communication breakdown...

Perbualan suami isteri versi Utara Selatan

Perbualan mengisahkan tentang adik en suami yg sedang perjalanan balik ke nun utara perlis..

Isteri: Abg..tadi pak anjang call adik..adik dh smpai mana?

Suami: Pak anjang kata adik otw..baru sampai Taiping..

Isteri: Yeke..jauh ke dr Taiping ke sini..tadi dengar pak anjang kata adik lambat sebab dia pg beli SAYUR dulu? Untuk ape beli sayur?

Suami: 3jam rasenya..Sayur? Pak anjang kata adik pegi beli SAYUR?

Isteri: a'ah..sayur dia kata..

Suami terdiam..confuse agaknya..

Suami: Bukan sayur la..sayup..adik kata tadi dia makan sayup..makan lambat..tu yang bertolak lambat dari Bote..

Isteri: Makan sayup? adoi..susah sangatlah bahasa korang...emo!

Si isteri belum sempat qatam bahasa utara lagi..macam itik dengan ayam..Communication Breakdown..

Tak Celuih~ tak muat ye kamuorang..

Contoh ayat; kete myvi saya tak celuih nak isi barang sebab penuh dengan mangga harum manis 60kg pesanan kawan2 opis en suami..
Published with Blogger-droid v1.6.7
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kuala lumpur berjerebu..tp hati abg Salleh berbunga-bunga..

Hai KamuOrang..ape aktiviti harini..aku di nun utara perlis..balik kampung mertua tersayang..penyakitku dtg kembali..bisa perut..peroid tak dtg2 lg..aritu ade la signal sikit..tp hilang pulak..mcm biskut chipsmore..sekejap ada..sekejap takde..jadi runsing dibuatnya..KamuOrang tau tak..ada pernah jd pd Kamuorang tak?sebab perubahan hormon ke..after early misscarriage aritu..? Haish..risaunye hati..

Hah..kamuorang dh tgk x video bakal isteri ke-4 salleh yaacob..ala..pengacara@pelakon@pelawak @ dj radio Sinar fm tu..meleleh air liur lelaki bujang tgk..baru 24 tahun tu..salleh yaacob dh 50 tahun..mesti ramai lelaki pakat2 nk tau petua kawen sampai 4 tp masih boleh hidup dengan harmoninye..

Dengar cita..madu2 dia pun merestui..wohoo..no commentlah pasal benda ni..i xberada di dalam 'kasut' mereka..sape2 yg penah rasa je yg layak comment..eeee...geruuuun...

4..jarang2
3..kadang2
2..alamak..xingat
1..banyak2..

'begitula skrip allahyarham p.ramlee..mcam tau2 aje kan..'

P/s; poligami dibenarkan dalam islam..Rasulullah sendiri mengamalkannya..dan ianya terbukti membahagiakan. .tp sebagai umatnya..cubalah ukur di bdan sendiri..bukan setakat perlu adil nafkah batin..ada lebih dari itu..jgn nampak tang itu aje ye... ;)
Published with Blogger-droid v1.6.7
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I Sahut Cabaran U Ayun Ayunar!

Ceh ceh..bunyi macam nak gaduh tak? Kekekeke..xde la..mana boleh cari gaduh dengan blogger terkenal yang famous dengan inner lapis2 berwarna warni yang muka macam Scha Al-Yahya si Awan Dania tuh! Of course lah tak gaduh..sapalah aku di sisi si ayun ayunar tu...huhuhuh..Follower beribu-ribu..aku? Takde nyer..tak layak pun nak letak Widjet follower kat blog sendiri..wuwuwuwuw...Nama pun blog syiok sendiri...! :P

Kalau KamuOrang tak kenal si Ayun Ayunar ni..Meh aku cer cita sikit pasal dia ni..dia ni salah seorang pembelog tegar di kalangan remaja-remaja yang sukakan fesyen shawl pelik, inner yang berwarna warni berlapis-lapis, suka bermakeup dan yang penting seorang penjual tudung yang HOT dan Kebaboom! Muka macam Scha Al-YAhya tu..tertelan air liur sape yang tengok gmabar dia...dah bertunang ok! Majoriti ape product yang dia jual..selalu Sold Out lah..dia pun jenis yang rajin join booth2 kat Universiti dan Pameran-pameran..So, sape yang penggila shawl tu..mesti kenallah si Ayun Ayunar ni..


Inilah si Ayun Ayunar..si penjual inner lapis2 warna warni tu..

Ok, kali ini aku bukan nak cita pasal product shawl atau inner lapis-lapis berwarna-warni dia tu..tapi aku nak cite pasal CABARAN 30HARI VCO BERSAMA AYUN AYUNAR...Ape tu VCO? Virgin Coconut Oil u oll! Selain si Ayun Ayunar ni...Ada sorang lagi adik comel lote si Irine Nadia yang dah nak kawen tu pun menggunakan VCO ni..

Ini lah si budak Irene yang sibuk dengan preparation kawen die..

Kalo KamuOrang nak tau antara kebaikannya leh la la view si penjual VCO tu..samada si Ayun ataupun si Irene.. Antara kebaikannya ialah untuk kelembapan kulit muka dan dapat mengecutkan jerawat dengan cepat. Selain tu, VCO ni juga dapat menyahtoksid benda2 yang tak elok dari dalam badan dan seterusnya memudahkan sistem pencernaan KamuOrang semua. Bagus juga bagi mereka-mereka yang ada penyakit diabeatis dan sakit dalam perut...Wah..macam si penjual ubat tak?

No..no..aku bukan supplier VCO..aku cuma pengguna VCO..baru aje guna seminggu..kesannya pun belum ketara lagi..harap-harap adalah kesannya..Harga RM39.90 ada 60 kapsul leh tahan untuk 1 bulan.. Kalau KamuOrang nak tau, sejak pregnant sekejap aritu..badan aku ditumbuhi jerawat..tak pernah jadi macam tu..mama aku kata masa dia pregnant dulu pun memang macam tu.. Disebabkan itu..dan kebetulan pulak terbaca blog si adik Irene dan Si Ayun tu..terus aku order dari si Ayun ayunar..Berdasarkan testimoni si pengguna VCO tu..semuanya nampak berkesan aje..tapi mungkin depends pada muka masing-masing kot...Yang ketaranya..tiap2 hari aku kene ke toilet untuk melaburkan sesuatu..sebelum ni 2-3 hari baru nak melabur..so sekarang..dah jadi orang normal la.. :p

Harap-haraplah berkesanlah yep..Meh aku nak tepek gambar hari pertama penggunaan dan seminggu selepasnya...



Hari pertama

Hari ke-6

Hari ke-7

Ok..bye...Saya dah sahut cabaran si ayun ayunar..Doakan keberhasilan saya!! ^_^"


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hair Style yang Mana? Part II

Hai KamuOrang..ceh! Bajet ramai lah yang membaca blog aku ni.. Sementara menunggu report eSPKB diloading ni..meh aku cer cite pasal Hair Style pilihan mengikut keputusan undian..ce ce ceh..macamlah ramai yang undi pun..tak kesahlah nyah..yang penting ado! At least keputusan hairstyle i disokong dek kengkawan blogger semua..

Mengikut keputusan dari undian berikut, Keputusannya ialah...


/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/


Tadaaa! Hair Style Keira Knightley!


Aku pun suka dengan pilihan KamuOrang semua...

TQ ye sebab tolong mengundi!

Dan last week, aku dan suami pun pergilah ke Salon rambut untuk meredeem apa yg telah dijanjikan..

Tempatnya:

Redz Salon & Spa
Shiseido Professional
35, Platinum Walk, Jalan Langkawi, Setapak, KL
012-2888 436
(Hint: Berhadapan dengan Danau Kota Uptown @ Belakang Eon Bank)

Atau

Di 3A, Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, 53300 KL

Untuk sesi potong rambut, cuci, rebonding, treatment 9 steps by using all Shiseido products plus blow ~ range dalam
RM250-RM350. (with 50% discount of treatment hair)

Overall pada aku service dia sangat bagus..cepat, teliti dan mesra. Stylish dia pun professional dan cepat. Dan yang penting diaOrang menggunakan product yang bagus..harap2 tahan lama la kan..Selain tu, sebelum diaOrang buat ape2..DiaOrang akan scan rambut kita dengan menggunakan alat khas untuk check keadaan rambut dan kulit kepala kita secara FREE of CHARGE..Dia bagi consultation free untuk mereka-mereka yang mengalami masalah rambut contohnya rambut gugur, kelemumur dan lain-lain..

So, sapa-sapa yang mau pergi..boleh la ke alamat di atas ye..

Meh kita layan gambar kami otw ke tempat kejadian meh...


Gambar wajib syiok sendiri. Camwhore awwuuu

Si suami isteri yg suka bergambor!

Eh! Mana gambar hasilnya?

Ops! Sorry KamuOrang.. tak boleh dipaparkan di sini..

KamuOrang tengok lah gambar si minah Keira Knightley..Sebijik macam tu hah..cuma panjang sikit la dr si minah cun tu..stylish tu kata sayang kalo potong banyak sangat kalo nak rebonding... Hehehe..tapi aku tak lah cun macam si Keira Knightley tu..i LAGI CUN..ngehngehngeh...Perasantan lah ko EiKyN..!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Movie Tickets by TGV Cinemas...Thank U Nuffnang and TGV Cinemas!!

Hai KamuOrang..selamat pagi..assalamualaikum..wah..macam cikgu sekolah masuk classroom pulak..

Aku baru aje masuk opis dari bercuti semalam..demam..panas betul cuaca sekarang ni..sampaikan terpaksa menggunakan 2 buah kipas di bilik..humidity tinggi la sekarang ni..sampai mengelupas bibir i... :p

KamuOrang nak tau, aku terima email dari encik Nuffnang minggu lepas..Sempena Birthday aku yang akan datang.. May Birthday Girl u oul! Nah..

Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Suprise for Nuffnangers,you've been selected to receive Four (4) complimentary passes for any movie at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

Yeah! Suka betol benda FREE ni... Rezeki rezeki..


Thank u Nuffnang!
Thank u TGV Cinemas
!

Berbaloi-baloi Sign Up as Nuffnanger! Yang paling seronok of course lah si suami yang kaki wayang tu...Tiket free...sapa mau bagi kan... :D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy mother's day mama!

Post kali ini ditujukan khas buat mamaku yang terchenta..PUAN HJH ZAINON..


JASA DAN KASIH SYG MAMA TAK DPT KAMI SEMUA BALAS

HANYA DOA YG TAK PUTUS2 AGAR MAMA SIHAT,MENDAPAT KRBERKATAN ALLAH DAN HAPPY2 SELALU..

WE ALL LOVE U..FOR THE REST OF MY LIFE...MMMUUUUUAH!

Published with Blogger-droid v1.6.7
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

J.O.N.G.O.S

J.O.N.G.O.S------- kerana perkataan inilah menyebabkan aku menerima 1 comment dari sesorang yang hanya dirinya dikenali sebagai encik/puan 'anonymous'.

Komen ape? Erm..comment yang PANAS dan PEDAS di sini sehingga aku rasa selaku pemilik blog mengambil keputusan untuk mendelete sahaja comment tersebut.

Antara isi kandungan comment:

Kenapa panggil suami ko jongos, ko tu pun bukan cantik sangat..sesuailah korang berdua.

DANG! PANG! terpana aku membacanya..

Alahan si tukang comment..janganlah sensitif sangat. Terlebih dahulu aku nak minta maaflah sekiranya post aku boleh mengundang kepada ketidakpuasan hati si tukang comment sehingga menyebabkan beliau menulis comment sedemikian..

Keduanya, si penulis blog sedar diri yang diri dia taklah secantik dan secute adik Irene mahupun adik Fatin Liyana mahupun adik L.O.V.E mahupun adik Liliana Mardiana. Adik-adik pembelog tegar tu..tapi
takde niat pulak di dalam hati yang diri ni cantik..Kan si penulis blog penah tulis sebelum ini..pujian tu biarlah dari orang lain..bukan dari mulut sendiri..itu RIAK namanya..

Kepada si tukang comment juga, sekiranya penulisan aku sebelum-sebelum ini ada berunsur bermegah-megah..ianya hanyalah gurauan atau 'acara syiok sendiri' di dalam penulisan blog sahaja..Tak tergerak hati pun nak merasa megah atau riak..al maklum..aku sedar dan ukur badan sendiri..Tetibe rasa sedih..:P

Isu ke'
jongos'an itu juga telah diexplainkan di dalam post tersebut di mana sekali lagi aku nak tekankan di sini bahawa perkataan JONGOS ialah satu gurau-gurau manja di antara si penulis blog dengan suaminya..Tidak ade kene mengena dengan 'unsur-unsur keseriousan' dalam isu ini..Si Suami juga sudah sedia maklum akan hal ini..

Alahai..tak disangka perkata JONGOS itu boleh menimbulkan isu dan mendatangkan ketidakpuasan hati kepada si pembaca dan si tukang komen..

Sorry ye KamuOrang..saya tak serious pun pasal hal
JONGOS..GURAUAN semata-mata.

Mana ade suami i jongos!..kan hensem..suami i kan Tom Kurus! hikhik

(^__^)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakit rupanya urut tradisional

Hai KamuOrang, selamat hari Khamis..kamu orang puasa ke harini? Saya dah masuk hari ke-2 insyaAllah.. nak membayar puasa tahun lepas.. 7 days to go! Chiayok! Ciayok! Dasar EiKyN..dah nak dekat bulan Syawal baru nak terhegeh-hegeh berhempas pulas bayar puasa. InsyaAllah...Good luck juga pada opismateku si Mama Glam turut berpuasa harini.. 26 days to go bebeh! Penangan beranak dan berpantang di bulan puasa tahun lepas..kekeke..moga-moga tahun ni baby u tak 'terkeluar' awal..kalo tidak..Good Luck in advance for the next year ye.. :P

Ok KamuOrang, semalam selepas berbuka puasa aku dan suami pergi berurut tradisional di Wangsa Maju. Nama dia Kak Long, kawan kepada makcik kami Makcik Ana. Ini kali pertama aku berurut tradisional. Sebelum ni, pernah buat Balinese Massage aje..Aku ingatkan sama aje rasanya..Rupa-Rupanya..Sakit woo! Gila sakit..Seyes!

Mula-mula macam biasalah, sampai aje ke kedai Kak Long ni, dia mintak aku tukar baju..sambil-sambil tu dia tanya la sikit-sikit..tujuan kami datang berurut tradisional harini..Aku pun ceritalah kes aku tu..yela, apa-apa pun dugaan yang kita terima..kita mestilah cuba untuk berubat.Tak kiralah samada cara tradisional atau moden..Yang penting kita USAHA kan.. So, salah satu usaha kami ialah dengan berurut. X)

Berbalik pada cerita aku, pas tukar baju. Aku diminta baring di katil..Kak Long pun start dengan melumur badanku dengan minyak aromaterapy..Pastu dia start urut dari kaki..Mak ai! Sakit betullah..mengeranglah jugak aku..tak dapat nak cover.. Rasa macam dia gune pisau..Tajam betul..Tapi aku tengok dia urut cool je..takde la tekan kuat-kuat..pakai hujung jari je..Tapi sakit dia...kus semangat! Sampai ke urat kepala sakitnya..

Kata Kak Long, urat di kaki aku keras sangat, tegang. Ini menandakan ada masalah berkenaan dengan rahim aku..Kak Long cakap jugak yang badan aku memang banyak sangat angin..hehehe..sampai Kak Long nak terkentut-kentut masa dia tengah urutkan aku..Angin aku di 'transfer' ke badan dia..Nasib-nasib.. Sharing is caring kan..Lepas dia urut bahagian kaki, dia urut pulak bahagian perut tapi untuk bahagian ni dia tak urut banyak sangat sebab dia kata memandangkan aku baru 1st time berurut, jadi dia tak boleh nak urut banyak-banyak sangat kat bahagian ni..Takut demam urat katanya. Kak Long urut dari kaki..ke kepala dan pergi ke kaki semula..

Seluruh badan diurut..kira-kira 2 jam jugaklah. Lama jugaklah bagi aku yang tak tahan sakit..terasa macam 5 jam! hehehe..Kak Long kata badan aku keras..kene rajin berurut..sebab banyak sangat angin dalam badan.. Patutlah aku selalu kentut! Abis si suami kene bom setiap malam..hikhikhik..Alasan!

Abis aje sesi berurut, rasa lega sangat badan ni..ringan aje..InsyaAllah..kene datang lagi berurut selepas ni..Kak Long kata berurut juga boleh buat kita awet muda! So apalagi kamuOrang.. pegila berurut.. :)

# Si EiKyN kene pantang makan makanan sejuk selepas ini untuk kurangkan angin dalam badan
# Si EiKyN juga perlu simpan sebahagian duit bulanannya sikit untuk sesi mengurut sebab bukan murah ye rege upah mengurut di KL.
# Si EiKyN dan suami takkan putus asa berusaha untuk mendapatkan chenta hati kami..KamuOrang doakan kami juga ye..
# Usaha usaha usaha..yang penting kita dah usaha.. :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan TAR itu HEAVEN for SHOPPING

KamuOrang ada baca tak pasal post aku yang ini. Pasal aku dah ketaq lutut nak bershopping sakan tu walaupun duit taklah sebanyak mana pun.. Even duit cume tinggal nyawa-nyawa ikan, tangan ni masih berani mengelik-ngelik online shop yang ada..tak kesahlah di FB mahupun di blog-blog..Sanggup tu aku meng'blog hopping' disebabkan sindrom ketaq lutut aku tu..memang sah demam..memang tak dapat diselamatkan..Ubatnya cuma satu..iaitu SHOPPING!..ngehngehngeh...

Kalo kamuOrang nak tau, antara shopping blog online yang menarik perhatian aku ialah di sini. Banyak lagi sebenarnya online shopping blog yang aku suka jengah..tapi nanti-nantilah aku bagi link ye..Memandangkan aku sudah ketandusan baju dan seluar untuk jalan-jalan..aku pun usha-ushalah baju-baju di sini.. Antara yang menarik perhatian ialah:



Simple je..yang penting..xperlu iron..kekeke

Yang ini pun smart..wane khakis..

Rege dalam RM40-RM45 sehelai!

Nak dipendekkan cerita, kami suami isteri menemani papamama dan makcik-makcikku ke Sogo dan Jalan TAR. Sendat dan padatnya Sogo di hujung minggu, ditambah lagi dengan cuti panjang sempena Labour Day..Semua orang berpusu-pusu nak mendermakan duit diaOrang di Sogo. hehehe..Aku cuma dapat belikan T-shirt dan kemeja untuk suami terchenta..

Selepas diaOrang dah selesai berwindow shopping di Sogo, kitaOrang melintas jalan menyusuri kedai-kedai di Jalan TAR pulak..Korang tau tak apa yang aku dapat? Aku dapat beli seluar-seluar di atas dengan rege yang jauh lebih murah..dengan hanya
RM10-RM15 sehelai! Berbaloi-baloi!

Seronok gila dapat beli barang murah! Bukan tu aje..kami anak dan emak memborong 7 helai inner kualiti baik berbagai warna yang mana regenya hanya RM12 sehelai..Selalunya kat mana-mana kedai yang aku usha..rege standard Rm15 sehelai..kat JB lagila kan..So, aku rase berbaloi-baloi la beli kat sini..Senyum sampai ke telinga la aku bila dapat beli barang murah..heee..

ok bye! nanti lah sambung..en suami dah tunggu di bawah..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mak belalang ~muka kecik cermin mata besor

Saje je nk post blog via Samsung galaxy s aku yg super hebat ni..hehehe..dah lama tak gune sbb bagi chan kat en suami guna.


Ok...aku otw nak pg wat facial yg dah lama ditangguhkan..bui..bui..:-)
Published with Blogger-droid v1.6.7
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Royal Wedding- Ermm..Naa..

Arini sangat heboh orang memperkatakan pasal Royal Wedding Prince William And Kate..Ada yang sanggup amik cuti semata-mata mau tonton Wedding of the year secara live kat NTV7..

Ala..takde pulak tv kat opis ni..so..melepaslah aku nak tengok...meleleh air liur.. :p..Bestnyer dapat kawen dengan putera raja..rasa-rasanya setiap gadis memang mengimpikan untuk kawen dengan putera raja kan..ala..sebab terpengaruh dengan cite-cite dongeng mase kecik-kecik dulu..Alangkah bestnye kalo ianya menjadi kenyataan..Woowee...Bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia sapelah tau...maksudnya, memang sungguh bertuahlah si Kate tu sebab dapat jadi Princess of Britain menggantikan mendiang Lady D.. Kalo lah aku dapat kawen dengan putera raja..Oh....seronoknyeh! (udah-udahlah ko berangan puan eikyn..ko dah 5 bulan kawen dengan si putera raja jongos tu..so xpayahlah nak berangan lama-lama..)

Bila orang sibuk-sibuk pasal The Royal Wedding ni..aku pun layan la jugak membelek-belek gambar kawen aku..hehehe..syiok ooo tengok gambar kawen..sukeee tau..

Kali ni aku nak cite pasal tema majlis kawen aku yang bukan royal wedding mahupun wedding of the year tu.. tema aku actually ialah hijau puteh..hijau yang aku teringin sangat nak ialah hijau lumut..Kenapa? sebab aku rasa..jarang-jarang sangat majlis orang melayu yang buat tema hijau lumut..selalunya hijau terang, hijau daun pisang atau hijau gelap ala-ala bendera PAS tu..So, aku rasa mesti cantik kalo tema hijau lumut tu dibuat untuk majlis kawen aku..ditambah lagi dengan cadangan oleh kak Satri pemilik Satri's Anggun, pemilik butik baju sanding aku..dia pun setuju kalo tema hijau lumut tu akan membuatkan sesebuah majlis tu nampak lebih menawan..lebih-lebih lagi kalo majlis resepsi di buat di dewan yang ruangannya besar dan luas... Korang dapat bayangkan tak warna hijau lumut ni?



ha..macam ni la..memang suka la warna hijau lumut ni..nampak fresh and simple je..
credit to danielzain photographer


Tapi impian aku tak tercapai..Sedey!..sama juga macam impian aku nk kawen dengan putera raja..(tui!)..sebab tiada warna hijau lumut dalam koleksi si katerer..hampa! Aku cuba bertanyakan pada mak andam Merlang Bridal manalah tau diorang ada alas kerusi dan meja warna ni..tetap takde...:( Kalau nak sewa dari KL, mahal pulak..

Akhirnya, aku terpaksa redha ajelah..maka..jadilah tema perkahwinan aku hijau daun pisang dan puteh..Nasiblah, asalkan hijau sudah... maka terhasillah..




Cantik tak? :p
Cantik jugak kan..Oh, abaikan background yang tidak dicat itu yer..untuk pengetahuan, dewan ni baru je direnovate..so aku ialah pengantin pertama yang menggunakan dewan ni ..maka cat background pun takde..hihihi. tapi dalam gambar..semua dah di edit oleh en photographer.So..Cun!



Meja Vip..

Walaupun majlis aku bukanlah Royal Wedding atau Wedding of the Year..tapi aku sangat-sangat bersyukur sebab apa yang dirancang semuanya berjalan lancar...Alhamdulillah..

'Sederhana tapi Meriah'- that's the keyword..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku ada..ko ada?

Hehehe..macam bunyi nak gaduh tak?

Bukan..bukan..bukan sesi luahan emo ye kengkawan..takmo..takmo..takmo emo ..









Haa..ini lah dia..
bukan..bukan..aku bukan pegi klinik scan perut ..bukan..bukan
bukan juga ajak doktor datang rumah..bukan juga ye..







tapi....

















yes...Dr M in the house yo!
walaupun dah terlewat..at least aku sudah ada..yehuuu....!
buku ni baru je kami beli di Carrefour Wan gsaMaju semalam..memandangkan en suami teringin sangat untuk membaca buku ni..RM100 rege dia..so apa lagi..dia pun terus rembat la!En suami pernah baca buku ni tapi bos dia punye..so seganlah dia nak pinjam.. :p

Balik je dari Carrefour, aku pun selak-selaklah sikit buku ni..menarik juga isi dia..tp nampaknya ramai pulak yang berminat nak membacanya di rumah..So kenelah take turn..Orang yang pertama dah booked dulu of courselah papa aku..! Malam semalam aje dia dah pegang..alamatnya orang lain jangan kacaulah..anak-anak dia dah sedia maklum..menantu apela lagi..lagi la tak berani nak pegang..walaupun buku tu milik si menantu..kekeke..

Walau apa pun..rasa excited nak selak-selak dan baca buku ni..Tokoh Malaysia kan..mana tau, boleh dijadikan sumber inspirasi! Jangan jadi inspiBASI sudah..! :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dialog Suami Isteri versi lawak 18sx

Just nak share lawak yang aku baca dari funnyorfact kat twitter aku-Eikyn Zainal

#1:

Wife: Hubby, i want u to whisper dirty things in my ear..
Husband: Kitchen, living room, dinning room..
Wife: Errk!

#2:

Wife: Hubby, if i become fat and ugly..will u leave me?
Husband: *laughing*
Wife: Why?
Husband:
I'm still here aren't i?
Wife: !@#$%^&&*****()_+!!

#3:

Husband: Why do u watch cooking shows? You never cook well as they do.
Wife: Why u watch porn then?
Husband: Erkk!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila dah bergaduh macam hanjing! Mulalah serba salah..Syurga di bawah keredhaan Suami la EiKyN oi!


Tajuk pun dah menjelaskan cerita..Uwaaa..
Sorry abang..Saya memang degil dan tak bersyukur.. :'(





Sorry abang, sebab tampal gambar jongos abang juge kat sini.. :p

I'm Sorry!

Sebab bergaduh macam hanjing, nanti-nantilah aku cite..(kalo xmalu la nak share)..rasa bersalah pun tak hilang lagi..tapi tetap susah nak say sorry bila depan-depan..Ko memang degil, EiKyN!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah... Part 2

Kalau korang pernah baca post aku yang ini ...aku ada lah wat post LUAHAN PERASAAN EMO kepada seseorang ni..sekarang aku nak cakap syukur ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah kerana dengan izin ALLAH dan bantuan seseorang (memandangkan dia pun ada wat sesi luahan perasaan :p), rasa ketidakpuasan hati aku selama ini dapat disampaikan kepada si empunya diri..Alhamdulillah..bukan aku tak mau cakap sendiri..yela..masing-masing ada cara masing-masing untuk menyampaikan message ketidakpuasan ati tu..mungkin sesetengah orang boleh cakap direct je dengan si empunya badan..mungkin sesetengah orang tak boleh cakap direct...kes aku..aku memang tak mampu bercakap direct sebab aku takut kalau aku cakap direct, ianya akan lebih merumitkan keadaan..yela..aku ni kalo tengah panas, cakap memang keras..ada pulak kalo aku cakap direct, menangis teresak-esak pulak si empunya badan..so, jalan terbaik..diamkan diri..

Niat dihati bukan nak bermusuhan..tapi untuk memperbetulkan keadaan. 'Tidak semua benda yang kita buat, orang lain selesa dan suka. Tidak semua
statement yang kita cakap, orang lain boleh terima dengan hati yang terbuka..lebih-lebih lagi bab-bab hal yang sensitif.. Pendek kata, sebelum bercakap or buat apa-apa pun, cermin diri dan lihat orang-orang sekeliling.. Jangan sampai niat kita disalah ertikan dan membuka pekung di dada.'

Dari sudut hati aku, aku bersyukur sangat-sangat bila hal ini sedikit sebanyak dapat dirungkai..aku harap hal remeh temeh ni tak perlulah dipanjang-panjangkan..masing-masing dah cukup matang nak menilai mana yang baik, mana yang buruk..Yang penting..kita semua perlu berusaha nak memperbaiki kelemahan masing-masing..lagipun hidup ni tidak sepanjang mana, dunia ni pun bukan sebesar mana..'

Alhamdulillah..Semoga Allah mempermudahkan
niat baik ini..


P/s: Kepada seseorang, tak perlu segan ..aku dah lama maafkan sekiranya ada kesalahan dari pihak kamu..Sama-sama kita berubah menjadi yang lebih baik..Kadang-kadang memang kita tak perasan dan tak sengaja..So, jadikan pengajaran kepada semua..

Aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada kawanku yang seorang ini sebab tolong sampaikan bagi pihak aku.. Tq ye.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS