J.O.N.G.O.S

J.O.N.G.O.S------- kerana perkataan inilah menyebabkan aku menerima 1 comment dari sesorang yang hanya dirinya dikenali sebagai encik/puan 'anonymous'.

Komen ape? Erm..comment yang PANAS dan PEDAS di sini sehingga aku rasa selaku pemilik blog mengambil keputusan untuk mendelete sahaja comment tersebut.

Antara isi kandungan comment:

Kenapa panggil suami ko jongos, ko tu pun bukan cantik sangat..sesuailah korang berdua.

DANG! PANG! terpana aku membacanya..

Alahan si tukang comment..janganlah sensitif sangat. Terlebih dahulu aku nak minta maaflah sekiranya post aku boleh mengundang kepada ketidakpuasan hati si tukang comment sehingga menyebabkan beliau menulis comment sedemikian..

Keduanya, si penulis blog sedar diri yang diri dia taklah secantik dan secute adik Irene mahupun adik Fatin Liyana mahupun adik L.O.V.E mahupun adik Liliana Mardiana. Adik-adik pembelog tegar tu..tapi
takde niat pulak di dalam hati yang diri ni cantik..Kan si penulis blog penah tulis sebelum ini..pujian tu biarlah dari orang lain..bukan dari mulut sendiri..itu RIAK namanya..

Kepada si tukang comment juga, sekiranya penulisan aku sebelum-sebelum ini ada berunsur bermegah-megah..ianya hanyalah gurauan atau 'acara syiok sendiri' di dalam penulisan blog sahaja..Tak tergerak hati pun nak merasa megah atau riak..al maklum..aku sedar dan ukur badan sendiri..Tetibe rasa sedih..:P

Isu ke'
jongos'an itu juga telah diexplainkan di dalam post tersebut di mana sekali lagi aku nak tekankan di sini bahawa perkataan JONGOS ialah satu gurau-gurau manja di antara si penulis blog dengan suaminya..Tidak ade kene mengena dengan 'unsur-unsur keseriousan' dalam isu ini..Si Suami juga sudah sedia maklum akan hal ini..

Alahai..tak disangka perkata JONGOS itu boleh menimbulkan isu dan mendatangkan ketidakpuasan hati kepada si pembaca dan si tukang komen..

Sorry ye KamuOrang..saya tak serious pun pasal hal
JONGOS..GURAUAN semata-mata.

Mana ade suami i jongos!..kan hensem..suami i kan Tom Kurus! hikhik

(^__^)v

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakit rupanya urut tradisional

Hai KamuOrang, selamat hari Khamis..kamu orang puasa ke harini? Saya dah masuk hari ke-2 insyaAllah.. nak membayar puasa tahun lepas.. 7 days to go! Chiayok! Ciayok! Dasar EiKyN..dah nak dekat bulan Syawal baru nak terhegeh-hegeh berhempas pulas bayar puasa. InsyaAllah...Good luck juga pada opismateku si Mama Glam turut berpuasa harini.. 26 days to go bebeh! Penangan beranak dan berpantang di bulan puasa tahun lepas..kekeke..moga-moga tahun ni baby u tak 'terkeluar' awal..kalo tidak..Good Luck in advance for the next year ye.. :P

Ok KamuOrang, semalam selepas berbuka puasa aku dan suami pergi berurut tradisional di Wangsa Maju. Nama dia Kak Long, kawan kepada makcik kami Makcik Ana. Ini kali pertama aku berurut tradisional. Sebelum ni, pernah buat Balinese Massage aje..Aku ingatkan sama aje rasanya..Rupa-Rupanya..Sakit woo! Gila sakit..Seyes!

Mula-mula macam biasalah, sampai aje ke kedai Kak Long ni, dia mintak aku tukar baju..sambil-sambil tu dia tanya la sikit-sikit..tujuan kami datang berurut tradisional harini..Aku pun ceritalah kes aku tu..yela, apa-apa pun dugaan yang kita terima..kita mestilah cuba untuk berubat.Tak kiralah samada cara tradisional atau moden..Yang penting kita USAHA kan.. So, salah satu usaha kami ialah dengan berurut. X)

Berbalik pada cerita aku, pas tukar baju. Aku diminta baring di katil..Kak Long pun start dengan melumur badanku dengan minyak aromaterapy..Pastu dia start urut dari kaki..Mak ai! Sakit betullah..mengeranglah jugak aku..tak dapat nak cover.. Rasa macam dia gune pisau..Tajam betul..Tapi aku tengok dia urut cool je..takde la tekan kuat-kuat..pakai hujung jari je..Tapi sakit dia...kus semangat! Sampai ke urat kepala sakitnya..

Kata Kak Long, urat di kaki aku keras sangat, tegang. Ini menandakan ada masalah berkenaan dengan rahim aku..Kak Long cakap jugak yang badan aku memang banyak sangat angin..hehehe..sampai Kak Long nak terkentut-kentut masa dia tengah urutkan aku..Angin aku di 'transfer' ke badan dia..Nasib-nasib.. Sharing is caring kan..Lepas dia urut bahagian kaki, dia urut pulak bahagian perut tapi untuk bahagian ni dia tak urut banyak sangat sebab dia kata memandangkan aku baru 1st time berurut, jadi dia tak boleh nak urut banyak-banyak sangat kat bahagian ni..Takut demam urat katanya. Kak Long urut dari kaki..ke kepala dan pergi ke kaki semula..

Seluruh badan diurut..kira-kira 2 jam jugaklah. Lama jugaklah bagi aku yang tak tahan sakit..terasa macam 5 jam! hehehe..Kak Long kata badan aku keras..kene rajin berurut..sebab banyak sangat angin dalam badan.. Patutlah aku selalu kentut! Abis si suami kene bom setiap malam..hikhikhik..Alasan!

Abis aje sesi berurut, rasa lega sangat badan ni..ringan aje..InsyaAllah..kene datang lagi berurut selepas ni..Kak Long kata berurut juga boleh buat kita awet muda! So apalagi kamuOrang.. pegila berurut.. :)

# Si EiKyN kene pantang makan makanan sejuk selepas ini untuk kurangkan angin dalam badan
# Si EiKyN juga perlu simpan sebahagian duit bulanannya sikit untuk sesi mengurut sebab bukan murah ye rege upah mengurut di KL.
# Si EiKyN dan suami takkan putus asa berusaha untuk mendapatkan chenta hati kami..KamuOrang doakan kami juga ye..
# Usaha usaha usaha..yang penting kita dah usaha.. :)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan TAR itu HEAVEN for SHOPPING

KamuOrang ada baca tak pasal post aku yang ini. Pasal aku dah ketaq lutut nak bershopping sakan tu walaupun duit taklah sebanyak mana pun.. Even duit cume tinggal nyawa-nyawa ikan, tangan ni masih berani mengelik-ngelik online shop yang ada..tak kesahlah di FB mahupun di blog-blog..Sanggup tu aku meng'blog hopping' disebabkan sindrom ketaq lutut aku tu..memang sah demam..memang tak dapat diselamatkan..Ubatnya cuma satu..iaitu SHOPPING!..ngehngehngeh...

Kalo kamuOrang nak tau, antara shopping blog online yang menarik perhatian aku ialah di sini. Banyak lagi sebenarnya online shopping blog yang aku suka jengah..tapi nanti-nantilah aku bagi link ye..Memandangkan aku sudah ketandusan baju dan seluar untuk jalan-jalan..aku pun usha-ushalah baju-baju di sini.. Antara yang menarik perhatian ialah:



Simple je..yang penting..xperlu iron..kekeke

Yang ini pun smart..wane khakis..

Rege dalam RM40-RM45 sehelai!

Nak dipendekkan cerita, kami suami isteri menemani papamama dan makcik-makcikku ke Sogo dan Jalan TAR. Sendat dan padatnya Sogo di hujung minggu, ditambah lagi dengan cuti panjang sempena Labour Day..Semua orang berpusu-pusu nak mendermakan duit diaOrang di Sogo. hehehe..Aku cuma dapat belikan T-shirt dan kemeja untuk suami terchenta..

Selepas diaOrang dah selesai berwindow shopping di Sogo, kitaOrang melintas jalan menyusuri kedai-kedai di Jalan TAR pulak..Korang tau tak apa yang aku dapat? Aku dapat beli seluar-seluar di atas dengan rege yang jauh lebih murah..dengan hanya
RM10-RM15 sehelai! Berbaloi-baloi!

Seronok gila dapat beli barang murah! Bukan tu aje..kami anak dan emak memborong 7 helai inner kualiti baik berbagai warna yang mana regenya hanya RM12 sehelai..Selalunya kat mana-mana kedai yang aku usha..rege standard Rm15 sehelai..kat JB lagila kan..So, aku rase berbaloi-baloi la beli kat sini..Senyum sampai ke telinga la aku bila dapat beli barang murah..heee..

ok bye! nanti lah sambung..en suami dah tunggu di bawah..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mak belalang ~muka kecik cermin mata besor

Saje je nk post blog via Samsung galaxy s aku yg super hebat ni..hehehe..dah lama tak gune sbb bagi chan kat en suami guna.


Ok...aku otw nak pg wat facial yg dah lama ditangguhkan..bui..bui..:-)
Published with Blogger-droid v1.6.7
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Royal Wedding- Ermm..Naa..

Arini sangat heboh orang memperkatakan pasal Royal Wedding Prince William And Kate..Ada yang sanggup amik cuti semata-mata mau tonton Wedding of the year secara live kat NTV7..

Ala..takde pulak tv kat opis ni..so..melepaslah aku nak tengok...meleleh air liur.. :p..Bestnyer dapat kawen dengan putera raja..rasa-rasanya setiap gadis memang mengimpikan untuk kawen dengan putera raja kan..ala..sebab terpengaruh dengan cite-cite dongeng mase kecik-kecik dulu..Alangkah bestnye kalo ianya menjadi kenyataan..Woowee...Bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia sapelah tau...maksudnya, memang sungguh bertuahlah si Kate tu sebab dapat jadi Princess of Britain menggantikan mendiang Lady D.. Kalo lah aku dapat kawen dengan putera raja..Oh....seronoknyeh! (udah-udahlah ko berangan puan eikyn..ko dah 5 bulan kawen dengan si putera raja jongos tu..so xpayahlah nak berangan lama-lama..)

Bila orang sibuk-sibuk pasal The Royal Wedding ni..aku pun layan la jugak membelek-belek gambar kawen aku..hehehe..syiok ooo tengok gambar kawen..sukeee tau..

Kali ni aku nak cite pasal tema majlis kawen aku yang bukan royal wedding mahupun wedding of the year tu.. tema aku actually ialah hijau puteh..hijau yang aku teringin sangat nak ialah hijau lumut..Kenapa? sebab aku rasa..jarang-jarang sangat majlis orang melayu yang buat tema hijau lumut..selalunya hijau terang, hijau daun pisang atau hijau gelap ala-ala bendera PAS tu..So, aku rasa mesti cantik kalo tema hijau lumut tu dibuat untuk majlis kawen aku..ditambah lagi dengan cadangan oleh kak Satri pemilik Satri's Anggun, pemilik butik baju sanding aku..dia pun setuju kalo tema hijau lumut tu akan membuatkan sesebuah majlis tu nampak lebih menawan..lebih-lebih lagi kalo majlis resepsi di buat di dewan yang ruangannya besar dan luas... Korang dapat bayangkan tak warna hijau lumut ni?



ha..macam ni la..memang suka la warna hijau lumut ni..nampak fresh and simple je..
credit to danielzain photographer


Tapi impian aku tak tercapai..Sedey!..sama juga macam impian aku nk kawen dengan putera raja..(tui!)..sebab tiada warna hijau lumut dalam koleksi si katerer..hampa! Aku cuba bertanyakan pada mak andam Merlang Bridal manalah tau diorang ada alas kerusi dan meja warna ni..tetap takde...:( Kalau nak sewa dari KL, mahal pulak..

Akhirnya, aku terpaksa redha ajelah..maka..jadilah tema perkahwinan aku hijau daun pisang dan puteh..Nasiblah, asalkan hijau sudah... maka terhasillah..




Cantik tak? :p
Cantik jugak kan..Oh, abaikan background yang tidak dicat itu yer..untuk pengetahuan, dewan ni baru je direnovate..so aku ialah pengantin pertama yang menggunakan dewan ni ..maka cat background pun takde..hihihi. tapi dalam gambar..semua dah di edit oleh en photographer.So..Cun!



Meja Vip..

Walaupun majlis aku bukanlah Royal Wedding atau Wedding of the Year..tapi aku sangat-sangat bersyukur sebab apa yang dirancang semuanya berjalan lancar...Alhamdulillah..

'Sederhana tapi Meriah'- that's the keyword..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku ada..ko ada?

Hehehe..macam bunyi nak gaduh tak?

Bukan..bukan..bukan sesi luahan emo ye kengkawan..takmo..takmo..takmo emo ..









Haa..ini lah dia..
bukan..bukan..aku bukan pegi klinik scan perut ..bukan..bukan
bukan juga ajak doktor datang rumah..bukan juga ye..







tapi....

















yes...Dr M in the house yo!
walaupun dah terlewat..at least aku sudah ada..yehuuu....!
buku ni baru je kami beli di Carrefour Wan gsaMaju semalam..memandangkan en suami teringin sangat untuk membaca buku ni..RM100 rege dia..so apa lagi..dia pun terus rembat la!En suami pernah baca buku ni tapi bos dia punye..so seganlah dia nak pinjam.. :p

Balik je dari Carrefour, aku pun selak-selaklah sikit buku ni..menarik juga isi dia..tp nampaknya ramai pulak yang berminat nak membacanya di rumah..So kenelah take turn..Orang yang pertama dah booked dulu of courselah papa aku..! Malam semalam aje dia dah pegang..alamatnya orang lain jangan kacaulah..anak-anak dia dah sedia maklum..menantu apela lagi..lagi la tak berani nak pegang..walaupun buku tu milik si menantu..kekeke..

Walau apa pun..rasa excited nak selak-selak dan baca buku ni..Tokoh Malaysia kan..mana tau, boleh dijadikan sumber inspirasi! Jangan jadi inspiBASI sudah..! :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dialog Suami Isteri versi lawak 18sx

Just nak share lawak yang aku baca dari funnyorfact kat twitter aku-Eikyn Zainal

#1:

Wife: Hubby, i want u to whisper dirty things in my ear..
Husband: Kitchen, living room, dinning room..
Wife: Errk!

#2:

Wife: Hubby, if i become fat and ugly..will u leave me?
Husband: *laughing*
Wife: Why?
Husband:
I'm still here aren't i?
Wife: !@#$%^&&*****()_+!!

#3:

Husband: Why do u watch cooking shows? You never cook well as they do.
Wife: Why u watch porn then?
Husband: Erkk!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila dah bergaduh macam hanjing! Mulalah serba salah..Syurga di bawah keredhaan Suami la EiKyN oi!


Tajuk pun dah menjelaskan cerita..Uwaaa..
Sorry abang..Saya memang degil dan tak bersyukur.. :'(





Sorry abang, sebab tampal gambar jongos abang juge kat sini.. :p

I'm Sorry!

Sebab bergaduh macam hanjing, nanti-nantilah aku cite..(kalo xmalu la nak share)..rasa bersalah pun tak hilang lagi..tapi tetap susah nak say sorry bila depan-depan..Ko memang degil, EiKyN!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah... Part 2

Kalau korang pernah baca post aku yang ini ...aku ada lah wat post LUAHAN PERASAAN EMO kepada seseorang ni..sekarang aku nak cakap syukur ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah kerana dengan izin ALLAH dan bantuan seseorang (memandangkan dia pun ada wat sesi luahan perasaan :p), rasa ketidakpuasan hati aku selama ini dapat disampaikan kepada si empunya diri..Alhamdulillah..bukan aku tak mau cakap sendiri..yela..masing-masing ada cara masing-masing untuk menyampaikan message ketidakpuasan ati tu..mungkin sesetengah orang boleh cakap direct je dengan si empunya badan..mungkin sesetengah orang tak boleh cakap direct...kes aku..aku memang tak mampu bercakap direct sebab aku takut kalau aku cakap direct, ianya akan lebih merumitkan keadaan..yela..aku ni kalo tengah panas, cakap memang keras..ada pulak kalo aku cakap direct, menangis teresak-esak pulak si empunya badan..so, jalan terbaik..diamkan diri..

Niat dihati bukan nak bermusuhan..tapi untuk memperbetulkan keadaan. 'Tidak semua benda yang kita buat, orang lain selesa dan suka. Tidak semua
statement yang kita cakap, orang lain boleh terima dengan hati yang terbuka..lebih-lebih lagi bab-bab hal yang sensitif.. Pendek kata, sebelum bercakap or buat apa-apa pun, cermin diri dan lihat orang-orang sekeliling.. Jangan sampai niat kita disalah ertikan dan membuka pekung di dada.'

Dari sudut hati aku, aku bersyukur sangat-sangat bila hal ini sedikit sebanyak dapat dirungkai..aku harap hal remeh temeh ni tak perlulah dipanjang-panjangkan..masing-masing dah cukup matang nak menilai mana yang baik, mana yang buruk..Yang penting..kita semua perlu berusaha nak memperbaiki kelemahan masing-masing..lagipun hidup ni tidak sepanjang mana, dunia ni pun bukan sebesar mana..'

Alhamdulillah..Semoga Allah mempermudahkan
niat baik ini..


P/s: Kepada seseorang, tak perlu segan ..aku dah lama maafkan sekiranya ada kesalahan dari pihak kamu..Sama-sama kita berubah menjadi yang lebih baik..Kadang-kadang memang kita tak perasan dan tak sengaja..So, jadikan pengajaran kepada semua..

Aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada kawanku yang seorang ini sebab tolong sampaikan bagi pihak aku.. Tq ye.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hairstyle yang Mana?

Sedang pening-pening..green light dari suami sudah dapat..cuma belum tau nak ikut style mana? Korang leh tolong vote kan x? Style mana yang sesuai dengan muka i.. :)

Ini lebih kurang rambut i yang sedia ada.. cuma bentuk muka i tak sepanjang ni..muka i bulat di bawah yer..

Vote 1: Betul-betul pendek! Senang gila nak maintain..guna jari pun boleh!
(tapi kene wat rebonding dulu baru potong pendek la..)


Vote 2: Cun betul Keira Knightley ni.. style rambut ni style tahun 2010 (style pendek belakang, panjang depan)

Vote 3: Simple & Sempoi style ..

Vote 4: Bob style

Vote 5: Bob Style juge tapi panjang depan..

Vote 6: Barney style!


Tolong ye kengkawan.. :) Thank u! Mmmmmuah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yeay..mari berjoget!

Yeay yeay..mari bercaca...bersimba..!

Jing de ge Jing..Jing de ge Jing..yuhuuu....

Happy! Happy! Happy! Lutut tak Ketaq lagi..mari menari..!

Yeay..TQ suamiku!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KetaQ Lutut...

wowowoh! ketaq lutut wey..ketaq lutut aku..


bukan sebab jumpe hantu..weh..weh..bukan..bukan..bukan sebab aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)..(motip nak ckp pasal APC kenapa..syhh..diam! jangan kepoh..ko tak layak nak dapat APC la eikyn oi...)..bukan ye..bukan..


aku ketaq lutut
SEBAB.....




AKU DAH RINDU GILAK NAK BERSHOPPING SAMPAI LEBAM!!





Rasa macam dah lama gilak tak membeli belah..wooo..mcm skema je guna ayat 'membeli belah'....Terliur nak beli kasut baru, handbeg baru, baju baru, kain ela, nak tukar frame cermin mata lah...pendek kata..memang pandai betol cari pasal..

Mana-mana pun boleh cari pasal...buka FB pun sempat usha2 baju yang jual kat online..ape nak jadi ni...aish! Semua benda nampak sungguh menghairahkan... Sapa nak pinjamkan saya duit..bagi sy 'chan' pegi shopping..duit saya dah tinggal habuk la sekarang..wuwuwuw.. ada sapa nak sedekah tak...plis..plis... (^__^)




# Perbualan suami isteri di hujung minggu:

Isteri: Abg, saya rasa macam dah lama sangat sy tak bershopping sakan..macam dah addicted la nk bershopping... (dengan nada simpati)

Suami: Sayang nak shopping apa? Kesian la sayang abg.. ( ni skrip betol2 tau..suami sy memang selalu kesiankan bini dia)

Isteri: Saya teringin nak beli kasut baru, handbeg baru, baju baru..boringla asik pakai baju yang sama aje..nk tukar spek baru...bla..bla..bla.. ( isteri list down ape yg dia teringinkan..dengan HARAPAN)

Suami: A'ah la yang, abg pun sama..rasa dah lama kan kita tak gi shopping..shopping baju keje abg..seluar keje..asik pakai baju yang sama aje..boring kan..seluar pun macam tak jumpe..macam banyak ilang aje...perfume abg pun dah nak abis..

Isteri: ERK!!!! (PUTUS HARAPAN bini dia..ingatkan nak paw suami dia..nak minta sponsor..RUPA-RUPANYA...nasib..nasib..inilah nasib bila laki bini KAKI SHOPPING..tak dapatlah nak mohon belas ihsan sponsor si suami..sebab suami dia pun dah kayap dan kaki shopping!)


NASIB KO LAH EiKyN!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mau Ke Bandung

' Mau ke Bandung lagi..
Air Asia ada wat promotion..
dh dapat tarikh yang murah..nak pegi ke tak..'
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thank U...Thank U..oh Thank U...!

Hari ni mode= Skema cipan..

Aku nak berterima kasih yang sangat-sangat kepada kawan-kawan yang ucapkan takziah, berkongsi sedih, bagi kata-kata semangat kat aku selepas kes minggu lepas.Dah seminggu berlalu..aku dah ok dah..Hidup dengan NORMAL..tiada lagi mata-mata bengkak or nangis-nangis esak. Cuma harap-harap jangan ada makluk ALLAH yang cuba cocok-cocok jarum pasal kes yang lepas ye..kang akak emo pulak! :p

Ada bunyi-bunyi langau yang komen.. 'ala kin, baru bapa minggu..kecik sangat tu..relax la'...haih! korang atau kamu (sebab yg komen tu sorang aje)..lantak lah walaupun aku pregnant baru bapa minggu..yang penting 'ia'nya dah ada dalam rahim aku..kecik ke..besar ke..'ia' tetap hasil buah hati kami....aku rasakan kehadiran 'ia' dalam badan aku..MAYBE ko tak mengalaminya or ko tu jenis makhluk ALLAH yang belum diduga dengan kes-kes macam ni..boleh la ko cakap macam tu..tapi at least..cubalah jaga hati orang..hidup ni tak sentiasa berada di atas tau...- ini lah luahan hati 'akak' yang sentap.. maklumlah..darah banyak kuar .. :p

Tapi..tak semua kawan-kawan yang macam spesies ni..aku bersyukur yang amat sebab dapat ramai kawan yang sangat-sangat supportive..ada yang comment kat FB, SMS, call, PM la, BBM la..bagi semangat, doakan yang baik-baik untuk aku dan suami, malah ada yang nak tolong referkan kami ke doktor yang bagus..Thanks sangat pada Sue dan Kak Elin. Appreciate sangat-sangat.. Ada juga kawan-kawan yang berkongsi rasa yang sama malah ada yang lebih sedih dari kami.. Thank u korang, kita doalah sama-sama ye..harap-harap ALLAH memakbulkan doa kita.

Terima kasih yang tak boleh nak diungkap (ece ceh) kepada suamiku nan seorang..Yang sanggup berlagak cool macam mat cool aiskrim bila ditimpa dugaan macamni walaupun sebenarnya dialah orang yang paling excited bila aku pregnant aritu Dialah yang sanggup melayan perasaan isteri dia yang down sesangat aritu, (tolong basuhkan *** yang berdarah-darah lencun tu sebab bini dia tak larat nak bangun langsung), tolong kemaskan rumah..ah pendek kata semuanya si suami lah yang tolong buat... Tak terbalas pertolongan suami..Alhamdulillah..Harap-harap ianya sampai bila-bila ye abang..

Juga pada family terdekat dan opismate yang sentiasa understanding dengan keadaan aku..takde pun kecoh-kecoh pasal hal ni..TQ sangat korang..Sedikit sebanyak, meringankan tekanan yang sikit-sikit masih ada ni..


p/s: ada lah sentap dengan makhluk ALLAH ni..aku takdelah nak minta makluk ALLAH ni nak buat muka simpati kat depan aku..aku tak nak pun..tp at least...at least..BELASUNGKAWA la sikit..ini tidak..buat dono (don't know) aje..nak kata tak tau, mustahil la..nak kata tak update..hello..kamu sangat aktif 'like2' dan 'comment2' orang ye..KAYU? erm..no comment la pasal tu..TAPI yang pasti.. ke'buat2' blur kamu itu sedikit pun tak terkesan di hati aku pun..sebab..kamu bukan insan terpenting di hidupku..masih RAMAI kawan-kawan dan family yang masih betol2 suci hati murni di dalam dunia ni..Dan aku bersyukur sangat sebab aku dikelilingi oleh mereka.. InsyaALLAH..semoga ALLAH memberikan petunjuk..kepada semua..Amin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bunga-Bunga Cinta (OST Dalam Mihrab Cinta)-Dude Harlino & Asmirandah



*tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

repeat **
repeat reff
repeat *

memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta

credit to http://liriklaguindonesia.net
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS