Alhamdulillah... Part 2

Kalau korang pernah baca post aku yang ini ...aku ada lah wat post LUAHAN PERASAAN EMO kepada seseorang ni..sekarang aku nak cakap syukur ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah kerana dengan izin ALLAH dan bantuan seseorang (memandangkan dia pun ada wat sesi luahan perasaan :p), rasa ketidakpuasan hati aku selama ini dapat disampaikan kepada si empunya diri..Alhamdulillah..bukan aku tak mau cakap sendiri..yela..masing-masing ada cara masing-masing untuk menyampaikan message ketidakpuasan ati tu..mungkin sesetengah orang boleh cakap direct je dengan si empunya badan..mungkin sesetengah orang tak boleh cakap direct...kes aku..aku memang tak mampu bercakap direct sebab aku takut kalau aku cakap direct, ianya akan lebih merumitkan keadaan..yela..aku ni kalo tengah panas, cakap memang keras..ada pulak kalo aku cakap direct, menangis teresak-esak pulak si empunya badan..so, jalan terbaik..diamkan diri..

Niat dihati bukan nak bermusuhan..tapi untuk memperbetulkan keadaan. 'Tidak semua benda yang kita buat, orang lain selesa dan suka. Tidak semua
statement yang kita cakap, orang lain boleh terima dengan hati yang terbuka..lebih-lebih lagi bab-bab hal yang sensitif.. Pendek kata, sebelum bercakap or buat apa-apa pun, cermin diri dan lihat orang-orang sekeliling.. Jangan sampai niat kita disalah ertikan dan membuka pekung di dada.'

Dari sudut hati aku, aku bersyukur sangat-sangat bila hal ini sedikit sebanyak dapat dirungkai..aku harap hal remeh temeh ni tak perlulah dipanjang-panjangkan..masing-masing dah cukup matang nak menilai mana yang baik, mana yang buruk..Yang penting..kita semua perlu berusaha nak memperbaiki kelemahan masing-masing..lagipun hidup ni tidak sepanjang mana, dunia ni pun bukan sebesar mana..'

Alhamdulillah..Semoga Allah mempermudahkan
niat baik ini..


P/s: Kepada seseorang, tak perlu segan ..aku dah lama maafkan sekiranya ada kesalahan dari pihak kamu..Sama-sama kita berubah menjadi yang lebih baik..Kadang-kadang memang kita tak perasan dan tak sengaja..So, jadikan pengajaran kepada semua..

Aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada kawanku yang seorang ini sebab tolong sampaikan bagi pihak aku.. Tq ye.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Soksek-Soksek: