaranya ialah frozen nugget dibuat daripada buah-buahan tempatan, ubat batuk roll-on dan banyak lagi yang lain.

Hari terakhir MAHA ini juga merupakan hari lelongan produk oleh peniaga. Riuh-rendah dengan suara peniaga untuk menarik perhatian pembeli untuk membeli barangan mereka..
Ramainya orang..
Roomate dengan product RnD nyer..Pumpkin Chips
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seminar UTM

Ini ialah seminar dan conference yang bakal dihadiri untuk membentangkan paper research. Conference dan seminar ini bakal diadakan pada bulan ini (Ogos) iaitu sekitar 15-18 Ogos di UTM Skudai, Johor.

Seminar ini juga agak mendebarkan kerana ini merupakan seminar Highway and Traffic. Peluang ini akan digunakan sebaik mungkin. InsyaAllah! Cuba!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seminar dan Conference UNITEN

Pada 16-20 June 2008, saya ada menghadiri seminar dan conference yang dianjurkan oleh UNITEN dengan kerjasama daripada Universiti Teknologi Petronas, dan IACT. Seminar International Conference on Construction and Building Technology 2008 (ICCBT2008) ini diadakan di Hotel Season, Kuala Lumpur.

Seminar dan conference ini sangat besar dan sangat bagus. Terdapat ramai peserta yang mengambil bahagian jika dibandingkan dengan seminar di UiTM hari itu. Terdapat peserta dari Jordan, Japan, India, Iran, Singapura, Indonesia, Afrika dan banyak lagi.Semuanya profesional dengan bidang mereka masing2. Terdapat 8 division bagi presentation paper dan saya dijadualkan membentangkan paper research saya pada hari kedua seminar.

Pada conference kali ini, terdapat pengalaman yang tidak dapat saya lupakan iaitu saya berjumpa dengan seorang professor dari Jordan yang sudah mengajar selama 15 tahun berkenaan dengan tajuk research saya ini di University of Jordan. Dan ketika berjumpa denga dengan saya sebelum saya membuat perbentangan, professor Muhamed Obaidat berkata dengan saya; ' Yes, Miss. I come to this seminar just because i want to see u. I just want to see your work and presentation'. Alangkah gemuruhnya saya apabila mendengar hal ini. Manakan tidak, sifu saya ada di depan mata.

Apabila selesai saya membuat pembentangan, Professor Obaidat memberikan beberapa komen berkenaan dengan tajuk research saya ini dan memberikan pendapat untuk 'mencantikkan' lagi methodology yang saya gunakan. Beliau juga meng'offer'kan dirinya untuk menjadi external examiner bagi tajuk saya dan menghulurkan name cardnya untuk kami terus berhubung berkenaan research saya ini. Alangkah bertuahnya saya kerana dapat berjumpa orang yang berpengalaman seperti Proffesor Obaidat.

Terdapat ramai juga yang lain yang sangat 'hustler' dengan highway and traffic samada dari Malaysia atau dari luar negara yang dapat saya jumpa di seminar dan conference ini. Terasa sangat kecil dikalangan mereka. Namun, itulah tujuan advisor saya DR Akram menghantar saya ke seminar ini, untuk build confidence level dan belajar dari pengalaman untuk terus maju dalam bidang masing-masing.

Seminar ICCBT 2008 pada pandangan saya merupakan seminar yang bagus untuk diteruskan kerana terdapat input-input penting dan terkini yang dapat disampaikan di seminar ini.

