J.O.N.G.O.S

J.O.N.G.O.S------- kerana perkataan inilah menyebabkan aku menerima 1 comment dari sesorang yang hanya dirinya dikenali sebagai encik/puan 'anonymous'.

Komen ape? Erm..comment yang PANAS dan PEDAS di sini sehingga aku rasa selaku pemilik blog mengambil keputusan untuk mendelete sahaja comment tersebut.

Antara isi kandungan comment:

Kenapa panggil suami ko jongos, ko tu pun bukan cantik sangat..sesuailah korang berdua.

DANG! PANG! terpana aku membacanya..

Alahan si tukang comment..janganlah sensitif sangat. Terlebih dahulu aku nak minta maaflah sekiranya post aku boleh mengundang kepada ketidakpuasan hati si tukang comment sehingga menyebabkan beliau menulis comment sedemikian..

Keduanya, si penulis blog sedar diri yang diri dia taklah secantik dan secute adik Irene mahupun adik Fatin Liyana mahupun adik L.O.V.E mahupun adik Liliana Mardiana. Adik-adik pembelog tegar tu..tapi
takde niat pulak di dalam hati yang diri ni cantik..Kan si penulis blog penah tulis sebelum ini..pujian tu biarlah dari orang lain..bukan dari mulut sendiri..itu RIAK namanya..

Kepada si tukang comment juga, sekiranya penulisan aku sebelum-sebelum ini ada berunsur bermegah-megah..ianya hanyalah gurauan atau 'acara syiok sendiri' di dalam penulisan blog sahaja..Tak tergerak hati pun nak merasa megah atau riak..al maklum..aku sedar dan ukur badan sendiri..Tetibe rasa sedih..:P

Isu ke'
jongos'an itu juga telah diexplainkan di dalam post tersebut di mana sekali lagi aku nak tekankan di sini bahawa perkataan JONGOS ialah satu gurau-gurau manja di antara si penulis blog dengan suaminya..Tidak ade kene mengena dengan 'unsur-unsur keseriousan' dalam isu ini..Si Suami juga sudah sedia maklum akan hal ini..

Alahai..tak disangka perkata JONGOS itu boleh menimbulkan isu dan mendatangkan ketidakpuasan hati kepada si pembaca dan si tukang komen..

Sorry ye KamuOrang..saya tak serious pun pasal hal
JONGOS..GURAUAN semata-mata.

Mana ade suami i jongos!..kan hensem..suami i kan Tom Kurus! hikhik

(^__^)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 Soksek-Soksek:

ida ahmad said...

jongos or tak jongos.. tom kurus or tom cruise.. suamimu tetap jantung hatimu jua kan...

Eikyn said...

betol betol betol..tetap jadi POJAAN hatiku..:)