Satu lagi pengalaman manis semasa melanjutkan Master..Tidak dapat dijualbeli. Pembakar semangat untuk terus maju!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Conference dan Seminar

Pada tahun ini, saya ada menghadiri beberapa seminar dan conference di dalam negara. Tujuan conference dan seminar ini dihadiri ialah untuk berkonsi- kongsi ilmu sesama student Master, PHD dan para profesional yang sama bidang dengan kita. Selain membentuk networking yang baik di antara universiti. Seminar pertama yang dihadiri ialah International Seminar on Civil and Infrastructure Engineering 2008 (ISCIE08). Saya menghantar satu tajuk paper berkenaan dengan tajuk research Master saya, "The Development of fundamental design consistency models on combined horizontal and vertical alignments at Malaysia two-lane rural highways". Seminar ini diadakan pada 11-12 Jun 2008. Seminar ini anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM dan dihadiri oleh peserta2 dari UiTM, USM,UKM, India, Vietnam dan Indonesia. Pada mulanya, amat gementar. Almaklumlah, seminar dan presentation paper yang pertama la katakan. Secara keseluruhannya, perjalanan acara seminar ini agak kelam kabut, mungkin kerana kurang persediaan dari pihak fakulti. Tapi ini merupakan pengalaman pertama menghadiri seminar dan conference.

Presentation talk saya dijadualkan pada hari kedua seminar. Bagi tajuk highway dan traffic engineering division, terdapat lebih kurang 10 peserta bagi setiap sesi. Kebanyakan peserta adalah student PHD dan lecturer. Agak gemuruh juga semasa pembentangan paper saya ini, manakan tidak panel untuk presentation research juga turut hadir dan memberi komen.

Banyak juga maklumat dan pandangan diterima dari orang-orang yang lebih arif berkenaan dengan tajuk research saya ini. Inilah antara kebaikan menghadiri conference dan seminar begini.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari- Hari Paling Bermakna


Hari Konvokesyen aku merupakan antara hari- hari yang paling bermakna dalam hidup aku. Ini kerana aku hari bahagia aku dapat dikongsi bersama orang- orang yang tersayang. Antara ahli keluarga yang dapat hadir pada hari Konvokesyen aku ialah papamama, abg long dan kakak ipar, abg fir, abg pai, leman dan teman. Aku harap keluarga aku merasa bangga dengan pencapaian aku setakat ini. InsyaAllah, doakanlah kejayaan aku untuk masa depan.


Selain daripada itu, tergambar kegembiraan di wajah semua kawan-kawan yang turut sama menerima Ijazah pada hari itu. Ada yang terharu dan ada juga yang senyum kegembiraaan. Hasil usaha masing- masing, semuanya dapat menamatkan pengajian mereka. Semoga menjadi Engineer yang berjaya di dunia dan di akhirat...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda

Pada 15 November 2007, aku menerima Ijazah Sarjana Muda dgn Kepujian (Awam), Kelas Pertama pada konvokesyen UiTM. Setelah 2 tahun setengah berpenat lelah study, akhirnya aku berjaya jugak menamatkan pelajaran dengan keputusan yang agak membanggakan. Aku menerima Anugerah Naib Canselor (Mendapat Anugerah Dekan bagi setiap semester). Alhamdulillah..Semua ini berkat doa dan semangat dari papamama, keluarga, kawan2, pensyarah dan org2 terdekat. Terima Kasih Semua!! Harap Ijazah Sarjana dlm Research aku ini dapat aku habiskan dengan jayanya. Amin..

Semasa di dalam Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam bersama Octavia

Bersama-sama kawan2 yang hebat!Hustler tu..

Antara keratan akhbar yang menyiarkan berkenaan hari Konvokesyen (Metro)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orang-Orang Kesayanganku (Part II)

Ini ialah heroin-heroin dalam keluarga kami. Kedua-duanya suka 'melawa'. Pantang ada kamera, akan memberikan pose yang hebat!! Ish2..








A'dzim ....











Ilhan @ Iyan a.k.a Shinchan..








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Orang-Orang Kesayanganku

Ini ialah gambar papa dan mama aku bersama ketujuh-tujuh cucu mereka semasa AidilFitri 2007.

Bukan main suka dan gembira mereka..Yela, baru dapat duit raya 'besar' dari tokpapa dan tokmama.







Ini ialah hero-hero dalam keluarga kami! Harap jadi anak-anak yang berguna pada masa akan datang. Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Si Bujangan

Ini pula anak-anak yang masih bujang; Sulaiman Zainal Abidin (27 Tahun), Nurashikin Zainal Abidin (25 Tahun) dan Mohd Fairuz Zainal Abidin (31 Tahun).

Leman @ Aiman bekerja di Pelabuhan Klang, Abg Pai bekerja sebagai Executive syarikat telekomunikasi manakala aku masih menuntut lagi. Nampaknya Leman akan langkah bendul Abg Pai hujung tahun ini, InsyaAllah.

Manakala kami berdua, aku dan Abg Pai..apabila ditanya bila lagi..jawapan standard ialah 'No Komen, InsyaAllah'..

Abg Pai masih mencari-cari calon isteri..mungkin terlalu memilih dan terlalu sibuk dengan 'promotion' tempat kerjanya. Manakan tidak, dia nakkan perempuan cantik macan model tapi sanggup menjadi suri rumah dan banyak kriteria2 lain yang susah nak dipenuhi..Fuh!Alasan aje tu..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keluarga Mohd Firdaus

Ini ialah keluarga abgku, Mohd Firdaus Zainal Abidin dan isteri Ruzana bersama anak tunggal mereka; Muhammad Ilhan Nadzmi (6 Tahun). Abang Fir bekerja di Affin Bank manakala kakak ipar di Pejabat Tanah JB.

Ilhan, cucu yang paling xmakan saman. Nakal sangat macam Shinchan. Tiap kali balik rumah tokpapa dan tokmama, Ilhan akan ambil mancis untuk membuat 'perun=bakar' di belakang rumah. Kononnya nak tolong tokpapa mengemas laman, tapi sebenarnya makin menyelerakkan laman. Ilhan ni seorang 'boss' pada papa dan mummy dia. Sangat 'jealous' bila papa dan mummy dia bergambar berdua, dia akan menyelit di tengah-tengah. Mummy ilhan selalu cakap, " Kalau Ilhan pakai tudung, muka Yan macam muka Mak Su la". Haha..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keluarga Huzairah

Ini ialah keluarga kakakku, Huzairah Zainal Abidin dan suami Zaiful. Bersama-sama anak-anaknya; Muhammad Qamarul Zafran (8 Tahun) dan Muhammad Qamarul A'dzim (10 Bulan).
Kakak aku seorang guru sekolah menengah manakala abg ipar seorang 'civil engineer' dan 'contractor'.

Zafran ialah cucu kesayangan kedua tokpapa. Cucu yang paling nakal dan paling degil sekali. Zafran, bila di rumah macam gasing berpusing. Tapi bila di sekolah, pendiam sungguh. 'Pijak semut xmati'. Walaupun nakal, dia sangat sayangkan adik azim, tokpapa dan tokmama. Dia juga cucu yang mengambilberat.

A'dzim, anak sedara yang paling muda dalam keluarga. Sangat comel dan putih. Sangat kenal suara Mak Su dia bila Mak Su dia call. Manakan tidak, Mak Su pernah jadi babysitter sementara..Sekarang A'dzim dah tumbuh gigi, tengah sibuk mencari tangan orang utk dijadikan mangsa..Gigit!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keluarga Mohd Yusoff

Ini adalah keluarga abg ngah, Mohd Yusoff Zainal Abidin bersama anak-anaknya, Nee Mastura (14 Tahun) dan Muhammad Haziq Irfan (7 Tahun). Abg Ngah ialah ayah tunggal. Aku respect dia kerana mampu menjaga anak-anaknya seorang diri tanpa bantuan isteri. Dialah 'papa' dan dialah juga 'mama' dalam keluarganya..

Nee Mastura, cucu sulong keluarga kami a.k.a cucu kesayangan pertama tokpapa. Mastura ni seorang yang suka sangat berangan, kuat mengambil gambar sendiri dan menyanyi. Dia juga pantang tengok Mak Su dia cantik sikit. Ada aje yang nak dikomennya.. Biasalah, 'jealous'la tu..

Haziq, anak sedara yang berbadan montel dan comel. Sayang sangat pada papanya, macam 'bestfriend'. Haziq juga bijak dalam matematik, mungkin bakal menjadi 'accountant' bl besar nanti, InsyaAllah. Paling hebat apabila mengira duit! Ish2..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS